Senarai Blogger Giveaway by Busyratakiyudin

terima kasih kepada yang sudi join giveaway ni. di bawah adalah senarai blogger yang telah diupdate


1. http://missobsesi.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

2. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

3. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

4. http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

5. http://ohmyvitamin.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

6. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

7. http://masturanasarudin.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin-30-sept-16.html

8. http://nakahime.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

9. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

10. http://www.kennymerligal.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

11. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

12. http://misspurple17.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

13. http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

14. http://realsviors.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

15. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

16. https://belogs.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

17. http://www.myideakini.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

18. http://ombakbergigis.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

19. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

20. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

21. http://www.kasihjuju.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

22.http://adna2029.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

23. http://nrjan.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

24. http://www.cekgunorazimah.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

25. http://www.mariafirdz.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

26. http://jombercontest.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

28. http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

29. http://loveyoucontest.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

30. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

31. http://azlanrumadibloglist.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

32. http://jnjikita.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

33. http://www.kisahsidairy.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

34. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

35. http://the-fadedd.blogspot.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html


bagi sesiapa yang belum join boleh la join ye sebelum tarikh tutup pada 30 sept ni >> Giveaway by Busyratakiyudin

* if link blog korang aku tercicir untuk masukkan just inform pada aku kay. 


Bila guna Chrome mesti iklan nuffnang tak keluar di blog



Korang pernah alami tak iklan nuffang tak keluar di blog bila korang buka guna chrome. kalau buka guna mozilla okay ja. bukan setakat iklan ni blog tapi nak buka akaun nuffnang pun tak boleh. puas aku fikir kenapa masalah sangat chrome ni, padahal aku memang suka guna chrome kalau buka apa2 pun. lepas tu aku try clear history semua. delete history dari mula2 buka. lepas dah settle. buka balik blog. taraaa iklan dah keluar terpampang di blog yang kiut ni. hahaha.. *perasan

so kalau korang pun jadi macam aku ni boleh la clear history korang yang bertahun tak cuci tu. hehe.  kalau yang selalu clear tu bagus! kay bai awak semua!



Bercinta dengan orang tua tapi smart bergaya??

Hai..



serius best cerita ni. sebab lain sikit dari cerita sebelum2 ni di slot akasia tv3. selalunya asyik bercinta dengan orang muda sado hensem ja kan. tapi kali ni dah duda ada dua anak lagi uolss. tapi still hensem. memang tak miss la aku tengok cerita ni sebabkan heronya zamarul hisyam. haha. kay bai!


Cara nak licin kan kulit muka dengan cara DIY

Hai selamat malam semua..

before tido ni aku nak share dengan korang cara yang aku selalu amalkan before tido. korang mesti pernah rasa kan terkadang rasa kulit muka tak selesa dan menggerutu (tak licin).. bukan sebab apa tu, ianya mungkin disebabkan blackhead mahupun whitehead di muka korang. if korang cuci muka pun still ada tau kotoran dekat muka tu. sebab kita hanya sapu menggunakan tangan. so macam mana nak rasakan kulit muka licin? sini............ nak bisikkan. hehe




nampak sangat aku excited nak bisik dekat korang tu.. nasib baik gigi jarang dapat diselindung. haha.. mata pun dah sembab. sebab aku baru saja cuci muka dan get ready untuk tidooo.. bunyi macam pelik sikit kan. guna pakai berus gigi. tapi korang jangan la pergi guna berus gigi yang keras bulunya tu dekat muka korang. pergi la beli yang bulu berus yang lembut gitu... yang aku guna ni memang lembut (tapi rasa la sakit jugak sikit, nama pun berus gigi.. haha) korang sapukan fevret cleanser korang dekat muka dan lepas tu jangan cuci dulu, korang beruskan dekat bahagian dahi, hidung dan dahi. disitu sebenarnya banyak kotoran. jangan berus kuat2 tau. nanti luka pulak. kulit muka kan lembut. 

ini lah cara yang aku buat before tido. tapi bukan setiap malam tau, semiggu sekali saja. if korang nak cuba boleh la pergi beli berus gigi lepas ni. macam mana sebelum ni aku boleh tau pasal guna berus gigi dapat rasakan kulit muka licin? selalu tengok u-tube (penjagaan muka) hehe. 

kay bai!


