Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200


saya nak menang Set Skinfood kerana teringin nak try korean beauty set, sebab sebelum ni tak penah try set korean. dan yang pasti memang nak cantik letop kebabom macam orang korea. hehe

tag : 
http://solehahgirlz.blogspot.my/
http://chitobebearchocholategoldish.blogspot.my/
http://be-readers.blogspot.my/

SEMANIS STRAWBERI SEBAIK KHASIATNYA

Hai pembaca setia!


tengah sejuk2 hujan ni memang aku suka sangat nak menambah kesejukan. makan aiskrim memalam. dan tak lupa juga strawberi feveret! eh eh spa cakap makan strawberi konon2 omputih. no no.. strawberi pun ada khasiatnya jugak tau. bukan buah2an tempatan ja ada khasiat. antara khasiatnya yang aku memang ingat sampai sekarang adalah....



1. Ketenangan Hati

Pengambilan buah strawberi dapat meransang pelepasan serotonin, yang dapat meningkatkan suasana hati sekaligus ia dapat menjaga hati supaya lebih tenang dan rileks.

2. Mencegah Kanser

Membantu melumpuhkan kerja Aktif kanser kerana asam ellagic yang dikandungnya. Vitamin A yang terdapat di dalam buah ini, dapat membantu mencegah pembentukan radikal bebas, manakala vitamin C menjaga reaksi bahaya di dalam sel. Vitamin E dan asam ellagic akan melindungi dinding sel dari kerosakan kerana radikal bebas

3. Menghilangkan jerawat

Vitamin C, Alpha Hydroxy Acids ( AHA ), asam salisilat dan flavonoid dalam buah strawberi membantu dalam membersihkan jerawat dan mengurangi minyak berlebih. Dengan demikian, buah strawberi merupakan  bahan alami untuk menghilangkan jerawat. 

ketiga2 khasiat ini diambil berdasarkan bacaan di google. banyak lagi sebenarnya khasiat strawberi, tapi aku senaraikan 3 saja. 

TIPS UNTUK SEMBUHKAN RASA RINDU?

Hai.,


kenapa rindu itu hadir? rasanya semua orang tahu kan? sebabnya itu fitrah manusia. bila kenal seseorang, dah mula rapat, baik, mesra dan at the end kena berpisah.. mesti lah rindu sebab dah susah nak jumpa lagi. entah bila. :( zaman belajar memang zaman yang seronok..

tips untuk sembuhkan rasa rindu (hanya untuk sahabat)

first: korang kena selalu2 la wasap, msj, call tanya khabar dorang

second: selalu2 la tengok gambar bersama (barulah terubat sikit rasa rindu tu)

third: lepas solat, doa pada Allah mintak sampaikan rindu ini supaya dorang pun merasainya

*kalau korang betul2 kenal cuba cari mana aku? hehe* (pada yg baru kenal maaf ya sebab lebih selesa gunakan ganti nama diri aku, bukan kasar tapi bagi aku itu lebih mesra. maaf juga jika pendapat kita berbeza)

Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read more: http://www.azhafizah.com/2016/08/segmen-bloglist-azhafizahcom-sep-oct.html#ixzz4IK5JnqUt

PUISI#15 PARUT


biarkan aku terus senyum
sehingga kini parut telah terukir
aku tak mampu untuk hapuskan parut itu
walaupun sudah bertahun

maaf jika ia masih kekal
andai boleh dihapus dengan pemadam
sudah pasti aku padamkan parut itu
tapi...... sulit sekali

satu purnama begitu cepat berlalu
sungguh aku terpaku melihat parut ini
masih kekal 
masih sama
masih disitu
masih berparut di hati

I'M OFFICIALLY 23

Assalamualaikum..


(23.8.1993) Alhamdulillah syukur, 23 tahun diberi kesempatan untuk terus bernafas dengan sempurna. banyak dugaan dan cabaran yang kena hadapi. rasa macam tak boleh nak hadap, tapi lama2 dapat jugak hadapi dengan baik. tak da apa yang sempurna Allah berikan dekat aku melainkan ibu bapa, keluarga dan sahabat handai. ini sudah dari cukup. erm cukup la tu ye muqaddimah nya. hihi. okay! mesti dalam kepala korang sekarang ni tanya tak sambut besday ke? tak pergi mana2 ke? jawapannya tak. duduk dekat rumah ja. huhu. makan dirumah bersama mak dan ayah. 



google, twitter pun wish! korang tak mau wish ke? hehe..

