BERSERI-SERI BERSAMA 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Hai semua..


hari ni aku excited sangat nak tunjuk dekat korang hasil dari penggunaan 3D Gold Stemcell Serum. serius aku teruja. sebabnya aku bukanlah penggemar serum. tak suka sebenarnya pakai serum. before ni aku pernah cuba 1 saja produk serum. tak ingat dah jenama apa sebab dah lama. lepas pakai, kulit jadi tak sekata. kurang sesuai. tapi dengan 3D Gold Stemcell Serum ni memang sangat2 okay. packaging serum ni memang superb cantik dan exclusive!!

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Hai semua

baru berkesempatan untuk join GA yang dianjurkan oleh blogger Rrai. tertarik dengan hadiah ga ni iaitu shadedough by hanis zalikha. serius warna2 lips ni memang cantik! aku paling suka dan teringin nak try adalah warna creme caramel. aku memang suka warna lips yang nude2 macam tu. hehe.. 


instagram: @busyra_takiyudin

Selagi tak puas hati..

Hai semua


hahaha.. mereng seketika!

kalau korang perasan dan ambek berat la pasal aku mesti korang perasan template dah berubah. eh ada ka yang perasan. mestilahhh.. :p pada awak maizann, awk dah tegur sy awal2 lagi dekat chat. haha. btw ni belum siap sepenuhnya. dan kalau korang perasan jugak. aku banyak kali tukar header! Ya Allah busyraaa. tak penat ke, asyik tukar ja kejanya. haha. macam aku cakap selagi tak puas hati. ni lah aku. huhu. haishhh. lagipun aku ni penganggur terhormat, asyik mengadap blog la kejanya. :p *doakan aku cepat2 dapat keja 

Masakan Sardin lain dari yang lain

Hai semua..

hari ni aku masak sardinnnn!


simple dan sedap! kahkah perasan sikittt.. aku sejenis yang suka try benda baru. macam ni la masukkan serai dalam sardin. mak aku cakap "apa kebenda nya la ni sardin masuk serai" . hahaha. alaa resepi eina azman la mak. hehe. apapun sardin memang sedap kalau makan dengan nasi panas! sapa setuju? :p


Masih mencari kerja? Di sini ada 10,000 Jawatan Kosong untuk anda!!

Hai semua..


ramai sangat orang yang menganggur di luar sana mencari kerja termasuklah aku. serius! memang susah nak cari kerja zaman sekarang ni. habis laman web kerja dah aku terjah dan apply. pengangguran berleluasa. hehe. dah tu sekarang ni musim konvo pulak tu. haaa lagi la ramai yang berpusu-pusu nak terjah laman-laman web yang berkaitan dengan permohonan kerja. okay dekat sini aku nak kenalkan 1 laman web jawatan kosong yang mungkin korang tak pernah terjah iaitu di government.my .. dekat goverment.my ni memang banyak sangat peluang kerja yang boleh korang apply. dekat 10,000 jawatan kosong tau! aku sendiri pun cuba semua jawatan di laman web ni. mana lah tau melekat satu dua kan. rezeki siapa tahu. asalkan kita cuba dan usaha!

government.my ni adalah peluang penganggur untuk memohon jawatan kosong kerajaan. siapa tak nak masuk kerja dalam government kan? so, tunggu apa lagi. cepat2 la apply! sebelum tarikh tutup. apply ja banyak2. tak salah pun asalkan kita ada syarat kelayakan yang mereka mahupun.


okay dekat sini aku nak share dengan korang antara jawatan kosong terkini yang pasti terbuka untuk sesiapa saja yang ingin memohon. antaranya ialah jawatan kosong Jabatan Perangkaan Malaysia, jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysiajawatan kosong jpa, dan banyak lagi yang korang boleh cari di sanaAntara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.

Jadi aku harap entri ini dapat membantu korang semua di luar sana yang mencari kerja. jangan pernah putus asa okay! cari kerja memang susah. tapi kalau kita terus cari kerja di di mana-mana lawan web terutamanya di government.my inshaAllah akan melekat juga kerja nanti. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.

okay terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini. :)


Nikmatnya Wong Solo tu macam kau menang 1 juta! kahkah

Hai.. 

nah!! nama pun tajuk entri wong solo. so, tempek gambar dekat sini dulu apa2 pun sebelum nak bebel lagi panjang dekat bawah ni. :d


Ya Allah, kempunannya nak makan wong solooo.. dah mengalahkan orang mengandung! kahkah. serius wei wong solo ni macam letak racun, tapi racun bukan untuk mati la. haha.. sebab aku tak pernah miss kalau ke shah alam untuk makan wong solo. yang aku dapat tau, ayam di wong solo, dorang gunakan ayam kampung. aku yang tak makan ayam kampung pun jadi makan kalau dekat wong solo. apa aja untukmu sayang. haha. bila lagi dapat makan macam niiii... 