AKHIRNYA BERJAYA NAIK SKYBRIDGE, LANGKAWI

Hello semua..

entri ni sebenarnya dah lama sangat di draft post. tapi disebabkan aku tak ada masa nak update, terpaksalah aku biarkan entri tu terkubur beberapa bulan lalu. huhu. sadis betul! saja nak share dengan korang pengalaman naik skybridge di langkawi. serius best!

eh kejap! macam mana aku boleh sampai ke sana? di sebabkan ada seminar yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) semasa aku praktikal di sana dulu.


setibanya di sini kami menginap di hotel HIG





dan seterusnya majlis seminar bermula, serius agak penat masa ni sebab baru saja sampai


budak2 praktikal bersama staf JPBD.. :D  hari kedua terus dengan seminar, hari ketiga baru kami ke skybridge! 


laluan untuk ke atas jambatan. penat sebab jauh jugak. haha. al maklum jarang bersenam. hehe


akhirnya sampai jugak! eh eh jumpa omputih laa. haha


pemandangan yang agak kabur sebab kami berada di ketinggian yang tinggi. haha. tak ingat berapa ketinggian jambatan ni..


serius pemandangan yang cantik! rasa nyaman. 




pemandangan dari atas cable car


nak romantik kejap dengan pasangan. haha


masa ni aku agak sedikit gemok. haha. sebab setiap hari time praktikal asyik bekfes dengan nasi lomak ja. so badan pun dah naik lomak la jawabnya. heee. 


sekarang ni berat badan dah kembali ke normal. but i miss badan masa praktikal. :(




sebelum balik kami singgah ke pantai duluuuu.. 


best sangat ke sana! tapi sebenarnya pengalaman bersama staf JBPD lagi best. rindunya dekat dorang. :(

korang ada pengalaman ke sana? share la.. okay bai!


Sesi Mengenali Ahli Blogger

terlintas di hati ni nak join sesi mengenali ahli blogger yang dianjurkan oleh adik nabila.. entri ni menarik minat aku untuk join dan nak lagi tambah kenalan dalam dunia maya ni. mana lah tau kan, one day akan buat event ke ramai2 jumpa. best jugak tu!




okay! nak jawab dua soalan yang adik nabila ajukan. 


1. Impian anda terhadap blog anda

Impian aku simple saja. memang suka menulis. so aku nak one day nanti orang kenal aku melalui blog dengan segala penulisan yang aku publish di blog ni. especially penulisan berkaitan puisi. nak baca koleksi puisi aku yag tak seberapa boleh ke SINI.. cer korang komen sikit, mana tau aku boleh tambah tolak bahagi puisi aku tu jadi lebih baik. Aku juga memang mengimpikan pv 1 juta! serius! bukan nak glamor ke apa. tapi rasa puas hati kalau dapat pv macam tu. reward untuk blog! heee..


2. Biodata anda

Nama memang pendek sangat2.. Busyra binti Takiyudin. boleh panggil busyra, syra, atau busy.. suka hati korang la. umur 23 dan baru saja habis pengajian dalam ijazah sarjana muda perancang bandar dan desa di Uitm Shah Alam separuh sem, lagi separuh sem dekan minta semua pelajar fakulti senibina untuk pindah ke Uitm Puncak Alam. (tapi belum konvo lagi). Anak ketiga dari empat orang adik beradik dan anak bongsu perempuan. orang utagha dan kalau cakap kedah memang piaww asli. hehe.  last nak cakap pasal besday lah! 23 ogos 1993. so boleh prepare hadiah siap2 untuk next year. haha. malas nak sembang panjang2.. kalau korang nak lagi detail pasal aku boleh ke SINI 

no phone akan diberi tahu kelak pada adik nabila. tapi boleh follow aku di instagram, twitter, dan facebook ..okay itu saja buat semua blogger yang ingin mengenali diri ni.. thank you for reading. :)


*bagi sesiapa yang berminat, boleh klik pada banner untuk tau lebih lanjut lagi



KORANG MESTI ADA LIFE QUOTE KAN??

Hai,

menjengah facebook tadi sesaja menggedik cuba app ni. bagus untuk orang yang tak dak keja macam aku ni. haha. serius boring! semua benda nak main. sampaikan aku yang tak minat main game. tetiba semalam install game. haha




okay apa pun saja nak share dengan korang, my life quote yang di create oleh app di facebook. ayatnya yang nice dan buatkan aku lebih semangat setiap hari dan lebih lebih lagi semangat untuk update blog. haha! poyo sangat!

memang kehidupan ni tak semanis gula yang seperti kita inginkan, kadang tu kita akan rasa pahit seperti peria. tapi sepahit apa pun peria itu, bila di campur dengan gula lama2 pahit tu akan hilang jugak kan? yes! sama juga dengan hidup. sebanyak mana pun masalah, tapi kalau kita usaha untuk selesaikan masalah itu, pasti lama-lama akan selesai juga. 

dan satu lagi.. korang penah tak rasa sakit yang melampau? i mean hati? ya memang kita boleh memaafkan semua kesalahan manusia yang dah buatkan kita sakit kan? kenapa perlu nak berdendam begitu lama sedangkan salah kita pada pada Allah setiap hari pun, Dia tak pernah menghampakan kita apabila kita memohon maaf. apa lagi kita hanya manusia biasa. aku sebagai manusia, memang mudah memaafkan salah orang lain. tapi untuk melupakan itu sangat payah. I really mean it. 

