PUISI#10 KAWAN

Saturday, October 31, 2015


"jauh kau pergi
sampai tak nampak jalan pulang
aku sedia menanti di simpang jalan
mahu minum kopi macam dulu lagi"
-busyratakiyudin-
Read More

PUISI#9 SEPI


"tiada lagi panggilan itu 
sebab kau dah lama pergi
langsung tak ingatkan aku
sekarang apa akan jadi?
hanya tinggal sepi"
-busyratakiyudin-
Read More

PUISI#8 SABAR


"perlu banyak sabar
sebab sekarang aku berdepan dengan singa
tapi kau juga tak tahu
aku juga boleh jadi gorilla."
-busyratakiyudin-
Read More

PENTINGNYA DISCLAIMER ATAU PENAFIAN DI BLOG


sebelum ini aku juga tak penah ambil tahu mengenai penafian di dalam sesebuah blog. mungkin bagi blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni sudah lali dengan istilah penafian. tapi bagi blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog belum tahu apa itu disclaimer ataupun lebih dikenali sebagai penafian. Penafian adalah penting bagi melindungi penulisan di dalam blog sendiri dari diambil oleh pihak lain. ketegasan perlu dinyatakan di dalam penafian agar pihak lain tidak sewenangnya mengambil hak milik penulisan pemilik blog. 

Penafian juga sebenarnya menambahkan rasa yakin untuk sesebuah blog dan menjadikannya sebuah blog yang nampak profesional dan berkeyakinan. Jadi bagi yang masih tidak meletakkan penafian di blog, bolehlah letak sekarang. lindungi blog anda dari segala macam kuman yang ada,. hehe

sebagai contoh penafian, aku ambil dari blog hasrulhassan.com:

"Disclaimer (Penafian)

Privacy

The owner of this blog (www.hasrulhassan.com) does not share personal information with third-parties nor does the owner store information is collected about your visit for use other than to analyze content performance through the use of cookies, which you can turn off at anytime by modifying your Internet browser’s settings. The owner is not responsible for the republishing of the content found on this blog on other Web sites or media without permission.

Blog Comments

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)

Terms and Conditions

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. "

penafian boleh digunakan dalam bahasa inggeris ataupun bahasa melayu, terpulang kepada pemilik blog itu sendiri. banyak lagi contoh penafian yang boleh di jadikan rujukan. korang boleh google ya. okay terima kaseh sebab sudi luangkan masa untuk membaca entri blog ini.. :)
Read More

PUISI#7 MANIS GULA


"depan aku kau cakap itu
depan dia kau cakap ini
belakang kami berdua?
kau cakap itu ini
manis gula, manis lagi mulut kau."
-busyratakiyudin-
Read More

PUISI#6 BEBAS


"bebas atau terperuk dalam sangkar?
kau buat aku macam burung
sampai aku tak tahu apa itu bebas
sampai bila aku harus terus ada dalam sangkar?
tolong aku rayu
aku ingin bebas"
-busyratakiyudin-
Read More

PUISI#5 DON'T BE SELFISH


"minta maaf sudah
merayu sudah
tapi kau masih tetap sama
satu aku minta
don't be selfish."
-busyratakiyudin-
Read More

PUISI#4 BERBULAN-BULAN


"sudah berbulan-bulan aku disini
tunggu punya tunggu
sampai berbatu 
kau fikir aku kayu atau batu?
tapi aku nak kau tahu aku tak pernah berhenti menunggu."
-busyratakiyudin-
Read More

PETUA MERAWAT KULIT BERKEDUT

sekarang ni ramai yang tak puas hati kalau muka berkedut. jadi cara yang paling cepat dan berkesan adalah dengan cucuk di bahagian muka. tidak boleh ya, kita nak cucuk2 ni, sebab dalam Islam pun melarang kita berbuat macam tu. faktor berkedut ni akan jadi automatik kalau usia kita dah semakin meningkat. melainkan lah kalau muka ada masalah yang membuatkan kita malu untuk berdepan dengan orang lain, itu sewajarnya dan boleh pikir dua kali untuk cucuk. selebihnya sila rujuk hadis ya. 


tapi disini aku ada sediakan tips untuk merawat kulit berkedut. boleh diamalkan ketika di usia muda. amalkan setiap hari, inshaAllah kedut tu lambat datang. hehe. mana ada kalau dah usia 70 tahun tak berkedut kan. ini sekadar usaha. 

"parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. kemudian, campurkan dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. gaul sebati bancuhan tersebut. sapu pada kulit sekali sehari."
sumber : google

p/s: terima kaseh pada yang sudi blogwalking di blog ni. nanti akan aku terjah blog korang k. sebab sekarang ni line macam siput sangat. 
Read More

PASTI TERKEJUT KALAU TAHU BERAT KALORI MAKANAN

Friday, October 30, 2015


Ramai rasanya yang tak pernah ambil tahu pasal kalori makanan yang di makan setiap hari. ada yang sesetengah tu tak nak makan nasi tapi just ambil mee goreng. padahal kalori mee goreng lebih berat dari kalori semangkuk nasi tau.. nak diet katanya tapi tetap mengambil makanan yang berkalori berat. macam mana tu? dah tersalah dalam pemilihan makanan. okay dekat bawah ni ada senarai makanan berserta berat kalori yang diambil setiap hari dalam pemakanan kita. 






Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

sedikit info dari google,. harap dapat membantu semua. :) tq for reading..
Read More

TOPUP TAK DAPAT, DUIT PUN HILANG DI AKAUN MAYBANK2U


sapa tak gelabah, nak topup rm53, bila dah tekan klik proceed tengok2 web maybank2u ter logout sendiri.. then, log in balik, duit dari akaun dah tolak tapi no pin topup tak dapat. :( rm53 tu bagi aku sangatlah besar, sebab bukan rm5 ye, huhu.. nak dijadikan cerita bila dah jadi macam tu, aku punya lah tak tengok dulu baki akaun, terus pergi tekan lagi sekali pembelian pin topup. yang latest tu berjaya. bila dah berjaya aku ingatkan yang sebelum tu da apa apa la kan. bila cek kat akaun, duit melayang rm106. huahua.... padahal nak beli topup rm53 ja.. hmm. dah la aku guna maybank2u tu time malam semalam. so nak call maybank hotline pun tak boleh, nak bercakap dengan operator maybank. tak pe la kan, "cakap dalam hati tunggu esok lah baru call" 

dan pagi ni terus call maybank. cakap punya cakap, operator maybank cakap saya boleh bantu cik. rupanya senang ja. aku yang tak pernah tau. haha. bagi yang nak tengok history pengeluaran duit dan no reload pin kalau korang dah beli tapi tetiba ada problem internet ke kan. just pergi dekat sini...

so topup aku jadi rm106. tak pasal2 duit habes dalam akaun. huhu. tapi aku harap korang rujuk sini dulu, before buat keputusan beli no pin topup baru ya. pengajaran jangan jadi macam aku,, 




tengok dalam bulatan warna kuning tu ya.. itulah no pin topup yang semalam tak dapat tu. harap entri ni dapat membantu korang time jadi macam ni. benda nak jadi kan, sebab aku tak da la selalu beli topup kat maybank2u. tapi kat sini memang senang kalau nak beli topup. semua dihujung jari, heee

Assalamualaikum..
Read More

RESTORAN UNTUK ORANG YANG 'SINGLE' DI KOREA MEMANG BEST

kalau ada kat Malaysia restoran macam ni confirm ramai yang pergi. hehe. idea yang bagus orang korea buka restoran ni. tak terlintas pun kat fikiran nak buat restoran macam ni kan? ntah2 yang teringin sangat nak masuk restoran ni pun mengaku bujang even dah kawen. hehe



sumber: era fm

Selalu tak tahu nak ajak siapa keluar makan sebab anda seorang yang masih single tapi tak ready nak mingle ? Yela, zaman sekarang ni bukan senang nak cari pasangan. Semuanya memilih. Macam-macam kriteria diletak untuk menjadi pasangan. Alih-alih terpaksa lah makan sorang.

Ada sesetengah orang dia tak akan keluar makan sorang sebab tak selesa agaknya kalau orang pandang. Nanti di katanya forever alone pula. Lepas ni jangan risau dah sebabnya di Korea ada satu restoran khas untuk mereka yang masih single. Anda tak perlu segan kerana di sini semua orang makan secara berseorangan.