dulu study dekat uitm shah alam boleh la selalu ke sana. dekat sangat, jalan kaki pun sampai. kalau dah tak tahan sangat la kan. kalau mampu bertahan tu tunggu la teksi ataupun tumpang la sesiapa. hahahah. eh! jangan buat main tau. baru2 ni kan wedding kawan diploma aku di palong, negeri sembilan. so aku dan sorang kawan aku dari kedah naik bas dan turun di shah alam. sebab esoknya tu nak ke palong sama2 dengan kawan yang lain naik kereta. nak dijadikan cerita kami berdua sampai malam di terminal bas. 

pastu ambil teksi terus ke uitm numpang lerrr kolej sesiapa yang hado disitu. buat macam pengemis. haha. sementara nak tunggu kawan aku yang memang stay di damansara balik dari kerja dan akan ambil kami, sooo malam tu jalan kaki dari kolej ke wong solo. semata nak makan di situ. memang kerja gila! tapi itulah kenangan bersama. ecewahhh!


bila dah dapat makan tu, nikmatnyaaa macam memang 1 juta k. jangan nak cakap 1 juta tu lagi mahal dari wong solo. hahahaha


 bila time balik, nak jalan tu jadi penat. semput sebab makanan dah masuk perut. huhu. rehat dulu la. selfie lagi. haha. perempuan perempuan


perkongsian semata untuk hiburkan hati sendiri. haha. k bai!


Blogger Addy Azizul buat review blog ni??

Assalamualaikum semua..


seminggu jugak la menyepi. bukan sebab apa pun. sebab internet macam penyu yang baru menetas. hehehe. merepek! okay berbalik pada tajuk entri, blogger Addy ada buat review pasal blog aku yang tak seberapa ni. kalau nak tengok boleh ke sini >> Aku seorang Blogger Wanita 

sebenarnya Addy tak ada buat ga/ contest or apa2 pun. dia just pick mana2 blog yang dia nak review saja. sebab tu aku terharu dan nak buat entri penghargaan buat dia. bukan senang kan orang lain sudi nak review blog kita. i'm speechless, mungkin bagi korang benda ni adalah perkara biasa. tapi aku akan rasa terharu bila ada orang buat macam ni dekat aku. hehe. tetiba emooo.. apa pun thankss Addy. 

aku harap Addy akan terus berblogging dalam dunia blogger ye. okay semua bai!


GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT


jom ramai2 join ga blogger mashitah. aku tertarik dengan lipgloss mary kay tu. hehe. kalau rajin uolss semua join lah ya. haha. uolss uolss sangat malam2 ni. k bai


Beauty Box dari Sally Samsaiman dah ada depan mata!!

Hai semua..


Alhamdulillah dua tiga hari ni dapat hadiah dari rakan blogger. salah satunya dari blogger Sally. thanks awak! suka sangat tengok hadiah banyak2 ni. heee.. korang nak tengok tak? cuma sekarang ni aku tak boleh nak cuba lagi semua barang ni, sebab sekarang tengah pakai produk dari My Beauty Herbs. tak boleh la nak campur2 kan. okay meh sini nak tunjuk dekat korang hadiah yang blogger Sally bagi. semuanya ada 10 jenis!


1. Physiogel Calming Relief Gentle Cream Cleanser

Pembersih yang amat lembut bila di pakai di kulit wajah untuk mengelakkan iritasi.



2. Physiogel Calming Face Cream

Digunakan untuk melembapkan kulit wajah yang kering dan sensitif



3. Neesya Illuminating Essence (30ml)

Harga asal produk ni adalah rm129. tapi harini aku dapat cuba produk ni secara percuma. Illuminating Essence ni mempunyai multi-functions dan akan jadikan kulit lebih glowing. biasanya Illuminating Essence ini digunakan selepas mencuci muka dan selepas pakai toner. 



4. Hand Cream Honey Berry

wangi tau! nama pun honey kan. sebenarnya hand cream macam ni ada 4 jenis dan berlainan bau wangiannya. kulit korang akan rasa lembut sangat lepas sapu dekat tangan. bagi kulit tangan yang kering memang disyorkan tau untuk guna. best!



5. Vitamin A Vita-Capsule Cream

krim ini khusus untuk tangan yang mengalami masalah kedutan/ kulit rosak dan inginkan keanjalan. sapu dekat tangan pada setiap hari. krim ni ada 5 jenis sebenarnya iaitu vitamin E, C, A, B dan AC untuk pelbagai jenis kulit.



