TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD AGENT DYXY

Friday, December 29, 2017

Tempahan 300pcs Bisnes Kad

Order dari agent dyxy sungai petani iaitu akak busyra sendiri, support adik katanya. hehe. thanks along! along nak bisnes kad yang simple dan background soft green. Untuk tulisan pula warna hitam supaya nampak lebih jelas.. Selain dari dyxy, along jual ramen, inai merah dan kek batik.. yang ni boleh COD area sungai petani, kedah.. pada yang berminat boleh contact no along di 013-4582893..

Tempahan 300pcs Bisnes Kad

Jenis bisnes kad adalah Matte Lamination (Both).. tebal, tak mudah koyak dan rosak. Harga untuk min 300pcs (3 kotak) adalah RM72 depan dan belakang.

Tempahan 300pcs Bisnes Kad

Yang berminat untuk menempah bisnes kad korang boleh direct wasap busyra di 014-6729316

Read More

TASNEEM NATUREL BABY BALM WAJIB DIBAWA KEMANA SAJA

Thursday, December 21, 2017

Hai semua.. balm adalah salah satu benda penting untuk baby.. tak kisah la kegunaan balm tu untuk hidung ke, perut ke.. tapi apa yang penting lagi best kalau sesuai untuk semua kegunaan dan lapisan umur.. yes! dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang satu jenis balm yang sememangnya bagus untuk baby malahan kalau orang dewasa nak guna pun boleh.. Seisi keluarga!

Tasneem Naturel Baby Balm 

Tasneem Naturel Balm yang busyra maksudkan.. korang pernah dengar tak? kalau belum, pergi search sekarang! hehe.. 

Kenapa Pilih Tasneem Naturel Balm?

Tasneem Naturel Baby Balm 

Tasneem Naturel Baby Balm merupakan produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (essential oil) yang bermutu tinggi. Kandungannya diperakui selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Tasneem Naturel Balm ini adalah halal dan telah mendapat kelulusan KKM.

Harga?

RM49 untuk 18g balm

Terdapat 4 Jenis Tasneem Naturel Baby Balm

Tasneem Naturel Baby Balm 

Keempat-empat balm ini mempunyai ramuan dan kelebihan yang berbeza.. 

1. Coughflu Time

Tasneem Naturel Baby Balm | CF Rub

- Membantu mengurangkan selsema dan cairkan kahak
- Bantu melegakan asma
- Mengurangkan suhu ketika demam

Cara Penggunaan : sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada

Ramuan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence

2. Sleep Time

Tasneem Naturel Baby Balm | Sleep Time

- Membantu anak mudah tidur lena
- Membantu anak bangun dalam mood ceria
- Membaiki kualiti tidur

Cara Penggunaan : sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ramuan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang

3. Tummy Time

Tasneem Naturel Baby Balm | Tummy Time

- Membuang angin dalam perut 
- Membantu melegakan perut sebu dan kembung 
- Sesuai untuk anak yang sukar buang air besar / sembelit 
- Untuk orang dewasa yang mengalami cirit birit 

Cara Penggunaan : sapu pada perut dan tapak kaki

Ramuan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender

4. Calm Time

Tasneem Naturel Baby Balm | Calm Time

- Memberikan keselesaan kepada bayi
- Mengurangkan keletihan dan tekanan
- Membantu anak lebih tenang

Cara Penggunaan : Sapu di tulang belakang, tapak kaki,  nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan. 

Ramuan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile

REVIEW

Busyra ada anak buah dua orang dan busyra bagi pada akak busyra untuk dorang guna pada anak-anak dorang. Yelakan mana tak nya kekadang anak buah busyra selalu merengek memalam. tapi lepas sapu Tasneem Naturel Balm ni pada dada dan hidung. terus kurang merengek. maybe baby rasa lebih selesa dan nyaman. Lepas je dari tu, akak busyra terus bawa saja kemana Tasneem Naturel Balm ni.. Senang dan mudah sebab saiz nya yang kecil.