KENAPA TAK BOLEH NAK FOLLOW, ASYIK ERROR & ERROR??

hai semua..

rasanya ramai yang jadi macam ni kan? nak follow tak boleh. huhu. kadang tu stress jugak. tapi aku ni jenis yang kalau tak boleh, memang aku akan buat sampai boleh. sampaila aku nampak done follow baru aku komen and close tab.


kalau jadi macam ni. korang tekan dulu tanda pangkah merah tu, lepas tu tekan lagi button follow, kalau jadi jugak tekan pangkah lagi then baru follow lagi.. sampailah keluar box macam kat bawah ni..


barulah boleh follow, memang kena tekan banyak kali. tapi paling banyak pun 3 kali. perlukan kesabaran yang tinggi. hehe. tapi jangan la terus close tab. sian blogger yang korang belum follow tu. so! kalau jadi macam ni jangan left terus ye. buat macam aku buat tu. ala bukan lama mana pun. ambil masa beberapa saat ja. okay! itu saja yang aku boleh share pada semua. ke ada lagi cara lain yang korang boleh buat? share la ye. 

DOA PENGUAT DIA SEMBUH

Assalamualaikum, 

jumaat lepas sahabat diploma aku kemalangan jalan raya dengan sebuah lori. rasanya dah lama tak jumpa dia. hampir 2 tahun. keadaan Amirul Syafiq Ahmad sekarang semakin stabil tetapi masih di icu. mintak jasa baik semua pembaca blog untuk doakan dan sedekahkan al-fatihah buat dia. semoga dengan doa ini akan sampai padanya dan dia cepat sembuh. InshaAllah, dengan keizinanNYA semuanya akan pulih kembali. 


rindu zaman diploma (2014 - last semester) Amirul Syafiq bin Ahmad, berbaju coklat cair

TAK BERBALOI PAKAI YES

credit: google

tolong bagi ais pelisss. sebab tengah panas hati. huhu. sabar sabar. actually aku baru lepas call pihak YES pasal aku punya internet. kenapa? okay aku start cerita dari awal ye. awal tahun ni bulan 1 aku ada masukkan internet YES. so far dekat rumah aku main memang laju gila. tapi quota cepat sangat habes. sikit-sikit sampai mesej cakap quota dah sampai limit. apa ni.. aku beli yang harga RM90 lebih kot. tapi aku sabar lagi sebab laju kan. tahan jela. nak dijadikan cerita, fakulti aku kena pindah ke uitm puncak alam. tau tau jelakan puncak alam tu cemana, line dia tu. mak ai. lembap sangat. maxis tu boleh tahan lagi even nak cakap dengan orang pun line tersekat-sekat. ni kan YES pulak, memang line internet kosong terus. tak boleh nak connect apa pun. hah! ni memang tak la kan aku nak bayar. bulan first tak dapat line. aku still bayar. tapi bila dah masuk bulan kedua. aku tak bayar. dan aku tak guna langsung.. kiranya aku guna dalam 3 bulan ja. lagi 5 bulan memang aku tak bayar. aku ingat memang dia terhenti macam tu ja ., dah kita tak guna n tak bayar langsung. 

tengok2 hari ni cek akaun YES, bayaran cecah RM491.. fuh!! mana nak cari duit nak bayar tu. dah la aku belum keja. baru ja habes study ni. lepak2 kat rumah , makan tido ja. haha. stressnyaaa. macam mana aku boleh terlintas nak tengok akaun yes tu? sebabnya semalam aku pegi maxis centre sebab nak masukkan internet maxis yang unlimited call and msj sekali. dari aku terus setia dekat YES buat apa kan. lebih baik aku guna maxis. sebab memang kalau no tel aku memang guna maxis dari form 1 lagi no yang sama. lepastu, akak yang maxis tu cakap, aku dah tak boleh nak daftar internet sebab nama aku terikat dengan YES. so, aku terpaksa la guna mak punya ic. huhu


tadi aku call centre YES. cakap dengan orang YES. memang dia suruh aku bayar jugak. kalau tak nama aku blacklist dari semua rangkaian internet. aku cakap la kat dia. okay la kalau blacklist pun saya tak kisah. saya tetap tak nak bayar. then tau dia cakap apa? dan lagi satu surat saman dari mahkamah akan sampai. haha. nampak sangat hang memang nak telan duit aku. hurm. YES oh YES. apa punya servis la hang guna ni. menyusahkan customer. serius ni first and last aku guna YES. dan aku akan bagitau seluruh rakyat malaysia. haha. geram betul la. sebab alasan dia memang aku terikat dengan YES selama 2 tahun. salah aku jugak kan. :( so, sekarang ni aku dah buntu dan tak tau nak buat macam mana lagi. nak bayar tu boleh. tapi mana nak dapatkan duit tu. mana mana mana. servis khidmat YES memang teruk la. sori aku cakap. patut la dorang buat kontrak. nak tak nak orang kena bayar jugak. dapat internet ke tak ke orang kena bayar jugak. korang memang pandai!

sorry, sebab korang terpaksa dengar cerita aku. aku tak tau nak cerita dekat sapa lagi selain mak ayah. huhu. ada korang ja pembaca blog tersayang. for the first time aku membebel macam orang gila. huhu. hilang sikit rasa stress ni sebab share dengan korang. tq. :)

TADAH TANGAN BERSYUKUR


tengok gambar ni terus terdetik dihati, adakah aku seorang yang tidak tahu bersyukur? ramai yang dekat luar sana makan makanan yang sedap2 sedangkan ramai lagi yang tak cukup makan. Ya Allah, aku tadah tangan bersyukur padaMu dengan apa yang kau berikan. dan berikanlah mereka diluar sana makanan sepertimana aku makan sekarang. 

