Box of Joy LAZADA Online Revolution 2016 | Brands For All


Hai semua....siang tadi posmen datang rumah bawak kotak besar. dan aku dah boleh teka yang posmen pegang tu box of joy dari Lazada. yeayyy.. finally dapat jugak. ingatkan Lazada dah lupa kita. hehe.. thanks Lazada Malaysia! 

sempena Online Revolution ni macam-macam korang boleh shopping. memang banyak sale yang Lazada buat. So, korang dah shopping apa-apa ke? bagi yang belum tu jagan risau masih ada lagi masa sebab sale ni selaam sebulan tau. dari 11.11 - 12.12 (2016) bertemakan "Brands for All". memang semua barang dalam website shopping Lazada ni sesuai untuk semua generasi. 


(klik banner untuk shopping!)

inilah dia Box of Joy yang aku dapat.. macam-macam ada dalam ni. maggi, nescafe, beg ola bola, dan banyak lagi. semua ada 12 barang yang Lazada bagi pada aku. boleh la aku cuba nanti. yang penting panda tu, cute sangat!!


LAZADA Online Revolution 2016

mesti korang tak nampak kan apa sebenarnya dalam box of joy ni. okay meh sini aku nak bagitau semua yang aku dapat. 

1. Beg Ola Bola Milo
lawa kan beg ola bola ni? hehe. aku suka, besar kottt.. memang berbaloi kalau beli. boleh letak banyak baju kalau nak pergi mana-mana. kalau korang memang berminat nak dapatkan beg ni korang kena beli milo pack dan tengok dekat label masa pembelian korang tu ada tak free beg milo. cari yang ada free beg.


2. Baby Wipes Mamy Poko


LAZADA Online Revolution 2016

boleh bagi mamy poko baby wipes ni dekat akak aku yang baru selamat melahirkan anak haritu 24.11.2016. baru sangat ja. hehe. then boleh la dia guna untuk lap kan air kecil anak dia if ke klinik ke kan. serius jenama mamy poko memang terbaik. sebab anak buah aku yang pertama pakai pampers mamy poko. 

3. White Coffee Nescafe Pandan


aku memang bukan penggemar nescafe. sebab kurang suka. huhu. tapi semalam aku try rasa nescafe perisa pandan ni. aroma bau dia tuuu. huiii. menusuk. wangi sangat bau pandan. sedap! first time aku rasa nescafe pandan ni. kalau korang nak cuba pun boleh. if malas nak ke kedai, beli ja online. semua dihujung jari. hehe


4. Full Cream Milk (Nestle)



kotak dia comel. pink gitu! adoi. dah la kecil. tapi rasa dia memukau. sedap wei! memang berkrim. 

5.  Cerelac -Nestle

LAZADA Online Revolution 2016

anak buah aku baru ja makan tadi. makanan untuk baby 12 bulan. tapi anak buah baru 8 bulan. kena hancurkan, letak air panas sikit then letak susu sikit. campuran pisang dan strawberi budak mana tak suka kan. hehe.. habis dia makan!


6. Oat Mee Maggi



memang aku sendiri belum pernah cuba ni. ada tengok dalam website lazada. teringin jugak nak try. ni dah alang-alang dapat free ni, alhamdulillah la. nanti aku dah makan aku buat review ye. nantikan...


7. Royale White Tom Yam Maggi




yang ni pun belum pernah cuba. haha. aku memang penggemar tom yam maggi. dah sah-sah la aku akan suka! if korang nak beli maggi ni kan, Lazada akan buat penghantaran percuma if beli 2 bundles 


8. Beg dan Pen Lactokid


LAZADA Online Revolution 2016
dapat beg kecil yang comel ni. siap ada smile lagi tu. hehe. beg kecil ni macam macam korang boleh letak, letak phone dan duit ke, letak barang makeup ke. Barangan Lactokid macam susu tin tu memang terbaik untuk anak-anak. sementara masih ada sale tu cepat2!

9.  Dual Stylers (L'oreal)



barangan L'oreal ni memang dah terkenal dan sangat bagus. aku dapat pek percubaan. so boleh la try nanti. krim untuk rambut nak jadikan rambut lagi lembut. bestnyaaa...

10. Tefal Manual Chopper


LAZADA Online Revolution 2016

yeszaaa dapat chopper ni.... nak bagi dekat mak. so mudah la mak nak hiris segala jenis sayur or buah. macam bawang ke. tak perlu nak hiris lagi. masuk dalam ni dan siap! hehe



11. Food Panda



dalam banyak2 binatang selain arnab. aku memang suka panda! sebab dia comel. kalau yang baby tu lagi la. geram! so dapat gift ni dari Lazada. macam tau2 ja i suka panda uolsss. haha

12. Stiker Cermin Kereta 

LAZADA Online Revolution 2016
nak tampal pada kereta sayang pulak. haha. so nak simpan la. kenangan dari Lazada Malaysia. 


Inilah yang ada dalam Box of Joy yang Lazada bagi. sebenarnya banyak lagi barangan lain yang korang boleh dapatkan di Lazada selagi masih ada sales ni, Sempena Online Revolution ni jom shopping jom!! Lazada Malaysia memang terbaik! #LZDMYRevolution


bagi sesiapa yang baru nak daftar untuk shopping di Lazada, dekat bawah ni aku nak bagi kod kupon free pada korang guna untuk first shopping. diskaun sebanyak 20%!!



Note: Bagi blogger yang ingin terlibat dengan Lazada Affiliate macam ni pada masa akan datang nanti, korang boleh hubungi affiliate@lazada.com.my untuk menyertai Keluarga Lazada! atau boleh terus daftar di sini >> Lazada Affiliate

Post a Comment

8 Comments

  1. nak tefal chopper tu! alamak dah rasa mcm mak mak sekarang nak barang tefal hahaha. btw busyra, erin dah tukar wordpress tau so busyra unfollow blog lama and follow balik blog erin www.erinazmir.com kt blogger eh :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt box mcm ni, tetiba dpt inspirasi nk bg box of joy sendiri kat adik yg kt uitm tu. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Ooo..yang ni xde sandisk eh..Sally punya ada sandisk..tp x dapat oat mee maggi tuu

    ReplyDelete
  4. bestnye !!! lama plak kakak tak dapat box gini.. haish.. jeles plak tengok awak.. hahaha~

    ReplyDelete
  5. untungla dapat box of joy hehehe sy belum pernah shopping di lazada hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat box of joy. Tak tahu pun benda camni leh dapat free. Hihi. Best2. Berkenan dengan beg yang ada. Haih, punca nie gak kang bukak Lazada 😅

    ReplyDelete