Tasneem Naturel Baby Balm 

Cara untuk dapatkan Tasneem Naturel Baby Balm

Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor
Hotline : 011-2096 4665 (ORDER) 
010-845 3469 (DAFTAR AGEN & STOKIS) 

INSTAGRAM : TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ) 
FACEBOOK : TASNEEM NATUREL HQ

Read More

DRAMA MY COFFEE PRINCE LAKONAN FATTAH AMIN DAN JANNA NICK

Wednesday, December 20, 2017

Drama My Coffee Prince Astro Ria

Tajuk : My Coffee Prince
Mula Tayangan : 27 November 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis Jam 10.00 malam
Siaran :  Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Terbitan : Cune Film Sdn Bhd
Jumlah Episod : 28

Pelakon : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari dan ramai lagi

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Drama My Coffee Prince Astro Ria

REVIEW

Busyra bukan peminat cerita korea.. tapi cerita adaptasi my coffee prince version melayu ni memang superb best! Akak busyra cakap yang version korea lagi best.. tapi tak minat korea kan.. nak layan pun tak lepas.. hehe. Lakonan Fattah dan Janna memang menjadi dan sweet.. tak miss lagi la rasanya busyra tengok drama ni.. haha. Malam tadi baru episod 14. Ada lebih kurang 14 episod lagi. 

Rating: 5/5

Read More

MUKA NAMPAK LEBIH NATURAL DENGAN BLUSHER SILKYGIRL

Tuesday, December 19, 2017

Blusher Silkygirl

Hai semua.. Siapa disini suka pakai blusher? Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang blusher favorite busyra dari dulu sampailah sekarang.. Blusher SILKYGIRL menampakkan muka kita lebih natural dan lebih ceria.. Sememangnya ramai yang dah tau, jenama Silkygirl memang terbaik dan dipercayai.

Blusher Silkygirl

Blusher Silkygirl ada 4 jenis warna iaitu Nectar Blush, Dune Rose, Flashing Rose, dan Honeywoo.. Bagi busyra keempat jenis warna ni memang cantik.. lebih kepada warna kulit. tapi disini busyra nak bagitau tentang 2 jenis warna yang busyra dah pernah guna.

Pertama adalah warna jenis Dune Rose. Warna ni lebih kepada warna kulit dan akan nampak lebih glowing.. ala-ala shining gitewww.. sangat sesuai dengan semua jenis kulit. Busyra suka sangat warna ni. maaf la ye ambil gambar pun blusher dah habis. baru sempat nak buat entri pada korang.

Blusher Silkygirl

Jangka masa penggunaan adalah sangat lama. sampaikan busyra tak tau berapa lama. berbulan-bulan rasanya. ye la kan. busyra bukan jenis selalu 24 jam dengan blusher. maksudnya kalau keluar pergi kedai runcit tu tak da la nak pakai blusher. hehe.. buang tabiat rasa. Jadi blusher lebih tahan lama. tak cepat habis. Blusher warna Dune Rose ni akan nampak glitter-glitter pada muka.. memang cun habis . rasa macam retis-retis.. hahaha.

Blusher Silkygirl

Kod warna boleh tengok dibelakang kotak blusher. Dune Rose adalah kod 02..

Blusher Silkygirl

Okay next! Warna Flashing Rose. warna ni memang ayu je rasa kalau pakai. sebabnya warna dia yang soft pink buatkan muka rasa natural sangat. rasa macam tak pakai blusher pun.. sweet-sweet je.

Blusher Silkygirl

Warna flashing rose ni berbeza dengan warna dune rose sebabnya untuk warna flashing rose, korang calit sikit pun dah nampak dah blusher. sudah memadai.. tapi untuk kod dune rose tadi kena calit banyak sikit. yelakan dune rose kan warna seakan kulit.

Blusher Silkygirl

Warna Flashing Rose ni adalah kod pertama yang busyra beli dulu sebelum dune rose.. ni lepas dah habis dune rose berpaling semula pada flashing rose. sebab warna dia tak boleh move on beb! hehe. Kod warna untuk Flashing Rose adalah kod 03..

Blusher Silkygirl

Selain dari dua warna ni, nanti ada duit lebih rasa nak try beli yang lagi dua warna lain pulak.. Silkygirl memang menepati taste busyra.. warnanya semua cun-cun! Nak try kod 01 Nectar Blush dan 04 Honeywoo pulak.. warna nampak lebih kurang sama tapi bila di apply pada muka, akan nampak kelainan untuk semua jenis kod. 

