365 MUKA SURAT TELAH BERAKHIR UNTUK 2016

Hai semua.. 


lebih kurang 5 hari tak update blog. Ya Allah, walaupun cuma 5 hari tapi rindu tu macam rindu suami! haha. :p macam2 dugaan, suka duka yang aku hadapi pada tahun 2016 ni. walaupun kadang tu rasa tak mampu nak keluar dari masalah tapi akhirnya, mampu jugak keluar dan temui 2017 esok!! Alhamdulillah. Esok meningkatlah umur aku jadi 24 tahun even tak cukup bulan lagi.. muda lagi okayyy. haha..

My Favorite "Flat Shoes"!

Hai.. 


semalam tak sempat nak up entri baru.. hari ni gagahkan diri untuk update jugak! so, harini nak story pasal kasut kesayangan aku. memang dah buruks sangat dah. tapi aku sayang nak buang. tapak dia pun dah kopak dah! huhu.. tak boleh nak buat apa sebab kasut flat kan. kalau heels boleh la tukar tumit! eh boleh ke? hahaha. entah! aku main cakap ja sebab tak suka pakai heels! memang kalau ke tempat formal atau mall, suka pakai kasut flat. tak kisah la untuk kasut bertutup or tak. selipar sebenarnya lagi best! 

Telur goreng dan Roti Pat Segi Hup Seng buat supper!

Hai..


Pernah dengar tak roti pat segi? orang kedah memang suka sangat sebut macam tu. biskut panggil roti.. alaaa biskut jenama hup seng tu! sedap tau roti tu *sorry aku memang dah terbiasa panggil biskut tu roti.. hehe.. disebabkan lapar sangat tengah malam ni. masuk dapur lah! buat roti telur. roti tu aku celup telur. sedap weiii! try lah buat. percaya la cakap aku ni! haha. telur tu pulak macam biasa hiris bawang putih dan cili padi. aku gunakan telur yang sama untuk salutkan roti tu. buat la dalam 3 or 4 keping roti. then letak sos pulak atas roti tu lepas dah siap goreng. lepas tu tunggu apa lagi. ngap lerr!! haha. k bubye!

Minyak Herba Asma Mujarab Original sembuhkan penyakit asma

Assalamualaikum..


2 entri yang lepas aku ada story pasal Minyak Tenang Anakanda dan Bedak Ruam Bayi. so hari ni aku nak story lagi pasal Minyak Herba Asma Mujarab pulak! tak payah cakap banyak la pasal minyak ni sebab dah femes! hehe. ramai sangat pengguna memilih untuk guna minyak herba asma ni.. apa yang bagus tentang minyak herba asma? bagi yang ada penyakit asma, lelah, semput.. memang berkesan! tapi bukan tu saja tau. kalau sakit gigi, kena gigit serangga, terseliuh, muntah2 macam2 lagi. boleh apply ja dekat tempat sakit tu.. dan sangat sesuai untuk bayi!

Bedak Ruam Bayi | Ruam Bayi Powder Penawar Penyakit Kulit

Assalamualaikum..


korang pernah dengar tak Bedak Ruam Bayi atau Ruam Bayi Powder? atau seangkatan dengannya lah. haha.. rasanya dah femes dah sekarang ni! tapi bagi yang belum tau, bedak ruam ni mampu menyembuhkan penyakit kulit. terutamanya pada bayi.. tapi jangan salah paham ye, bedak ni bukan buat bayi saja tau, bahkan orang dewasa pun boleh cuba kalau yang ada penyakit macam psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu (bayi), ruam panas, kudis, kudis buta, cacar air, jerawat, luka dan lain lain masalah kulit. bermacam penyakit dapat disembuhkan oleh bedak ruam ni dan atas keizinan Allah.. kita mampu usaha kan? jadi bagi yang tertanya2 apa yang best sangat dengan bedak ruam bayi ni, meh sini aku nak kongsikan dengan korang..