Tetapi semasa anda sedang khusyuk makan akan ada satu skrin yang bertanyakan jika anda mahu makan dengan seseorang. Jika jawapan anda ‘Yes’ dinding di depan anda akan terbuka dan tadaaaa seorang lelaki atau perempuan automatik akan menjadi pasangan anda pada waktu itu.

Jom lihat video yang kami kongsikan dengan anda. Memang tergelak besar dibuatnya apabila melihat reaksi terkejut dan tersipu-sipu malu pada wajah mereka. 

nak tengok video pasal restoran ni, taip je di google ye. aku tak boleh nak copy paste link video dekat sini, ada problem sikit.
Read More

PELAMIN VINTAGE MENJADI PILIHAN PENGANTIN

Thursday, October 29, 2015

sesiapa yang nak berkahwin or bertunang, boleh la tengok idea2 pelamin ni. memang cantik, simple, dan rasanya barang yang digunakan pun tak da la mahal sangat. nak kawen ke nak tunang ke yang penting bajet. jangan lari bajet ya. buat yang termampu. 











cantik kan? pelamin vintage ni memang ramai orang suka. sebab dia nampak simple tapi nice je bila tengok. harap entri ni dapat membantu bakal pengantin membuat pilihan pelamin..:)
Read More

PATUTKAH TUKAR DOMAIN BLOG?

Friday, October 23, 2015

Assalamualaikum..
teringin sebenarnya nak tukar domain sendiri. seronok tengok blogger lain ada domain sendiri. tapi sebenarnya ada jugak kekurangan bila baru tukar domain ni. sebab url blog dah berubah. bila orang klik url lama mesti not found kan. huhu.. aku dah search dekat google, bermacam jenis domain yang ditawarkan. ada murah, ada mahal. ada jugak yang hanya murah pada tahun pertama, tapi bila nak renew tahun kedua dan seterusnya agak mahal. ada yang dari tahun ke tahun tak berubah pun nilai renew. 

so, ada cadangan tak domain dari syarikat mana yang okay. bagi blogger yang berpengalaman mesti tahu. terima kaseh atas cadangan yang diberikan. :)

Assalamualaikum.. 
Read More

RESEPI BANANA SHAKE

Thursday, October 22, 2015

tadi tengok atas meja dapur ayah ada beli pisang, tetiba rasa macam nak makan banana shake. sebab masa kat  ofis tadi dok google pasal makanan. hehe. senang saja. orang laki pun boleh buat. campak2, siap!

ini gambar google ye. hehe.. bukan saja pisang, boleh buat macam2 lagi jenis buah-buahan. strawberi ke, epal pun bolehhh...

ini baru yang aku buat.. pekat dia tu.... lagi sikit air letak, lagi pekat la jawabnyaa.... aku buat untuk 2 gelas. letak ais, letak sebiji pisang (kalau nak rasa pisang tu lebih, letak la 2 biji pisang), then letak 2 sudu susu tin manis. jangan letak banyak2, tak elok. letak sikit tak pe. hehe

okay. itu saja. cepat2 gi try buat.. :D Assalamualaikum..
Read More

NEVES TEST JPJ TADI

Wednesday, October 21, 2015

Hai..
alhamdulillah.. alhamdulillah.. pagi tadi test jpj. lambat aku ambil lesen kereta. orang lain dah lama ambil, aku baru terkedek-kedek. hehe.. tak pa la kan, janji ambil jugak. sebab ingat nak keja nanti, susah kalau tak ada lesen kereta. so, ceritanya di litar tadi, boleh pulak tetiba masa nak naik bukit tu aku neves ka apa aku pun tak tau, jadi ketaq habeh (lohgat orang kedah). tiba2 enjin mati atas tu.. haaa sudah.. nasib baik abang hensem jpj bagi peluang buat lain. hehe. so, buat lain la jawabnya. then, alhamdulillah.. parking semua okay. ujian di litar lulus dengan jayanya.. heh! seterusnya ujian di jalan raya. punya la tak mau dok cakap sorang2 dalam hati, tak mau jpj perempuan. last2 dapat perempuan. 