*persoalannya adakah quote diatas ada kaitan dengan bebelan aku tu. haha. kay bai!


eh jap! meh la join GA aku. >> Giveaway by BusyraTakiyudin (menyempat lagi promote, haha :p) 


Header untuk Miss Banu

Assalamualaikum..

baru saja lepas emailkan header untuk miss banu. terima kasih sebab sudi terima header dari saya yang tak seberapa ni. miss banu pilih header no 3 dan 4.. memang special untuk dia saja tau. aku tak kan bagi pada orang lain lagi. sebab miss banu dah pilih dulu.





kalau ada yang berkenan boleh ke sini >> Free Header untuk blogger

masih ada 2 header yang tiada tuannya. hehe.. apa2 boleh email aku ya untuk header ni.. bai!

* tujuan buat semua ni. untuk asah bakat dalam software photoshop 


Giveaway by BusyraTakiyudin

Hai semua..


Hari ni aku nak lancarkan giveaway yang berbentuk hadiah cash RM20 kepada seorang pemenang. tapi bagi semua peserta yang join, aku akan masukkan link blog korang dalam blog aku. boleh la senang2 aku blogwalking nanti. 


Syarat-syaratnya:

1. Follow this blog

2. Like fanpage busyratakiyudin

3. Follow G+ google (di sidebar)

4. Tuliskan kekurangan blog ini (dari segi penulisan / halaman blog / ataupun apa saja yang membolehkan aku perbetulkan apa yang kurang di blog ini) *tak perlu panjang, satu ayat dah mencukupi*

5. Linkkan banner ke giveway ini


Itu saja syaratnya. mudah saja kan? so. jom ramai2 join. korang pun boleh sesama blogwalking nanti. jika giveaway ini dapat sambutan. aku akan up kan lagi duit ke RM50 untuk giveaway yang akan datang kelak. InshaAllah blog ini akan mengadakan apa-apa giveaway berbentuk cash.  


*Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. thank you

TAMAT!!

KENAPA KITA PERLU BERWUDHU SEBELUM TIDUR?

Selamat malam semua. before tidur aku sempat lagi untuk update entri, sebab time aku scroll twitter tadi terjumpa this photo..



kenapa kita perlu berwudhu sebelum tidur? okay ini pendapat aku. simple dan mudah!

1. Tubuh kita akan rasa rileks dan nyaman selepas ambil wudhu/ bebas dari segala kuman yang ada sebabnya air wudhu adalah air suci.

2. Wudhu adalah ubat yang paling mujarab untuk cerahkan/ putihkan kulit kita. tak ada tandingannya dengan segala produk kecantikkan di dunia ni.

3. Bila kita sentiasa dalam wudhu, malaikat akan sentiasa mendoakan kita

4. Semakin mendekatkan diri kita dengan Allah

5. Jantung kita akan sentiasa dalam keadaan tenang

6. Jika kita mati dalam tidur, kita dianggap mati syahid


Jadi sentiasalah berwudhu kerana banyak kelebihan dan manfaatnya. selamat malam semuaaa..

FREE HEADER UNTUK BLOGGER

Hai Assalamualaikum..

masa free yang banyak terluang dekat rumah sekarang ni sampai tak tau nak buat apa. i'm so bored! so aku ada buatkan korang header. if korang berkenan sampai hati dah berpaut tu. hehe. acah2 cantik ja kan. boleh la bagi email korang. nanti aku edit sikit2 ikut taste korang and akan cuma untuk sepadankan dengan blog korang. jangan risau tak perlu bayar apa2. aku just nak isi kekosongan sementara belum dapat kerja. because it just a simple header.


Header 1




Header 2



Header 3



Header 4



kalau korang nak just leave your email and i will contact u. thank you.


*aku tak dapat nak bw ke blog korang lagi. sebab internet aku bila dah hujung2 bulan ni sangat semput. nanti lepas dah bayar internet aku akan bw kay.. bai

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!


aku memang seorang yang tak pandai nak makeup, setakat letak lipstik, blusher and bedak tu boleh la. hehe. tapi keinginan untuk ada set kecantikan tu memang menggunung sangat. sebab tak pernah ada semua tu. mana tau kan ada rezeki nak dapat beauty box dari Sally. satu produk kecantikan yang aku pakai dan sangat2 suka adalah Ellfie Beauty. krim malam, krim siang dan cleanser. di mana2 mesti bawak dalam beg. benda wajib. 

siapa berminat untuk join boleh klik pada banner!

