KAILAN IKAN MASIN + KEPAH MASAK MERAH

Assalamualaikum.


Hai. hari ni lunch masak sendiri. minta mak belikan kepah and sayur kailan. terasa nak makan kailan ikan masin. teringat masa study kat perak dulu. hehe. makanan kat sana banyak sedap2. sebab tu rindu!


Resepi Kailan Ikan Masin

-tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili (tumiskan)
-masukkan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu
-akhir sekali masukkan sayur kailan (masak 5 minit), then siap!




Resepi Kepah Masak Merah

-blenderkan bawang besar, bawang merah, halia, serai (sesuka hati nak letak banyak mana) campak2 jee. haha
-panaskan minyak, tuang bahan yang telah dikisar (biar beberapa minit)
-masukkan cili kering yang telah dikisar
-masukkan sedikit gula dan garam
-akhir sekali masukkan kepah (jangan masak terlalu lama) sebab seafood tak boleh masak lama2, nanti tak sedap. 


alhamdulillah, akhirnya siap! 

tq for reading :)


Time belajar ni la kita nak berjalan ke tempat orang..

Hai..

tiga tahun aku study town planning masa diploma dulu. macam macam aku dapat belajar. yang bestnya pasal town planning ni satu ja, selalu sangat pergi jalan2. maksud aku setiap semester mesti ada trips. tapi lepas balik dari trips, mulalah kena bekerja kuat, buat assignment. huhu. time diploma ni mestila dalam Malaysia saja kan. jelajah dulu tempat2 yang ada kat Malaysia ni, InshaAllah nanti akan ke luar negara pulak. hehe. berangan! banyak gambar yang aku simpan jadikan kenangan walaupun hanya gambar alam semula jadi. sangat bermakna. 


Site Visit to PENANG



bangunan di penang. 



Site Visit to GENTING HIGHLANDS


waa. view dari cable car. gerun. seram. tinggi sangat.



view yang cantik, dengan lighting lampu kat pokok2 tu.


nampak tak baju kotak2 hitam tu.. cepat cari.... hehe. tu salah satu dari kawan aku, semua orang tengah sibuk buat kerja.


Site Visit to KUANTAN, PAHANG


resort di Kuantan. dekat dengan pantai.


seronok! angin sepoi2 bahasa. hehe


kat sini la dapat tenangkan, rest kan otak sekejap.


rumah2 pedalaman

ni saja yang dapat aku kongsi dengan readers. sebenarnya banyak lagi gambar2 menarik sepanjang aku ke site visit. ke tempat sendiri pun pernah, ke Kedah. tapi dah tak ingat gambar tu aku letak kat mana. huhu. aku suka sepahkan gambar2 tak letak dalam folder betul2. | setiap tempat pasti ada kenangan. |

btw, tq for reading. :)


Sambal Ketuk Negeri9

Assalamualaikum..

lama sangat tak makan sambal ketuk. kempunan, terliur semua ada ni. tengok memang nampak simple and senang sangat nak buat. tapi rasanya memang sedap. aku belajar dari kawan negeri 9. memang makan dengan nasi putih + ikan goreng panas2. memang the best lah. tak perlu kuah2 bagai. 


resepi:

1. ikan bilis
2. bawang besar
3. cili padi

goreng semua bahan2 ni and tumbuk dengan lesung batu. jangan mesin dengan blender tau. tak sedap la. nama pun sambal ketuk kan. makanan ni bagi sesapa yang suka makan pedas. 

okay itu saja. jumpa lagi. 


Jumpa Irine Nadia Marcello blogger cantik di IKEA

Assalamualaikum.. hai.

alhamdulillah dah selesai final exam. n now kat rumah dah pun. gila tak rindu kat rumah. dalam satu semester baru dua kali dapat balik. sekarang ni nak rehat sepuas2 nya . lama sangat rasanya blog ni tak ber update. memang tak sempat. n memang malas nak menaip masa exam.

hangout dengan kawanss sekelas. memang heaven bila tengah stress study and cuba untuk keluar hilangkan stress yang berkumpul kat otak. kemana kita? ke ikea. n one more thing, aku jumpa irine nadia marcello blogger cantik tu dengan suami n anaknya. comel! tapi nampak dari jauh ja la. hehe.


bergambar dulu satu dua keping. :d


pkena meatball ikea n ayam madu. tapi sadisnya tak habes. semua tak habes. masing2 rasa muak.




apapun hepy seketika dapat keluar sejak terperuk ja dalam bilik. haha. sedih betol life kat sini. eh eh bukan life kat sini kot rasanya sebab aku tengok budak2 kos lain selamber badak ja keluar tiap hari. tak busy ka dorang tu hah. dalam otak aku n the geng asyik studio n studio. life studio memang macam ni. -_-

okay. tu saja bebelan aku untuk hari ni. tq for reading. :)


Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-