PUISI#1 LELAKI YANG ADA DI RUANG MERAH

Monday, April 28, 2014



"Hari berganti hari. Kisah dia tetap sama. Pengakhiran yang belum pasti. Tapi aku tetap terus menunggu. Lima tahun waktu terbuang sahaja. Tiada kasih sayang lagi. Rawatan kian berganti-ganti. Itu dan ini, apakan daya. Di hamparan putih aku bersujud. Memohon, menanti satu keajaiban tiba. Namun, tetap sama. Dia masih terbaring kaku. 

Kini, aku semakin tinggi. Tapi dia? tetap sama. Terus bagaimana? Aku pun tak pasti. Hospital pun sudah jemu melihat kami. Mak tak penah tahu erti lelah. Dibasuh nya kaki dia yang kian teruk. Doa sajalah pengubat segalanya. Dari tongkat empat ke tongkat dua. Sampailah tiada bantuan apa-apa. Namun kakinya masih terhenjut-henjut. Hinggalah kini, aku sudah dewasa

Bohonglah, kalau dia tak mahu kembali normal. dan aku juga ingin melihat dia. dia berjalan normal seperti lelaki lain. Ayah, satu-satunya lelaki yang ada di ruang merah. kini, aku kembali meraih kasih sayang itu yang lama hilang sejak kau terlantar dulu."

-busyratakiyudin-
Read More