Lazada Affiliate Exclusive: Honor 8 Creative Blogging Contest

Hai semua!

ada good news ni. cepat2 get ready untuk update entri baru. Lazada Affiliate telah melancarkan satu contest untuk semua blogger di Malaysia. bagaimana caranya untuk join contest ni? mudah saja. ikut step di bawah. 




Berikut adalah detail peraduan:

Tajuk Entri Blog: 8 Reasons to Get an Honor 8
Bahasa: Bahasa Inggeris / Bahasa / 中文
Memenangi Kriteria: Kreativiti dan Kandungan (dipilih oleh Huawei dan Lazada Team)





Hadiah: 2 x Honor 8 (64 GB & 32GB)

Syarat:
1. Terbuka kepada Blogger Malaysia SAHAJA
2. Review yang akan di post pada September 26, 2016
3. Review mesti termasuk link affiliate yang di linkkan ke page produk di Lazada
4. Review mesti termasuk detail Lazada MYCyberSale 
5. Blogger mesti menyertai Program Lazada Affiliate.


Sila isikan borang ini untuk mengesahkan penyertaan anda > Borang Penyertaan

Selamat mencuba semua! mana tau kali ni rezeki korang kan! 

CARA MENYELESAIKAN DNS ADDRESS COULD NOT BE FOUND

baru-baru ni blog aku mengalami problem dns address yang tak dapat nak access. nak tengok aku stress tahap ke berapa, sila usha sini. hehe. Stress dengan dns blog yang selalu error

if blog korang ada jadi macam ni, sila ikut cara dibawah bagi mengatasi problem korang. (step mestilah mengikut bulatan merah) *klik pada gambar untuk lebih jelas


Step 1


Step 2


Step 3


Step 4


Step 5


Step 6


delete no yang sedia ada dan gantikan dengan no yang tertera di dalam gambar di atas

Step 7


last bila dah tekan okay. try balik buka blog korang. mesti dah boleh buka! dan boleh terus berblogging kembali. harap entri ini dapat membantu korang. 

FREE NAME CARD DARI PIXAJOY DAH SAMPAI!!

Hai semua

tengah tengok tv tengahari tadi, tiba ada dengar bunyi hon dekat depan rumah. telefon dari number tak kenal pun tetiba call. eh sapa pulak ni. hehe. saja buat suspen. rupanya abang skynet. elehh kau! acah acah abang konon. eh memang la sebab barang aku dah sampai. jadi seronok la kejap. kahkah. satu ja nak puji skynet ni. perkhidmatan dia memang bagus sebabnya dia akan call kita dan tunggu kita dekat depan pintu rumah dengan setianya. haha. okay2.. sebenarnya barang free yang aku order dah sampai. yeay!! pixajoy memang baik hati.. sebab bagi name card free


dengan hasil design sendiri. eceh! tak da maknanya design sendiri, memang layout dah diberi oleh pixajoy, kita just edit letak pap! muka kita setepek dekat situ and jangan lupa detail diri. memang macam macam design yang disediakan. pixajoy akan print dan akan pos terus sampai ke rumah. ini adalah promosi yang dilakukan oleh pihak mereka. so, kena la cepat2. takut nanti promosi dah habis. kualiti name card ni memang power! cantik! licin! best sangat! harga asal name card ni adalah RM35 sekotak iaitu 100pcs. tapi kali ni aku hanya dapat percuma tapi cuma bayar untuk pos sahaja RM8. aku pasti ramai lagi blogger di luar sana yang dah buat name card dengan pixajoy. 



bagi sesiapa yang belum, jom buat name card free. nak tau macam mana? tengok di sini. Cara nak dapatkan Name Card dari Pixajoy

untuk pertama kalinya aku ada name card. yalah kan, aku malas nak buat sebelum ni, sebab bukannya nak guna sangat pun. cuma kali ni dah free kenapa nak lepaskan peluang kan. hehe. sapa nak bagi free. nanti nak bagi dekat korang la name card ni. simpan elok2 tau dalam koleksi blogger korang. haha. bajet2 femes! :p

thanks Pixajoy!! bai semua. jumpa lagi. 

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."