Minyak Tenang Anakanda dari Ning Salmah

Assalamualaikum semua..


pada entri kali ni aku share dengan korang satu jenis minyak! minyak yang sangat sesuai untuk bayi kembung perut dan bayi meragam sepanjang malam. mak ayah pasti risau kan kalau bayi dorang tetiba tengah malam nangis sebab kembung perut dan tak selesa untuk lelapkan mata. haaa ni la masanya nak beli Minyak Tenang Anakanda ni.. minyak ni sangat2 bagus tau untuk bayi. mungkin yang baca entri aku ni salah seorang ibu atau ayah yang ada bayi dan ada masalah macam ni.. boleh la teruskan membaca entri aku ni ye.. hehe. sebab aku nak yakinkan korang lagi betapa hebatnya minyak ni. banyak kelebihan dan khasiatnya.. 

10 Produk Kegemaran yang perlu beli dari Ezbuy!

Hai..


hujung2 tahun ni banyak pulak sales! dan bila sebut pasal shopping ni, aku bukan lah seorang yang kaki shopping! tapi di sebabkan aku tertarik dengan satu website ni, terus jadi gila shopping! haha. seriously! barangnya yang murah dan mudah untuk shopping disini. maklum la kan. aku ni bukan suka sangat nak shopping di mall. baik shopping depan laptop ja. santai, mudah dan cepat! semua di hujung jari runcing aku! hahaha.. perasan jari cantik! eh, apa website yang aku maksudkan tu? Ezbuy! mesti korang familiar kan? tapi bagi yang belum tau pasal ni, meh sini aku nak cerita kan sedikit sebanyak tentang laman ni..

10 Tips untuk hilangkan rasa sakit kepala

Hai..


Pernah tak korang rasa sakit kepala? pening dan kepala berdenyut2 ja satu hari tu.. nak demam pun ada. semua lah. so dalam entri ni aku nak bagi 10 tips dekat korang untuk hilang kan sakit kepala korang tu. ini adalah nasihat dari aku. tapi kalau sakit kepala yang berlarutan sila jumpa pada doktor pakar ye. jangan terus biarkan kalau 10 tips aku ni tak berhasil. hehe

Pageviews semalam mencecah 3K

Assalamualaikum semua..


baca tajuk pun dah tau kan? alhamdulillah dan terima kasih aku dekat korang sebab selalu datang, baca dan komen di blog aku.. jujur aku cakap ini pertama kali aku dapat pv sehari sebanyak ni. sebelum ni tak pernah. sebab aku blogger yang suam2 kuku ja. haha.. sebelum ni hanya main2 dalam blog.. tapi bila dapat tengok pv ni bertambah excited dan nak serius dalam blogging.. harapnya ia kekal.. pukul 11 pagi semalam ramai yang masuk blog ni. mungkin masa tu ramai orang tengah aktif di laman sosial. so singgah la kejap di teratak busyratakiyudin ni.. teruskan menjengah blog ni ye.. <3 dan harapnya blog ni menjadi blog yang berguna untuk korang.. okay bubye!

Menu di Rabak Cafe Alor Setar Kedah

Hai Assalamualaikum..


entri ini adalah sambungan hari yang sama dengan entri Keindahan Kota Kuala Kedah.. seharian di alor setar, apa kata kita singgah Rabak Cafe untuk rasa western menu di situ.. serius ramai orang yang datang hari tu! hari cuti kan lagi la ramai orang nak bawak family, sahabat handai semua! tak dinafikan Rabak Cafe antara cafe yang agak terkenal di Alor Setar. tempatnya yang strategik dan mudah untuk orang parking dan turun terus boleh order makan! hehe..

Keindahan Kota Kuala Kedah!

