PERNAH TAK KAU RASA KOSONG SATU HARI?

Tuesday, September 29, 2015

Assalamualaikum..

penah? setiap orang mesti pernah kan? rasa macam tak lengkap ja dalam satu hari tu. rasa nak nangis. rasa ada ja benda tak kena. apa pun kena selalu berdoa, mintak Allah sejukkan hati kita dan rasa bahagia. InshaAllah..
motip sangat gambar makanan. hehe. mungkin rasa kosong perut kot kan? -_- gud nite~

Read More

MAGGI TUMIS GORENG AYAM

Hai. selamat malam semua..

malam ni dinner maggi goreng ja. sedap wa cakap lu. hehe. *puji diri sendiri.. tapi aku kalau masak maggi jarang letak perencah maggi. lebih baik buat perencah sendiri. lagi sedap. maggi pedas baru best! tak pedas tak lengkap orang cakap. tengok je macam tak merah kan? ce rasa duluu... sebab tu ada jagung. jagung penyelamat keadaan. :d


jemput semua.. *maggi tak lengkap kalau tak letak bawang putih masa menumis. 

Read More

MAJLIS PERPISAHAN STAF JPBD DAN PELAJAR PRAKTIKAL

Sunday, September 27, 2015

Hai

tajuk macam aku ja yang nak habes praktikal. tak sabar wei nak habeskan praktikal. nak cepat2 habes. baru ja masuk bulan ni dah nak cepat habes. huhu. lambat lagi la kak oi.. bulan 12 okay baru kau habes!


kawan tempat kerja. semua ni student praktikal except yang hujung sebelah kanan sekali tu. nampak muda kan. pegawai jpbd tu. pn jaja. sporting sangat.


yang ni memang kawan kat uitm shah alam. housemate i ni. hehe



sementara tunggu staf lain sampai kat hotel ni. kita bergambar bagi penuh memory. :D



salah seorang dari student praktikal yang dah habes. hawaaaa. efaaa


seronok sebenarnya dapat ramai kawan time praktikal. tapi tu lah kan. silih berganti. datang dan pergi. cewah!

Read More

PUISI#3 SLOW SLOW


"Hati kau tak boleh nak tolak paksa saja
kena ambil masa 
sebab hati bukan troli yang kau boleh sorong bila kau perlu."
-busyratakiyudin-
Read More

UBAT RESDUNG DARI RAMUAN HERBA MEMANG MUJARAB!

Saturday, September 26, 2015

Hai..

okay kali ni seronok pulak update blog. sekali 2 terus post. sebab pakai wifi baru. tukar plan lain pulak. seronok. laju ja. tiada sekatan. hehe. okay. berbalik pada tajuk. siapa yang cakap dia tak ada resdung tu tipu! mesti ada even sikit. haaa ni aku nak kenalkan ubat resdung yang power punya. aku dah pun cuba. dan korang pun mesti cuba tau. sebabnya ramuan dalam kapsul ubat resung ni memang terbaik. aku sebelum ni penah cuba macam2 ubat resdung. tp tak ada hasilnya. tapiii yang ni aku jamin korang puas hati. pil resdung yang kita beli kat farmasi tu just ubat hilangkan sekejap je rasa gatal, dalam 2 or 3 jam. tapi pil resdung ni ia membunuh terus.


ramuan asli dari indonesia:

1. biji buah pala
2. akar restung
3. buah dinar
4. duri gajah
5. lada putih
6. kayu sarsi
7. teras juar
8. rempah ratus (100 herba)


dan yang pasti benda2 alah ramuan ni memang untuk menghapuskan/membunuh ulat2 resdung yang ada dalam badan kita. tak kira la kat muka ka kat mana2 sekalipun. bagi ssiapa yang ada tanda-tanda macam ni, jom try dulu.