"no 0029 (no giliran), sila ke kereta no 1" punya la excited p kat kereta no 1.. tengok2..... laa perempuan.. yang aku tak mau tu yang nak dapat. hahh. tak pa la. masuk dalam kereta. buat macam biasa. sepatah habuk pun tak bercakap. dia diam, aku pun kena diam la. sampai la habes, selesai semua. nasib dia bagi lulus. legaaaa rasa. 

kesimpulannya dua2 aku lulus.. alhamdulillah...... seronok rasa. sebab tu nak kongsi dengan readers2 ku yang tercinta.. hehe. 

okay itu saja... Assalamualaikum..
Read More

NIKMATNYA PISANG GORENG + TIRAMISU

Monday, October 19, 2015

Hai..


malam2 macam ni makan goreng pisang, duduk depan tv. minum kopi. haha. seronok! kalau dapat makan. yang bestnya tetiba teringat tiramisu yang buat hari tu ada lagi dalam peti ais. ambil pisang calit sikit dengan kek tiramisu, fuh! sedap! idea baru, boleh buat bisnes ni. kalau nak tau sedap ke idok, cuba la buat. mesti nak lagi nak lagi. hehe. 

okay nak sambung makan pisang plus tiramisu... bai.

Read More

PENGALAMAN MELIHAT PERUBAHAN AWAN

Saturday, October 17, 2015

Hai,

pengalaman yang tak dapat dilupakan, bila tengok perubahan awan. rasa takut pun ada. gegaran awan tu biasa kalau naik flight, so kena duduk diam2. heee





nampak kan? cantik pulak rasa. lekat2 kat tingkap. hehe. ni flight ke bali semester lepas. 
Read More

BANGUNAN LAMA BOLEH MENCANTIKKAN GAMBAR

Hai,
tak semestinya bangunan lama tak cantik nak dijadikan background. sekarang ni dah jadi trend tangkap gambar pada background yang unik. aku pun terikut-ikut. heee.


kena pandai ambil gambar dari sudut yang cantik. *abaikan objek ditepi tu* hehe.. sesaja skali skala nak jadi model.. rasanya kalau tak ada kereta2 tu lagi cantik kot gambar ni. ataupun diambil dalam bentuk landscape bukan portrait. 

macam2 background yang boleh mencantikkan gambar. pokok yang dah tak ada daun pun cantik tau. just nampak ranting2 saja. unik okay. hehe. korang ada gambar yang background nya unik? share la kat blog masing2. boleh cuci2 mata, nak tengok. :)

okay itu saja untuk entri kali ni, Assalamualaikum.
Read More

SURAH AL KAHFI - PERLINDUNGAN DARIPADA FITNAH DAJJAL

Friday, October 16, 2015

Assalamualaikum, salam jumaat..
mari sama-sama kita baca surah Al-Kahfi. 10 ayat saja. :)

 Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal

Nabi saw bersabda : ”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)



alhamdulillah .. 

Read More

BLOG PAKAI BAJU BARU...

Selamat Malam semua..


ada yang perasan tak blog ni dah bertukar wajah? ke aku yang seronok sendiri. hee. tak kisah lah. yang penting aku sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja rakan blogger kita. blog azhafizah. sapa tak kenal akak fiza.. jom usha blog akak fiza bgai sesiapa yang belum kenal dia.  aku ubah 100% template lain dari sebelumnya. rasa nak kan kelainan. lagi pun tukar template blog ni bersebab lain jugak. ada la sebab2 tertentu. aku rasa lebih selesa dengan blog baru ni.. alhamdulillah. doakan aku terus terus mengupdate blog. hehe. 

apa pendapat korang dengan wajah baru blog ni? komen sikit. :) 

tq for reading 

Read More

SIMPLE LUNCH SARDIN

Wednesday, October 14, 2015

Hai,

lunch hari ni simple ja. tapi berselera makan. sebab lama rasanya tak makan macam ni.. sesekali buat sedap pulak..
sardin, telur dadar, ikan goreng, nasi panas2. fuh.. hehe. okay bai..

Read More

KEMPUNAN TUNA SANDWICH!

Saturday, October 10, 2015

Hai,

semalam buka ig, tengok punya tengok ternampak ig iena azman. cara dia masak buat aku kempunan! hehe. sedapnya tuna sandwich..... bila dapat buat ni....





tengok2 gambar di google dulu.. huhu. nanti boleh la buat. okay lah. nak mimpi tuna sandwich! hehe.. nite!

Read More