Hai...


korang pernah tak setiap kali nak keluar dengan kawan2, mesti masing2 tanya "kita nak kemana?" haha. aduhh.. memang tak tau la nak jawab apa. sebab jenis aku memang tak suka sangat ke mall.. lagipun kalau nak ke mall ni kena banyak duit baru best nak shopping. ni kalau duit pun ciput ja setakat nak cuci mata, baik tak payah. cadangan aku baik kita pergi ke tempat yang boleh tenang kan jiwa dan raga! cewah! :p so bincang punya bincang, jom lah kita ke kota kuala kedah. itu ja tempat yang hadooo dekat kedah ni aku rasa selain langkawi. hahaha.. tak baik burukkan negeri sendiri :p

Hadiah Gambar "Miniature Photography by Twelvelabstudios"

Hai semua..

hari tu aku ada join satu GA yang dianjurkan oleh blogger mirza syazwina .. tertarik nak join GA dia ni sebab gambar2 yang dia edit ni gempak! hehe.. aku pun salah sorang peminat photoshop! sebab tu suka dengan hasil kerja dia. comel2 semuanya.. so, aku nak share sikit gambar cute dari dia..

gambar first yang aku bagi pada mirza untuk di edit ni adalah gambar masa konvo diploma di uitm seri iskandar, tahun 2014.. gambar ni jadi salah satu kenangan aku.. tahun depan inshaAllah konvo kali kedua. hehe.

Best main Puzzles online di JSPuzzles!

Hai..


Boringnya hari ni dan tak tau nak buat apa, so aku buka puzzles online.. main2 letak sana letak sini dan siap akhirnya puzzles aku! aku memang minat main puzzles dari dulu zaman budak2 lagi. main puzzles ni boleh galakkan otak kita ni berfikir. mana tak nya, kena la fikir kan nak letak dekat mana, atas ke bawah ke, tepi ke, kan? dari situ kita bukan saja2 main tau. kita biarkan sel-sel otak kita ni berhubung! hehe.. :p 

Menang Cash RM200 Contest Flatlay Fair & Lovely

Hai, Assalamualaikum...


Alhamdulillah rezeki bulan disember ni bertambah.. hari tu menang voucher kupon dari traveloka >> Contest #MyTravelokaEscapade .. minggu lepas dapat tau menang cash rm200 pulak dari fair & lovely.. sesaja nak masuk contest tu sebab caranya mudah dan senang. ambil gambar flatlay fair & lovely, tak kisah lah gambar pencuci muka ke krim muka ke atau nak letak 10 fair & lovely dalam 1 gambar pun boleh.. janji main objek adalah fair & lovely.. lepas tu hantar gambar melalui mesej or whatsapp pada team fair & lovely. then tunggu! hehe. mudah kan? 

Cara mudah menanam tomato!

Hai semua..


dalam entri kali ni aku rasa nak share dengan korang cara menanam tomato dengan mudah! cepat dan sepantas kilat! haha.. dalam banyak2 sayuran, tomato memang menjadi salah satu favorite aku! buat ulam makan dengan nasi, buat air asam, buat gulai, dan buat kerabu tomato! fuhhh! hehe.. korang suka tak makan tomato? selain dari makan, tomato pun boleh buat kulit cantik tau! licin flawless gitu.. hehe .. okay la jom tengok step di bawah!

Kenduri kahwin kawan sekolah wajib hadir!!

Hai Assalamualaikum..


hari ni tak dapat nak buat #foodwritingchallenge yang last! tak sempat nak masuk dapur dan tak sempat nak usha2 food blogger mana yang aku nak masak iaitu resepi dari dia. kenapa tak sempat? busy sangat ke? memang busy! mengalah menteri. haha. tak ada la, sebab hari ni aku pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah aku. aduhhh pejam celik pejam celik, dia dah kahwin, aku?? nanti sampai harinya aku bagitau lah. haha. chill...keja pun belum, eh! jangan cakap kerja konvo pun belum. jangan nak sibuk fikir pasal kahwin!

