Beauty Box dari Sally Samsaiman dah ada depan mata!!

Thursday, October 13, 2016

Hai semua..


Alhamdulillah dua tiga hari ni dapat hadiah dari rakan blogger. salah satunya dari blogger Sally. thanks awak! suka sangat tengok hadiah banyak2 ni. heee.. korang nak tengok tak? cuma sekarang ni aku tak boleh nak cuba lagi semua barang ni, sebab sekarang tengah pakai produk dari My Beauty Herbs. tak boleh la nak campur2 kan. okay meh sini nak tunjuk dekat korang hadiah yang blogger Sally bagi. semuanya ada 10 jenis!


1. Physiogel Calming Relief Gentle Cream Cleanser

Pembersih yang amat lembut bila di pakai di kulit wajah untuk mengelakkan iritasi.



2. Physiogel Calming Face Cream

Digunakan untuk melembapkan kulit wajah yang kering dan sensitif



3. Neesya Illuminating Essence (30ml)

Harga asal produk ni adalah rm129. tapi harini aku dapat cuba produk ni secara percuma. Illuminating Essence ni mempunyai multi-functions dan akan jadikan kulit lebih glowing. biasanya Illuminating Essence ini digunakan selepas mencuci muka dan selepas pakai toner. 



4. Hand Cream Honey Berry

wangi tau! nama pun honey kan. sebenarnya hand cream macam ni ada 4 jenis dan berlainan bau wangiannya. kulit korang akan rasa lembut sangat lepas sapu dekat tangan. bagi kulit tangan yang kering memang disyorkan tau untuk guna. best!



5. Vitamin A Vita-Capsule Cream

krim ini khusus untuk tangan yang mengalami masalah kedutan/ kulit rosak dan inginkan keanjalan. sapu dekat tangan pada setiap hari. krim ni ada 5 jenis sebenarnya iaitu vitamin E, C, A, B dan AC untuk pelbagai jenis kulit.



6. Mask.

aku tak pasti semua jenis mask ni. yang aku tau before tidur sapu je lah mask ni dekat muka. hehe. 





7. Sumber Ayu

Pembersih sulit wanita yang sememangnya popular. tak perlu aku nak kenalkan sememangnya korang dah tau.. heee



and last. blogger Sally bagi namecard diaaa. serius cute dan sejuk ja mata memandang sebab warna hijau. 


kalau ada masa nanti aku akan buat review pasal produk2 ni bila aku pakai nanti ya. okay bai awak2 semua.. 


14 comments

  1. Hai! wahhh...alhamdulillah..selamat pun samapi semua barang..maaf la sebab tak seberapa brg nya...btw, primer tu guna masa nak mekap..kaedah dia lebih kurang macam guna foundation..hihihi

    ReplyDelete
  2. bertuahnyaa Busyra....wuhuuu...best2..

    ReplyDelete
  3. Huwaaaaaaaaaaaa.. sob sob sob..

    Akak x menang.. bestnye dpt box ni.. Tahniah Busyra,... ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah..sakan hadiahnyer bertingkek2..

    ReplyDelete
  5. Wah ...lmeriahnyaaaa ,,,banyak sangay kat dalam tu rupanya ...tahniahh

    ReplyDelete
  6. Syoooknyaaaaaa ... nak jugaaak ! Huargggghhh

    ReplyDelete
  7. tahniah , terpaksalah berhuhuhu je

    ReplyDelete
  8. Tetiba rasa ada love kat mata ni. Alahai cutenya stuffs

    ReplyDelete
  9. Wah... Meriah gila hadiahnya.. Tahniah Busyra.. Semoga makin murah rezeki Sally..

    ReplyDelete
  10. Tahniah memang! Sy baru perasan sebenarnya Vitamin A Vita-Capsule Cream tu for our hands ;O ingat untuk muka!

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  11. Bestnye macam2 ada, cikna suka brand physiogel

    ReplyDelete