1. bersin
2. selsema
3. migrain
4. jerawat batu
5. nafas berbau busuk
6. gatal2 kepala
7. rambut gugur
8. gatal kerongkong
9. gatal dalam telinga
10. alahan makanan laut
11. cuaca sejuk (hidung berair/selsema)
12. habuk


ssiapa nak cuba boleh contact di no ni 0175719091 (wasap/msj)

Read More

BIGMOUTH CAFE SUNGAI PETANI

Hai..

sabtu lepas ada pegi cafe dekat sungai petani. dekat2 dengan parkson sungai petani. cafe ala-ala retro. perfect la siap pekerja2 kat situ pakai baju yang dibuat khas untuk pekerja. cafe yang agak unik. cuma sempit sedikit. agak sesak bila ramai orang. makanan kat situ bukan sahaja ada western okay. semua jenis makanan ada. goreng2 pun adooo. 




sedap! boleh tahan. aku bagi 4 bintang.... ko ingat ni rancangan memasak ke apa. haha. tapi nak cakap sikit. yang pelayan kat sini agak kurang kasih sayang mungkin. kurang senyuman. mybe penat. think positif la ya. tapi sepenat mana pun kalau dah nama nya kerja kena lah bagi senyuman dik... senyuman tu penting untuk customer datang lagi ke cafe kita. 





p mana pun chicken chop tak dapat dipisahkan! hehe

Read More

SERONOK DI SITE PASIR MAS KELANTAN

Friday, September 18, 2015

Assalamualaikum.

teringat angin pantai masa kat pasir mas dulu. seronok sangat ke sana. makanan kat sana pun murah2 saja. boleh sek kito singgah rantau panjang deh... haha.


melawat, bermain, hiburkan mangsa banjir kat sini. kesian kat dorang. sebab terpaksa berpanas. tido pun dalam khemah.



adik-adik mangsa banjir. muka comel2 habes gelap. sebab tiap hari berlari main dalam keadaan panas. 


pantai yang cantik. pantai cahaya bulan. singgah sini sekejap. ambil udara segar.



finally. 1, 2, 3 cheeseeee...

gambar hanya tinggalkan beribu kenangan. 

Read More

KENANGAN RUMAH SEWA SHAH ALAM

Thursday, September 10, 2015

Hai, selamat malam

scroll gambar2 lama dalam phone terjumpa gambar ni. banyak kenangan kat rumah sewa.. makan sama2. even sikit tapi rasa macam kenyang sebab makan dengan kawan2. kawan2 ni yang ada dengan kita bila kita jauh dari keluarga. menu simple tapi sedap! ayam masak lemak cili padi, air asam kicap, ayam goreng kunyit, sotong goreng, kurma, buah2an and alhamdulillah.


A picture is worth a thousand words, but memories last forever.

Read More

CHICKEN CHOP CRISPY

Thursday, September 03, 2015

 Hai,

hari ni lapar chicken chop pulak. so, kena lah masak untuk hilangkan rasa lapar ni. masak punya masak. tapi macam tak bapa nak jadi je plating ni. haha. comot. acah acah western sangat. kali ni dah masuk 2 kali aku cuba buat chicken chop dengan resepi yang sama. #encikgoogle. why chicken chop crispy? sebab aku guna serbuk roti. rangup kat luar. lembut kat dalam. kah.. kah.. boleh jadi chef tak? hehe


realitinya makan pakai tangan. haha. plating je acah western. lepas tu campak garfu, pisau ketepi. ada aku kesah. makan dengan tangan lagi style ooo.. selesa. siap boleh jilat2 lagi tangan. kalau kat kedai. kena bajet sopan sikitt. haha.


try la cuba buat kat rumah nanti. sedap guna resepi ni (yang ambil kat google tu). sebenarnya before ni aku ada up entri pasal resepi chicken chop. tapi aku rasa aku dah terdelete. masa kemas2 post entri hari tu. huhu. sayangnya... huaaa.. baru nak share entri tu ngan korang. tapi bila cari-cari dah tak jumpa. tapi gambar masih aku simpan kat folder laptop. 


haa. ni diaaa. coeslow dengan kentang putar. coeslow tu kasi letak mayonis banyak2 baru sedap.


lain sikit resepi first ni. aku tak ingat aku salut ayam ni dengan apa. yang second tu aku salut ngan serbuk roti sebab tu nampak keemasan sikit kan.


okay. selamat mencuba. cuba la try buat. resepi cari kat google je lah. hehe. tapi chicken chop ni yang penting kuahnya mesti sedap. aku beli sos lada hitam dalam botol tu ja. balik panaskan saja. mudah.

Read More