6. Mask.

aku tak pasti semua jenis mask ni. yang aku tau before tidur sapu je lah mask ni dekat muka. hehe. 





7. Sumber Ayu

Pembersih sulit wanita yang sememangnya popular. tak perlu aku nak kenalkan sememangnya korang dah tau.. heee



and last. blogger Sally bagi namecard diaaa. serius cute dan sejuk ja mata memandang sebab warna hijau. 


kalau ada masa nanti aku akan buat review pasal produk2 ni bila aku pakai nanti ya. okay bai awak2 semua.. 


Perlu ke nak blogwalking tiap hari??

ada blog, tapi malas nak blogwalking. ehhhh adik akak abang, tak boleh la macam tu. kena la jengah jugak blog kawan2 dekat alam maya ni. memang tak dinafikan aku seorang yang malas untuk blogwalking. tapi bila difikkir-fikir balik, blogger lain boleh ja datang jenguk blog kita. tak kan kita tak boleh balas kunjungan kan? dan lagi satu tak kan la ada blog ni asyik nak pos entri ja. kan best kalau kita ke blog blogger lain dan baca penulisan dorang macam mana. mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita perbetulkan. ye dak? 


Sumber: google

istimewanya kalau kita rajin blogwalking ni, kita dapat kenal banyak sangat kenalan. walaupun tak pernah jumpa tapi cukuplah bermesra di media sosial ni kan. hehe. seronok! dapat tambah kawan.. aku ni kalau boleh semua benda nak cerita dekat mak. lately ni selalu sangat cerita dekat mak pasal blog. mana tak nya. sejak aku aktif berblogging, posmen selalu datang. hehe. hantar barang, kawan2 blog aku ni la yang baik hati bagi macam macam. heee. dah tu mak tanya, sapa yang bagi tu.. aku cakap la kawan la mak. mak pelik juga yang jadi kawan dengan anak dia ni yang dah berkeluarga semua. haha.. chill la mak. cerita punya cerita. last mak cakap bagus la bergaul dengan semua orang. haa yela mak. best! siapa yang ada blog ja dapat rasa semua ni. 

okay la. dah penat potpet-potpet. bai! nak ke dapur cari makanan. hehe


Wordless Wednesday: Even in these conditions the child is happy


Sumber: google
#Indian child


Apa yang korang buat bila stress??

Hai semua

tajuk pun dah boring kan? hehe. so kay la, korang kena jawab jugak soalan aku tu. petang semalam aku memang stress sikit.. herm. stress pasal cari kerja, stress pasal ada satu masalah lain ni yang tak dapat aku nak share dengan korang. arghhh.. tapi bila dapat tengok tasik ni. rasa tenang sikit. rasa macam hilang sikit.. sebab ciptaanNya tu semua indah2 belaka. 


panorama yang dapat di ambil. view yang sangat cantik. 


dapat pergi tasik ja la. sebab kalau pantai memang jauh dari rumah aku. dan sedia maklum la kan, kedah ni mana la ada sangat pantai. haha


korang bayangkan angin sepoi2 bahasa. memang rasa tenang nyaaa lah..


tasik ni juga ramai orang memancing. 


korang nampak tak macam rumah banyak2 dekat situ? itu bukan rumah. itu adalah resort. dulu masa kem sekolah. sempat juga la aku merasa tidur disitu. hehe


Pendang Lake Resort ni masih di baik pulih. supaya pengunjung yang datang lagi rasa best. sebab sebelum ni tempat ni macam forever alone. haha. tapi sekarang aku tengok tempat ni dah semakin cantik!


dan akhir sekali, perempuan tak kan jauh dengan selfie.. heee


ini lah cara aku untuk hilangkan sedikit stress. nasib baik ada peneman. hehe. keluar dalam setengah jam ambil angin. lepas tu balik lah. resort ni dengan rumah aku pun 10 minit ja! haha. kay bai! eh eh... kejap. so berbalik pada soalan aku tadi, apa pulak yang korang buat kalau stress? aktiviti outdoor?


Produk 3d Gold Stemcell Serum dah sampai.......

