6 website yang wajib di terjah!!

Friday, December 02, 2016

Hai..

Dalam dunia blogging ni mesti macam-macam jenis website yang korang dah jumpa. Ada yang best, ada yang berguna untuk korang, ada yang korang sendiri tak fapam apa gunanya website tu. So, aku tulis entri ni untuk bagitau korang yang ada 6 jenis website yang memang patut korang terjah dan sangat-sangat berguna untuk korang, bahkan untuk aku sendiri.


Apa yang aku nak bagitau korang ni adalah website yang ada di Malaysia ye. bukannya luar negara. Website macam ni kadang tu tak semua yang tahu even ia sangat berguna untuk kita. so jom! aku nak bagitau korang apa website tu.... hehe. suspen sangat!

1. Jawatan Kosong

Website Jawatan Kosong ni memang sangat berguna untuk orang yang nak cari kerja macam aku.  ia adalah laman web rasmi Malaysia,.lebih 10,000 kekosongan yang ada tapi kena usaha lebih sikit la untuk dapatkan jawatan2 ni. huhu. korang perlu tahu yang website ini bukan saja menyediakan jawatan kosong untuk orang ramai tapi ia juga menyediakan pelbagai info dan isu semasa. sekarang ni jawatan kosong untuk 2017 pun dah di update dekat situ. so jom terjah!

2. Jawatan Kosong Kerajaan

Okay bagi website kedua ni memang memfokuskan kepada jawatan kosong dalam agensi kerajaan. banyak sangat jawatan dalam website ni. tapi kalau bab nak masuk kerja dalam kerajaan, aku sendiri tak berjaya lagi. so tak dapek nak nolong nya la ye. haha. susah la nak masuk kerajaan ni. kalau ada kabel mungkin sonang. hehe :p

3. Kerja Kosong

Haaa kalau website ni aku suka sebab ia mudah untuk menghubungkan majikan dengan pekerja. maksudnya macam ni, majikan boleh submit tawaran kerja kosong bagi sesiapa yang berminat. So tunggu apa lagi. terus masuk dalam website ni dan cari kerja kosong yang korang minat dan mungkin ada gaji yang lumayan!



4. Saps Ibu Bapa

Website ni lain dari yang 3 diatas. korang mesti ada yang tak tahu lagi kan tentang kewujudan Saps Ibu Bapa ni. haaaa meh sini aku nak bagitau. Nama penuh Saps adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ibu bapa dan guru memang patut berterima kasih pada KPM sebab dengan adanya portal ni akan memudahkan mereka. Portal ni adalah untuk ibu bapa yang nak semak keputusan peperiksaan anak2 mereka. mudah kan?? caranya macam mana? senang ja, ibu bapa hanya perlu isi nama dan no kad pengenalan anak. 

5. APDM

Apa pulak APDM ni? semuanya nak ada singkatan nama.. haha.. maksudnya adalah Aplikasi Pangkalan Data Murid. so apa gunanya website ni? portal ni adalah untuk cikgu2 nak isi data murid2 macam kehadiran dan sebagainya. Sistem yang macam ni memang dibangunkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

6. Hrmis2

Aku rasa website ni ramai yang selalu dengar. untuk penjawat awam mesti selalu sangat guna ni.. okay sebenarnya Hrmis adalah aplikasi dalam talian iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia. HRMIS juga dapat dilayari dengan memuat turun aplikasinya melalui google play dan apple store. Penjawat awam menggunakan aplikasi ni adalah untuk memohon cuti atau nak kemaskini maklumat peribadi mereka. 


Harapnya korang dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai ke enam2 website ni. semuanya sangat berguna untuk kita. Walaupun korang tak pernah guna sekarang ni, at least korang tahu sedikit sebanyak. mana la tahu kan one day korang akan guna jugak. tak ada la blur sangat. okay bai! :)


7 comments

  1. busyra! unfollow blog lama erin and follow blog baru for update tau. dekat bloglist busyra, still dapat feed yang lama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erin! sori. busyra dah update link baru blog erin. tp busyra still tak boleh komen di blog erin! siang tadi cuba lagi nak komen. tiap hari tngok je blog erin tanpa boleh komen. huhu. busyra tak tau silapnya dekat mana.

      Delete
  2. Thank you senaraikan laman web utk kerja kosong, fuh try try nasib mana tahu terlekat rezeki kan...

    ReplyDelete
  3. Kalau di sekolah SAPS, HRMIS merupakan antara web yang ramai cikgu2 buka..
    Kena pulak lepas exam..semua cikgu akan sibuk masuk markah dalam SAPS..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. Okay.. Yang no.6 tu memang akak selalu terjah..
    Untuk cuti, update data peribadi dan juga untuk SKT.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. yg website keje tu mcm mls dh bukak pasal dari dlu duk hntr permohonan tp tk pernah layak --'

    ReplyDelete