Sesi Mengenali Ahli Blogger

terlintas di hati ni nak join sesi mengenali ahli blogger yang dianjurkan oleh adik nabila.. entri ni menarik minat aku untuk join dan nak lagi tambah kenalan dalam dunia maya ni. mana lah tau kan, one day akan buat event ke ramai2 jumpa. best jugak tu!




okay! nak jawab dua soalan yang adik nabila ajukan. 


1. Impian anda terhadap blog anda

Impian aku simple saja. memang suka menulis. so aku nak one day nanti orang kenal aku melalui blog dengan segala penulisan yang aku publish di blog ni. especially penulisan berkaitan puisi. nak baca koleksi puisi aku yag tak seberapa boleh ke SINI.. cer korang komen sikit, mana tau aku boleh tambah tolak bahagi puisi aku tu jadi lebih baik. Aku juga memang mengimpikan pv 1 juta! serius! bukan nak glamor ke apa. tapi rasa puas hati kalau dapat pv macam tu. reward untuk blog! heee..


2. Biodata anda

Nama memang pendek sangat2.. Busyra binti Takiyudin. boleh panggil busyra, syra, atau busy.. suka hati korang la. umur 23 dan baru saja habis pengajian dalam ijazah sarjana muda perancang bandar dan desa di Uitm Shah Alam separuh sem, lagi separuh sem dekan minta semua pelajar fakulti senibina untuk pindah ke Uitm Puncak Alam. (tapi belum konvo lagi). Anak ketiga dari empat orang adik beradik dan anak bongsu perempuan. orang utagha dan kalau cakap kedah memang piaww asli. hehe.  last nak cakap pasal besday lah! 23 ogos 1993. so boleh prepare hadiah siap2 untuk next year. haha. malas nak sembang panjang2.. kalau korang nak lagi detail pasal aku boleh ke SINI 

no phone akan diberi tahu kelak pada adik nabila. tapi boleh follow aku di instagram, twitter, dan facebook ..okay itu saja buat semua blogger yang ingin mengenali diri ni.. thank you for reading. :)


*bagi sesiapa yang berminat, boleh klik pada banner untuk tau lebih lanjut lagi



4 comments:

  1. Laaa, ingatkan baru habis spm .. hahaha ..rupanya,dah,habis degree

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan..cantik nama awak secantik rupa awak..ewah2 ewah

    ReplyDelete
  3. blog awak kemas dan nice... saya suka saya suka, teheee

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Busyra.. Akak jalan2 sini..

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-