Outfit of the day - pastel colors

Hai..

hari ni keluar ambik angin dengan kawan sekolah. makan2 borak2 ja. aku kalau keluar lebih pilih makan lagi dari shopping. hehe. biar habis duit dengan makan lagi ok. so entri kali ni sesaja nak share dengan korang outfit aku hari ni. warna pastel! aku memang minat gila warna pastel. dan aku tak berapa suka warna terang2. mungkin tak sesuai dengan muka kot. haha. selain pakai jeans aku suka pakai palazzo! dipadankan dengan shawl or bawal kosong. 

Cara mudah buat Scrub Kopi untuk kecantikan kulit

Hai..


dekat instagram/ facebook sekarang ni macam pisang goreng panas pasal sabun kopi.. aku sendiri pun tertarik! hehe. cuma malas nak tukar sabun lain dah. korang ada cuba ke sabun kopi? best tak? eh! sebenarnya khasiat kopi memang bagus tau untuk kulit. banyak kajian yang mengatakan biji kopi memang masker untuk wajah dan dapat segarkan kulit badan. so, apa kata kita cuba buat scrub kopi sendiri. lebih banyak, lebih sihat, lebih menjamin. amboi kau! hahaha.. aku nak share cara yang sangat mudah nak buat scrub kopi. tiap2 malam korang boleh apply dekat muka tu! hehe.. buat banyak2 then simpan. esok pakai lagi. okay jom tengok! dengan gunakan 3 bahan saja.

Menang Kupon RM200 Contest Traveloka!! #MyTravelokaEscapade

Hai..

Alhamdulillah... aku menang kupon rm200 dari Traveloka lepas aku join satu contest #MyTravelokaEscapade .. alhamdulillah.. korang nak join jugak?? okay korang boleh baca di sini >> Terbang Jauh ke South Korea dengan Traveloka ...contest ni ada peringkat2 tau. first dorang akan cari pemenang mingguan. yang aku dapat kupon ni pemenang minggu pertama. so, korang masih ada peluang untuk dapatkan kupon macam aku ni. kalau dapat ni boleh la booking tiket flight or hotel!! untuk pengetahuan korang, pihak Traveloka memilih 10 pemenang pada setiap minggu.. korang kena join awal2. sebab kemungkinan if minggu pertama korang tak dapat. nama akan di bawa ke minggu kedua.

#FoodWritingChallenge - Day 6: Best Recipe "Paprik Ayam"

Hai...


Best Recipe?? huhu.. susah betul #FoodWritingChallenge untuk hari ke 6 ni.. nak cakap best recipe tu tak da la. sebab main campak2 ja. hehe.. tak tau la sedap bagi tekak korang ke tak. tapi kalau nak ditanya tekak aku ni haaa memang selera aku!.. aku memang suka makan paprik ayam. lagi2 makan dengan nasi putih panas! so, entri kali ni nak share dengan korang resepi aku sendiri. mudah tapi mavelessss.. haha :p

Di bawah ni adalah resepi paprik ayam bersama sayur-sayurannyaaa!. hehe

#FoodWritingChallenge - Day 5: Tutorial Dapur

Hai, Assalamualaikum..

kalau nak cerita pasal bab dapur ni, aku bukan lah orang yang rajin masuk ke dapur. :p tapi setakat nak share dengan korang tutorial dapur tu boleh la. hehe. untuk #FoodWritingChallenge day 5 ni, aku nak buat tutorial cara nak potong bawang macam chef!  aku sendiri pun tak pernah nak potong ikut cara macam ni.. hehe.. dan aku harap tuto ni dapat membantu korang di dapur. okay jom tengok gambar di bawah ni!

