RESEPI MAKARONI CHEESE BAKAR

Monday, August 15, 2016

Bosan sangat dekat rumah. tak da apa yang boleh dibuat selain mencuba segala resepi di google. tak tahu memasak tidak bermakna tak pandai memasak kan? seriously aku mengaku memang aku tak berapa pandai memasak. tapi aku suka untuk memasak. I will try my best. nak kahwin kan nanti. haha. so! siang tadi aku try masak makaroni cheese bakar. 

Sesiapa yang nak mencuba. boleh try resepi di bawah. ada aku cedok google sikit. ada aku main hentam ikut aku punya taste. yela kan. kalau suka pedas tambah cili, kalau suka manis tambah gula. ikut korang ler. 

Bahan2 nya hanya perlukan 4 bahan utama saja


1. Tumis 3 ulas bawang putih yang ditumbuk, seterusnya masukkan ayam/daging cincang. 


2. Seterusnya masukkan sos prego, makaroni, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, secubit gula (kalau nak masukkan cendawan or apa2 tambahan lain boleh masukkan, terpulang)

*makaroni tu boleh rendam dengan air panas dulu before masuk supaya cepat masak (makaroni kan agak keras)


3. Goreng makaroni sehingga kuahnya pekat


4. Selepas selesai memasak makaroni, masukkan makaroni goreng tadi di dalam bekas/loyang untuk dibakar.. layerkan bersama cheese. bawah sekali letak makaroni, then cheese, then ulang balik makaroni dan seterusnya. 

* pelbagai cheese boleh digunakan


5. Bakar dalam suhu 180 c dan selama 30 minit 


6. Dah siap! dan ready untuk di ngap! hehe.. makan panas2 memang sedap.


jemput tengok dan selamat mencuba! :)

6 comments

  1. Sedapnya...
    Dah la AM lapar tak makan pagi lagi nie..

    Membuatkan perut AM makin lapar dan nak pi makan dah..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. dulu ms skolah prnh buat makaroni bakar utk subjek KH..
    skrg dh besar tau mkn je.. buat xpndai.. haha..

    ReplyDelete
  3. singgah petanng...
    lamanya la nieyl x buat...
    dlu masa mula² pandia buat...
    rajin buat...skrg,x terbuat² hihihi...

    ReplyDelete
  4. woowwww sedapnyaaaa!
    bahan pun senang cari :D

    ReplyDelete
  5. Perghhh sodap jugak... Tapi nape tak de sukatan.. huhuhu..

    ReplyDelete