Blusher Silkygirl
Selain dari 4 jenis warna blusher ni ada lagi kombinasi warna blusher lain.. Silkygirl ada juga keluarkan blusher 2 in 1.. Korang beli 1 tapi boleh guna 2 warna.. best jugak yang ni, busyra pun belum try lagi.. warnanya lebih menyerlah..

Blusher Silkygirl

So, blusher macam mana yang menjadi pilihan korang? Brand apa? suka yang nampak lebih menyerlah atau natural saja? Share lah di ruangan komen. :)

Read More

MOVIE REVIEW | JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE 2017

Monday, December 18, 2017

Plan nak tengok movie lain, tapi tertengok movie lain.. cemana tuu? hehe.. Plan asal nak tengok Pengabdian Setan, tapi bila tengok time tu tak kena pulak dengan masa.. Jadinya terpaksalah diganti dengan movie JUMANJI.. Filem luar negara yang menarik ramai penonton di Malaysia untuk tengok.. Aksi adventure dalam hutan dan ada sedikit kiss scene. Untuk bawah umur tidak digalakkan untuk tengok. 

Jumanji: Welcome to the Jungle 2017

SINOPSIS

When four high-school kids discover an old video game console with a game they've never heard of (Jumanji) they are immediately drawn into the game's jungle setting, literally becoming the avatars they chose: gamer Spencer becomes a brawny adventurer (Dwayne Johnson); football jock Fridge loses (in his words) "the top two feet of his body" and becomes an Einstein (Kevin Hart); popular girl Bethany becomes a middle-aged male professor (Jack Black); and wallflower Martha becomes a badass warrior (Karen Gillan). 

What they discover is that you don't just play Jumanji.. you must survive it. To beat the game and return to the real world, they'll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves or they'll be stuck in the game forever.

REVIEW

Masa first nak beli tiket tu rasa macam best ke tak ni, kalau tak best rugi.. dah la pergi hari minggu.. mahal. tapi bila tengok review-review orang yang dah tengok movie ni cakap best.. so, beli je lah. Mula-mula cerita agak kurang paham.. tapi sekejap je.. bila cerita ni flashback balik.. owh i see baru pahamm.. kenapa dia macam ni dan macam ni..

Apa yang lain dalam movie Jumanji? semestinya berlakon dalam hutan! memang terbaik lah gambar berlakon dalam hutan dan aksi aksi adventure yang  dorang lakonkan.. 

Ceritanya macam tak logik.. boleh ke kita masuk ke dalam video game? dan kita sendiri yang akan bermain dalam game tersebut.. serius mencabar! kalau kena redah harimau, harimau lah jawabnya.. tapi yang tak logik tu lah best. lagi dan lagi nak tengok apa akan jadi.. Dalam game kan, kita ada 3 nyawa sebelum game over.. yes! maksudnya 4 budak-budak kolej ni ada 3 nyawa saja bila dorang masuk dalam game ni.. jangan habiskan nyawa tu, kalau tak dorang tak kan kembali kedunia sebenar.. 

Jumanji: Welcome to the Jungle 2017

Movie ni bukan saja berkisarkan tentang aksi adventure tapi ada juga love story dan aksi lawak! tak larat nak gelak.. kering gusi wei.. hehe.

Apa yang menarik lagi bilamana ada seorang pemuda yang termasuk kedalam video game tersebut dan tak dapat keluar selama 20 tahun ke dunia sebenar.. kesian sangat. sampailah 4 budak-budak kolej tu termasuk ke dalam video game tersebut. Berjayakah 4 budak kolej tu keluarkan pemuda yang telah 20 tahun berada dalam video game tu? 20 tahun wei, dah tua dah pemuda tu, kesian isteri dan anak-anak dia tunggu dan tak dapat kenalpasti kehilangan pemuda tu kemana. 

Bila dorang dah masuk ke dunia hutan, dorang akan berubah watak, maksudnya wajah dorang akan berubah menjadi watak dalam game tersebut. tapi fikiran, hati masih tetap jadi diri sendiri.. Dapat tak dorang selamatkan JUMANJI? apa itu JUMANJI, kena tengokkkkk sendiri.. baru bestttt.. 

Jumanji: Welcome to the Jungle 2017

Rating: 5/5 (memang best tak tipu, tak bohong.. hehe. esok p beli tiket wayang tengok!) tak rugi rasa tengok cerita ni, terhibur! Jalan penceritaan movie yang lain dari yang lain..


