"Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK"

Hai.

"Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK" | terdetik nak join segmen ni. apa yang perlu dibuat adalah selitkan sedikit tazkirah yang dapat kita kongsikan bersama pembaca.


disini, aku ingin sampaikan sedikit tazkirah yang dipetik dari video ustaz Asri. bagi yang nak lagi penghayatan boleh tengok kat u-tube. "Hakikat Dukacita"


"Antara perkara yang Allah boleh campakkan kedalam hidup insan, yang insan itu kadangkala tidak boleh buat apa, bahkan memang tak boleh buat apa. satu jenis, satu perkara iaitu al hazan (dukacita). Allah boleh mencampakkan kesedihan dalam diri insan, tanpa mengira siapa insan itu. kadang2 dia orang besar, kadang2 dia orang kecil, kadang2 dia rakyat jelata, kadang2 dia raja. kadang2 kesedihan boleh datang kepada insan, dan dia pun tidak tahu kenapa dia bersedih. kadang2 Allah jadikan masalah kepada insan, yang kepada orang lain tidak menimbulkan kesedihan tetapi kepada dia mengundang kesedihan.


Bila sedih datang manusia mula runsing, manusia mula mencari jalan macam mana nak keluar dari sedih. bagaimana dia nak keluar dari dukacita dalam kehidupan. ramai orang yang menemui Allah dan mencari Allah ketika dia sedih. dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih, tetapi sedih berjaya membawa orang berjumpa dengan Allah.


Ramai orang yang tak kaki masjid datang ke masjid kerana ada peristiwa yang mendukacitakan dia. ramai orang sombong, tunduk menjadi tawadoq kepada Allah kerana peristiwa yang mendukacitakan dia. Jika tak kerana Allah campakkan dukacita itu, mungkin dia mati sebagai ahli neraka.


Allah akan mengenakan kepada manusia, dari semasa ke semasa dukacita, antara kecil dan besar. supaya dia kembali kepada Allah. dan bila dia balik kepada Akhirat kelak. dia akan berkata Alhamdulillah. bila insan mula berdukacita, maka insan mula bertanya dia perlu buat apa? yang pertama, dia kena beramal dengan amalan yang soleh. kita apabila kita solat, keadaan kita tak sama. ada hari bila kita solat, kita rasa kita dekat dengan Allah. dan ada hari kita solat, kita pun tak ingat kita baca apa. ada hari kita baca quran, kita rasa kita dekat dengan Allah. ada hari kita bangun tengah malam, kita rasa khusyuk sangat. ada hari tengah malam sunyi pun fikiran kita merewang entah kemana.


Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah. dia memerlukan hati yang dekat dengan Allah. jiwa hati nurani yang dekat dengan Allah. kadangkala banyak perkara tidak dapat membawa insan dekat dengan Allah, tapi kesedihan dapat membawa insan dekat dengan Allah. bila dia sedih, dia khusyuk. bila dia nak keluar dari kesedihan itu, daripada kesedihan dunia.


Dan Allah berfirman, siapa yang beramal dengan amalan soleh, samaada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia mukmin, kami akan menghidupkan dia kehidupan yang baik. ramai orang suka mengandaikan kehidupan yang baik itu, apabila kita ada kemewahan yang hebat. Allah mencampakkan kebahagiaan dalam hati para sahabat nabi, yang kadangkala kita rasa mereka tidak memiliki apa2 sekalipun, tetapi mereka menggengam sakinah. mereka menggengam kebahagiaan."


Jika bukan kerana dukacita ini, mungkin kita masih lalai,
Jika bukan kerana kesedihan ini, mungkin kita masih sombong,
Jika bukan kerana derita ini, mungkin kita masih riak,
Jika bukan kerana kesusahan ini, mungkin kita masih tak menghargai nikmat yang diberi.
Dalam kita mengejar sesuatu, dukacita pasti akan menimpa sepanjang jalan. tetapi..........
Bersyukurlah. Itu yang sepatutnya. Kerana Allah tidak mematikan kita dalam keadaan yang hina. Diberi peluang untuk bertaubat. 



semoga apa yang disampaikan, dapat memberi pedoman kepada kita. InshaAllah. sesiapa yang nak join. jemputlah. klik pada banner. "sampaikanlah sesuatu yang baik, walaupun sepotong ayat"

tq for reading :)


3 comments:

  1. sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah :)
    terima kasih atas perkongsian ini ^^

    terima kasih join segmen ^^
    may Allah bless :)

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-