#FoodWritingChallenge - Day 4: Review Buku Masakan

Hai..


masuk hari keempat #foodwritingchallenge!! lagi 3 hari nak habiskan cabaran ni.. untuk entri ni nak story pasal buku masakan. sebenarnya kan aku last beli buku masakan 2 tahun lepas! haha. tu pun saja2 beli dekat popular. tapi gambar buku tak dapat dikesan. buku dah lenyap ke mana. hahaha. sebab dah lama tak masak! :p aku ada 1 ja buku masakan. bukunya tebal. beli untuk mak dulu2 tu. tapi mak malas nak refer situ pulak. 

dalam buku tu semua ada sebenarnya! bila buat #foodwritingchallenge ni terus cari buku tu! tapi tak jumpa jugak :( ada pasal resepi buat roti, resepi masakan western, resepi masakan melayu. semua la. serba serbi. aku paling suka buat rotiii...time nak bakar tuuuu excited! aku beli buku masakan tu memang nak memudahkan. kalau nak masak buka 1 buku ja. haha. nampak tak pemalas sebenarnya. hehe

#FoodWritingChallenge - Day 3: Resepi Ayam Masak Serai dan Peria Goreng

Assalamualaikum..

hari ni masuk hari ketiga untuk #foodwritingchallenge! sebelum tu nak story dekat korang yang tadi aku jawab online exam pen. pegawai tadbir. arghhhhh... soalan bahagian A dia tah apa2. stress! susah gila wei. soalan bahagian A tu pengetahuan am/sejarah. aku ni sejenis manusia yang tak minat sejarah! lepas tu kan dah la tadi nak masuk portal SPA lambat gila loading. aku dapat masuk 20 minit nak habis masa tu. mana sempat! 50 soalan tu.. huhu. sedih! bahagian B, alhamdulillah la boleh.. tapi tak tau la, doakan aku ye dapat interview nanti. 

okay la tak mau sedih lama2! sekarang ni nak teruskan dengan mood cabaran aku ni. sebenarnya kan aku lewat sehari untuk buat cabaran hari ketiga ni. disebabkan ada masalah sikit. huhu. kira halal la ye, sehari ja. haha!

Terbang Jauh ke South Korea dengan Traveloka!

Assalamualaikum awak2 semua..


Korang kalau dapat tiket free ke luar negara seronok tak? hehe. aku tau mesti tu salah satu impian korang kan? sama la dengan aku. sapa tak nak melancong ke luar negara. Kalau korang diberi peluang, korang nak ke mana? okay nih, aku ada berita baik untuk korang. Mesti korang pernah dengar Traveloka kan? website yang korang boleh gunakan untuk buat tempahan online tiket dan hotel. haaa, Traveloka ada buat satu contest untuk blogger dan yang tak ada blog pun boleh join. Traveloka nak bagi tiket flight ataupun kupon hotel free. best kan? kita boleh pilih nak kemana untuk 10 negara yang Traveloka senaraikan. 

Review Drama Isteri Tuan Ihsan Astro Ria 104

Hai..


Arghh. tak sabarnya nak tunggu drama ni.. Isteri Tuan Ihsan! dah la minat dengan lakonan aaron aziz. sebelum ni drama awak sangat nakal memang aku tak tengok sebab kurang minat. drama ni start 5 Dis ni hari isnin. dah pasti2 dekat astro ria. drama dekat astro ria ni semua episod pendek2 ja. lepas drama Isteri Tuan Ihsan ni aku dok menanti cerita yang anzalna dengan syahrul ridzuan pulak belakon. haha. duduk dirumah ni tak buat apa asyik mengadap tv dengan blog ja la. hehe..

Jom baca sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota . Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani . Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal , manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja ). 

#FoodWritingChallenge - Day 2: Kek Batik resepi kegemaran dari zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Masuk hari kedua #foodwritingchallenge.. terus mengimbau kenangan lama main masak2 belakang rumah, masak pakai tempurung lepas tu cakap dengan jiran sebelah rumah "saya hari ni nak masak kek batik, awak?" hahaha. kek batik apa benda nya la, kek batik letak daun! :p ya Allah, rindunyaa..


haaa itu lah makanan favorite aku dari budak2 sampailah sekarang. tapi aku suka makan resepi yang dibuat dari air tangan akak aku ja. kalau beli dekat tempat lain tak sama! sekarang kan ada kek betik versi lembut dan keras. aku suka yang keras, masih terasa biskut marie tuuu.. uishhh sedap ah!