Yeayy.. serum by My Beauty Herbs dah sampai semalam.. Alhamdullillah aku berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam contest kak mia. thanks pada kak mia dan My Beauty Herbs sebab sudi memilih aku. di pilih untuk 40 orang blogger. InshaAllah nanti untuk entri seterusnya, aku akan kongsikan dengan korang hasil dari produk yang aku pakai ni ye. memang cantik packaging serum ni.. emas shining2 gitu. heee


yang penutup merah tu la krim malam. treatment untuk korang lembutkan kulit muka, belai2 sikit memalam kan. hehe


bukan setakat dapat serum ja tau. My Beauty Herbs bagi krim malam jugak. kira macam extra free la sebab dah dapat serum kan. harga asal 3d Gold Stemcell Serum ni adalah rm150.. yang bestnya aku dapat try dengan percuma. suka wei... haha. so sesiapa rasa nak cuba jadi kulit polesss macam neelopaa., boleh beli sekarang. hehe. serum ni merawat kulit muka yang berjerawat jugak tau. semua jenis kulit di sarankan untuk cuba. tengok hasil dalam seminggu ke atas. macam kulit aku ni agak suram dan sebam. dan InshaAllah lepas pakai serum ni kulit bertambah shining. 


cun kan serum ni! okay la bai. busy ni busy.. nak pakai serum ni.. haha. jumpa lagi..


Puisi#16 Mengejar apa yang di kejar

1.45 pm / bukan hanya fikirkan hidup semata- busyratakiyudin


salah satu sebab kenapa aku masih terpinga-pinga, tercari-cari adalah kerana aku belum jumpa sesuatu yang benar-benar aku mahu. bukan wang, bukan emas, bukan segala harta yang ada didunia. aku di sini bukan untuk hambakan diri buat manusia, tapi pada dia, Tuhan! 

biar penat mencari, akan aku tetap melangkah walau dengan merangkak, kerna aku sedar yang tak mudah mengejar apa yang aku kejar selama ini. biar sakit sekarang asalkan aku tenang kemudian. biar sulit hari ini, jangan susah esoknya.

baik aku orang boleh nampak, buruk aku? tak kan aku nak cerita pada semua. buruk aku hanya Tuhan yang tahu. biar hanya Tuhan! puas untuk aku cari mana dia Syurga, rupanya ada di dalam hati seorang hamba taqwa. 


nak baca lagi koleksi #puisibusyratakiyudin boleh ke sini >> Karya Puisi


Breakfast dengan Ducth Lady

Morning semua..


aku ni pelik sikit sebab segala jenis susu tak makan. apatah lagi susu tepung. hehe. tapi susu dutch ni memang fevret aku la. tambah2 yang full cream! tak manis sangat tapi rasa lemak susu tu sedap!

kay bai! nak sambung makan :d


Cara untuk mengatasi masalah link blog yang tidak dapat dimasukkan dalam bloglist??

Hai semua..

seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan link blog semua peserta GA di dalam bloglist di sidebar blog ini. tapi ada 3 blog yang tak dapat aku masukkan kerana mempunyai masalah seperti di bawah 



jadi disini aku ingin kongsikan kepada korang cara untuk mengatasi masalah jika link blog yang ingin korang masukkan di dalam bloglist tidak dapat dimasukkan.. 

Korang cuma perlu tambahkan kod link dekat bawah ni di belakang link blog tersebut.


/feeds/posts/default


contoh: http://realsviors.blogspot.my/feeds/posts/default (rujuk gambar di bawah)


lepas tu dah settle!!



semua link blog korang aku dah dapat masukkan kecuali satu saja link blog yang tak dapat masukkan. dan aku dah tak tau nak buat cemana lagi. nanti aku try lagi ye. sebab sebelum ni 3 link blog tak dapat masukkan. tapi bila aku guna cara di atas semuanya dapat diselesaikan kecuali satuuuu ja tak dapat jugak *sorryyy sangat


harapnya tuto aku ni dapat bantu korang yang ada masalah yang sama macam aku. kay bai..


Pemenang Giveaway by Busyratakiyudin

Assalamualaikum, hai semua


maaf sebab lewat umumkan pemenang sebabnya jumaat lepas aku ke negeri sembilan ke kenduri kawen kawan diploma dulu. jadi hari ni baru sempat nak update pemenang. sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang join GA ni. dan semuanya memberikan pelbagai pendapat tentang kekurangan blog ni. aku akan cuba perbetulkan segala teguran yang korang berikan. InshaAllah. seronok baca semua komen korang. :) apapun alhamdulillah walaupun tak banyak yang join hanya 35 blogger sahaja. pemenang di pilih secara random ye. tak ada pilih kasih atau apa,. aku bagi sama rata. hehe. 


Pemenang Cash RM20 >> 
21. http://www.kasihjuju.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html


yang tak berjaya tu tak apa mybe next GA ada rezeki lagi kan. btw semua yang join GA ini, aku akan masukkan link blog korang dalam bloglist aku. dan akan memudahkan aku untuk selalu menjenguk blog korang. bloglist ni akan ada di blog aku sampai bila2 sampailah aku adakan GA baru ye. maksudnya diganti la *entah bila nak adakan GA lagi.. hehe


pada pemenang sila bagi detail ke fanpage blogbusyra

Nama: 
No akaun maybank:


terima kasih semua.. :)


Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-