           

Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : kulit tidak sekata/ berminyak)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya sememangnya teringin untuk mencubanya dan sekaligus supaya dapat membuktikan kepada mereka di luar sana yang 3D Gold Stemcell Serum memang berkesan bagi yang mengalami masalah kulit (sila berikan jawapan anda)

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

STRESS DENGAN DNS BLOG YANG SELALU ERROR 404 NOT FOUND

Assalamualaikum..


masuk ni dah 4 kali dah dns blog aku jadi macam ni. Ya Allah kenapa ni. stress betul la. serius stress. blog ni benda yang paling aku sayang antara semua media sosial. hehehe. tapi kenapa selalu jadi macam ni. nak kata sebab domain. aku dah contact syarikat yang aku beli domain tu. dia cakap okay. dia pun dah banyak kali tolong fixkan dns aku ni. rasa bersalah pulak nak mintak tolong banyak kali. malam ni jadi balik dns error 404 not found! weyhhh aku pun ada keja lain nak buat. bukan nak betulkan dns ni ja. hahaha. haaa marah ni marah. sakit hati la. 

aku dah try google cara nak atasi dns yang selalu error ni. alhamdulillah ada 1 blog tadi yang dapat bantu aku dalam betulkan benda ni. harapnya ia tak berulang lagi lepas ni. korang penah tak jadi macam aku? so apa yang korang buat? share la sini..

okay bai!

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN LOYA

Hai semua.. 

dalam masa beberapa hari ni, sepanjang entri ni tak berupdate, aku demam.. huhu. sendu betul! hari raya ketiga korban, aku terbaring atas katil sebab tak kuat sangat nak bangun. badan lesu tak bermaya. masa mulalah ingat indahnya sihat yang Tuhan bagi dulu. 


malam sebelum aku demam tu, memang perut ni dah rasa lain, perut rasa beralun dan tekak rasa loya sangat. baru aku teringat yang siang tu aku makan macam-macam. huhu. mybe makanan yang aku makan tu perut tak boleh terima. malam tu memang aku tidur dalam keadaan yang tak sedap perut. esoknya tu aku mintak tolong mak buatkan air limau panas. tapi mak cakap air limau tak elok minum pagi2. aku nak jugak. serius! memang aku loya sangat. aku terpaksa minum juga. 


lepas minum tu tak sempat 5 minit terus perut aku berbunyi dan terus nak ke toilet, nak beri-beri. sebabnya limau kan tajam. lepas tu aku muntah lagi. habes semua keluar pagi tu. lepas ja dari tu, mak buatkan aku teh o panas, terus lega dah tak loya lagi. perut pun dah tak beralun lagi. memang betul aku ada dengar orang cakap, kalau kita loya, kena muntah dulu baru perut dan tekak akan okay. kalau tak tetap loya macam tu jugak la. 

aku harap tips aku ni berguna untuk korang yang ada masalah macam aku. memang perit sikit la mula-mula tu. tapi lepas minum teh o panas buat kelat kelat sikit. nanti okay la tu. or korang ada pengalaman sendiri? meh la share dengan aku :)

okay bai! jumpa lagi! *sumber gambar:google

DIY: CARA BUAT GAMBAR TERGANTUNG DI DINDING

Hai semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. korang buat korban tak tahun ni? sehari makan daging mesti tengah pening-pening lalat. tak pa esok sambung makan lagi.. hehe. btw aku nak share dengan korang hasil hiasan di bilik aku semalam. orang tengah sibuk buat ketupat, rendang daging, masak nasi. aku sibuk hiaskan bilik. haha. sesaja la kannn. okay mari sini aku ajarkan cara-caranya. tak susah mana pun cuma perlu ada minat sebab nak belek-belek benda2 DIY ni.. 

alatan DIY


1. penyepit kayu 
2. permanent hooks (gantung baju lekat di dinding) 
3. paper rope (tali)
4. Photo Paper

semua barang ni lebih kurang RM20 sahaja. aku memang suka ke mr.DIY .. sebab semua barang yang aku cari akan ada disitu. aku print sendiri gambar sebab ink printer masih ada yang tak terguna lepas habis study dulu. so jimat la kan disitu, tak payah nak ke kedai cuci gambar. cuci sendiri lagi bagus. gambar pun lawa!

Hasilnya


aku buat di bahagian tepi katil. boleh la before tidur usha-usha dulu kenangan lama. hehe. boleh buat berapa layer yang korang nak. macam aku ada 4 layer saja.


selain tu boleh jugak buat di hadapan meja study. fefeeling acah-acah bagi semangat bila buat kerja. haha!


so, apa tunggu lagi. korang pun boleh mula buat di bilik sendiri. memang lawa dan kemas. if ada sebarang pertanyaan. boleh komen di bawah k. bai! selamat mencuba!

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-