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku

sesiapa yang minat untuk travel dan ingin dapatkan buku ni, jom sesama kita join!


tag : http://budakkoko.blogspot.my/

GIVEAWAY TUNAI RM200 BY ELIHJAPAHAR.COM

Hai.. lama sangat tak join mana-mana contest. dan hari ni terdetik nak join contest yang dianjurkan oleh elihjapahar


mudah dan senang saja untuk join contest ni. sebabnya tak banyak rules nak follow. so bagi sesiapa yang tengah free tu boleh lah join this contest. 

RESEPI MAKARONI CHEESE BAKAR

Bosan sangat dekat rumah. tak da apa yang boleh dibuat selain mencuba segala resepi di google. tak tahu memasak tidak bermakna tak pandai memasak kan? seriously aku mengaku memang aku tak berapa pandai memasak. tapi aku suka untuk memasak. I will try my best. nak kahwin kan nanti. haha. so! siang tadi aku try masak makaroni cheese bakar. 

Sesiapa yang nak mencuba. boleh try resepi di bawah. ada aku cedok google sikit. ada aku main hentam ikut aku punya taste. yela kan. kalau suka pedas tambah cili, kalau suka manis tambah gula. ikut korang ler. 

Bahan2 nya hanya perlukan 4 bahan utama saja


1. Tumis 3 ulas bawang putih yang ditumbuk, seterusnya masukkan ayam/daging cincang. 


2. Seterusnya masukkan sos prego, makaroni, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, secubit gula (kalau nak masukkan cendawan or apa2 tambahan lain boleh masukkan, terpulang)

*makaroni tu boleh rendam dengan air panas dulu before masuk supaya cepat masak (makaroni kan agak keras)


3. Goreng makaroni sehingga kuahnya pekat


4. Selepas selesai memasak makaroni, masukkan makaroni goreng tadi di dalam bekas/loyang untuk dibakar.. layerkan bersama cheese. bawah sekali letak makaroni, then cheese, then ulang balik makaroni dan seterusnya. 

* pelbagai cheese boleh digunakan


5. Bakar dalam suhu 180 c dan selama 30 minit 


6. Dah siap! dan ready untuk di ngap! hehe.. makan panas2 memang sedap.


jemput tengok dan selamat mencuba! :)

DAH BOLEH KONVOOO!!

Tak ada kata lain selain Alhamdulillah Ya Allah.. segala rasa pening, sakit kepala selama ni dah hilang sebabnya iols dah boleh konvo dengan hati yang sangat tenang. penat lelah selama ni akhirnya selesai dengan doa mak, ayah, lec, kawan2.. dari 18 tahun masuk diploma untuk 3 years di uitm perak, then 21 tahun dapat masuk penerapan uitm dalam kos yang sama, town planning! 2 years untuk degree.. dan akhirnya sekarang 23 tahun, alhamdulillah, alhamdulillah masih diberi nafas untuk menggembirakan hati seorang ibu dan ayah. Sorry, I'm so excited! I just want to share my happiness with you all, my readers. InshaAllah bulan 5 tahun depan konvo.  


this is my studio partner, Nik Izziani (segala kerja studio banyak buat dengan dia) thanks a lot my dear. I hope u read this entry and feel so bersyukur sebab ada kawan macam aku. haha.. gambar saja berbaju hitam tapi hati tidak sesendu itu, hehe.. 

okay bai! Assalamualaikum.. 

Supper Tuna Sandwich

Tengah-tengah malam ni, seriously aku lapar sangat. buka periuk nasi dah kosong. nasi dah habes! so buka peti ada tuna ada telur. okay lah kan. buat sandwich dah cukup. sebab jenis aku ni kalau dah lapar tapi still dok bertahan tak nak makan, memang tak boleh tido la jawabnya. better makan then baru tido. haha.. simpan lemak sangat.


actually ni bukan tuna sandwich ja tau. ni plus plus dengan telur rebus (lecekkan), mayonis, cili padi dan bawang (hiris kecil). then gaul semua.. last! sapu dekat roti. ni roti gardenia tapi dekat rumah tak da pula yang kosong ja, ni apa nama dia tah, yang ada bijirin tu (kurang sedap sikit, aku lebih prefer yang kosong)..


nampak tak aku makan banyak, tengok ja cekeding cenggini.. hehe. okay bai, nak makan! selamat tengok dan cuba sendiri di rumah. :d

SEINDAH RANCANGANNYA

2.30 a.m
Assalamualaikum...


Usah risau, usah gusar dengan perjalanan hidup
Kerna yang pasti perjalanan itu seindah takdir ketentuanNYA


*Gambar di ambil diwaktu senja jam 7.20 p.m

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-