DIY: CARA BUAT GAMBAR TERGANTUNG DI DINDING

Hai semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. korang buat korban tak tahun ni? sehari makan daging mesti tengah pening-pening lalat. tak pa esok sambung makan lagi.. hehe. btw aku nak share dengan korang hasil hiasan di bilik aku semalam. orang tengah sibuk buat ketupat, rendang daging, masak nasi. aku sibuk hiaskan bilik. haha. sesaja la kannn. okay mari sini aku ajarkan cara-caranya. tak susah mana pun cuma perlu ada minat sebab nak belek-belek benda2 DIY ni.. 

alatan DIY


1. penyepit kayu 
2. permanent hooks (gantung baju lekat di dinding) 
3. paper rope (tali)
4. Photo Paper

semua barang ni lebih kurang RM20 sahaja. aku memang suka ke mr.DIY .. sebab semua barang yang aku cari akan ada disitu. aku print sendiri gambar sebab ink printer masih ada yang tak terguna lepas habis study dulu. so jimat la kan disitu, tak payah nak ke kedai cuci gambar. cuci sendiri lagi bagus. gambar pun lawa!

Hasilnya


aku buat di bahagian tepi katil. boleh la before tidur usha-usha dulu kenangan lama. hehe. boleh buat berapa layer yang korang nak. macam aku ada 4 layer saja.


selain tu boleh jugak buat di hadapan meja study. fefeeling acah-acah bagi semangat bila buat kerja. haha!


so, apa tunggu lagi. korang pun boleh mula buat di bilik sendiri. memang lawa dan kemas. if ada sebarang pertanyaan. boleh komen di bawah k. bai! selamat mencuba!

4 comments:

  1. saya pernah try dulu tp permananet hooks tu tak lekat asyik tercabut je.. stress last last saya tampar je gmbr tu kat dinding hahaha

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa ... tehingin nak buat, tp skrg tgh malas lg .. haha

    ReplyDelete
  3. Bestnya, ahahaha, tapi sbnrnya mai takda bilik , transit bilik adik sendiri je, KAHKAHKAH, menumpang di rumah sendiri.

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-