6 website yang wajib di terjah!!

Hai..

Dalam dunia blogging ni mesti macam-macam jenis website yang korang dah jumpa. Ada yang best, ada yang berguna untuk korang, ada yang korang sendiri tak fapam apa gunanya website tu. So, aku tulis entri ni untuk bagitau korang yang ada 6 jenis website yang memang patut korang terjah dan sangat-sangat berguna untuk korang, bahkan untuk aku sendiri.


Apa yang aku nak bagitau korang ni adalah website yang ada di Malaysia ye. bukannya luar negara. Website macam ni kadang tu tak semua yang tahu even ia sangat berguna untuk kita. so jom! aku nak bagitau korang apa website tu.... hehe. suspen sangat!

#FoodWritingChallenge - Day 1: Menu sarapan pagi cepat dan mudah!

Hai...

Hari ni start untuk buat #foodwritingchallenge! day 1 ni nak cerita pasal breakfast aku pagi ni. aku bukan la penggemar nasi lemak. sebab tu bila aku nak gemukkan badan ni sikit tak dapat2. aku kurang makan makanan bersantan. huhu. boleh kira dalam sebulan berapa kali makan nasi lemak. roti canai pun aku tak suka! selalunya aku breakfast makan roti gardiner 2 keping + air milo o panas / roti + telur goreng / mee goreng / sandwich telur atau sardin / dan seangkatan dengannya. haha

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Hai..


seronok sebenarnya tengok blogger update entri based on list cabaran. ada yang 30 hari ada yang 14 hari dan ada yang seminggu. sebenarnya cabaran ni memang sangat2 bagus untuk blogger. ramai yang cakap orang buat cabaran ni tak ada idea. bagi aku bukan itu saja, yang paling penting dengan cabaran ni kita akan keep writing everyday. even kita malas update blog kita kena buat jugak sampai habis sebabnya sekali dah mula cabaran tak boleh stop ye. hehe :p 

sebab tu la aku try to challenge myself!! aku tak pernah buat cabaran blog macam ni. sebenarnya nak start semalam. tapi terlewat sehari pulak. so tak pe. maksudnya aku akan start esok sampai cukup 7 hari! try untuk buat 7 hari dulu. haha. barulah kalau dah okay boleh buat untuk sebulan.

Dah 6 Tahun jadi BLOGGER

Hai, Assalamualaikum..

Hari ni 2 Dis 2016. kejap ja pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun..genap 6 tahun 2 bulan 2 hari aku jadi seorang blogger. even banyak sangat aku main2 dalam blogging ni. haha. maksud aku macam kejap update entri kejap tak. tak konsisten langsung. aku rasa hujung2 tahun ni ja aku betul2 fokus dekat blog. sebab dah habis study kan. dok rumah pun boring tak buat apa. better aku teruskan apa yang aku dah buat ni. banyak benda yang aku kena belajar lagi dalam dunia blog ni. 

ramai kawan2 tanya, "best ke ada blog ni?""tak bosan ke asyik main blog?""sampai bila nak berblogging?".. soalan2 macam tu la yang akan buatkan aku bertambah semangat nak update! tak kesah la korang nak cakap bosan ke apa. yang penting aku suka! 

Tips untuk jadi Yakin pada diri

Hai..


nak cakap pasal confident dalam diri ni memang kadang tu aku sendiri pun tak dapat nak kawal diri, rasa kurang yakin dan kadang tu shy shy cat. tanya pada diri korang, tahap level yakin korang tu dekat mana? diri sendiri mesti la tahu..

sebenarnya nak jadi yakin ni korang tak perlu nak cergas, kurus, ada rambut cantik, rumah besar, ataupun orang selalu cakap "dia dah cantik" memang yakin lah. cuba muka hitam, keyakinan tu mesti kurang. okay sekarang ni cuba ubah mindset korang tu. jangan asyik nak cakap macam tu je sebab permulaan dari yakin adalah dari diri korang sendiri!

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-