Apapun selamat menonton korang! Eh siapa yang dah tengok, review korang macam mana? best tak?

Read More

LABO LABO STEAMBOAT & BBQ ALOR SETAR

Sunday, December 17, 2017

Tekak ni rasa dah lama sangat tak makan steamboat.. terus teringat zaman study dulu, kenangan makan steamboat dengan geng-geng kelas.. rindu! Jadi disebabkan rindu tu iolss terus ke Labo-Labo Steamboat di Alor Setar.. haha. dengan kawan-kawan sekolah dulu.. dapat juga lah melepas rindu dekat steamboat.. tapi persoalannya sekarang ni kau rindu kawan-kawan u ke kau rindu steamboat. hehe 

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Busyra first time sebenarnya datang sini. Nama ja duduk kedah tapi tak semua tempat makan busyra dah habis terjah.. Bagi busyra tempat makan dia bersih dan selesa.. cuma biasa la panas sikit. haha. nak sejuk jaaaa kau! tempat macam ni normal la kalau panas sikit sebab dengan api dekat depan muka. kau hingat nak sejuk! :p

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Gambar yang tiada watermark adalah gambar yang busyra ambil dari page Labo-Labo Steamboat & Bbq Alor Setar di Page dorang.. busyra kredit ye.. busyra pergi pun time malam. then nak snap pic signboard pun tak cun. Kawasan tempat yang strategik dan mudah untuk korang kalau nak singgah ke sini..

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Suasana pada waktu siang.. cantik kan.. merah ang ang! hehe. ada konsep kayu sikit dekat situ.. nampak bertambah cantik dan kemas.. Meja makan pun tersusun dan macam busyra bagitau tadi.. bersih! 

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Memang ramai orang yang singgah makan di Labo Labo ni.. Malam time busyra makan tu pun, customer tak henti-henti keluar dan masukk.. Bila cakap pasal khidmat servis layanan pula, agak cepat dorang ambil order.

Ini adalah pelbagai jenis perapan daging dan ayam yang ada di Labo-Labo.. busyra kalau daging kurang sikit. So, asyik ulang ambil ayam ja la.. 

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar


Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar


Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

My favorite udanggg!! even tak boleh makan sangat tapi busyra suka angat-angat.. haha. yang tak boleh tu selalu nak jugakk.. 

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

I'm not a professional photographer.. haha. habiss weii aku buat gambar jadi tak cantik langsung.. belajar lagi untuk ambil gambar yang cantik-cantik ye busyra!

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Tomyam dia tu weii, kawww! busyra suka.. pedas-pedas manis.. sedap!

Labo Labo Steamboat & Bbq Alor Setar

Busyra lupa pulak nak bagitau harga untuk satu kepala (seorang makan) adalah RM24.. tapi kalau time dorang buat promosi boleh dapat dalam RM19.. Dekat sini bukan saja ada steamboat tau, macam-macam jenis makanan lain ada.. western food, shellout. Next time, maybe busyra boleh try makanan lain pulak.

Itu saja perkongsian kali ni.. yang datang singgah kedah ataupun sememangnya orang kedah yang belum sampai kesini lagi, boleh lah try.. busyra bagi 6.5/10.. kalau dia tambah lagi banyak seafood, lagi okay.. busyra up jadi 8/10.. heee. 


Read More

ANNUAL DINNER TEAM BGM 2017

Tuesday, December 12, 2017

Annual Dinner Team BGM

Alhamdulillah semalam busyra hadirkan diri dalam Annual Dinner Team BGM 2017.. Syukur sangat dapat jumpa kawan-kawan seperjuangan even busyra join team BGM ni tak sampai 2 bulan lagi pun.. Team BGM memang the best! supportive sangat.. Pelancaran produk BGM baru saja 3 tahun di pasaran, jadi busyra rasa busyra belum terlambat untuk join team BGM dan sama-sama achieve apa yang diinginkan..

Annual Dinner Team BGM

Annual Dinner Team BGM

Thank you sangat kepada Big Bos Bihan dan Suami sebab adakan Annual Dinner untuk semua team BGM dari Stokis, Agen dan Dropship.. Meriah sangat, makan pun sedap, main game, gelak sama-sama.. Bos Bihan memang ramah, sesiapa yang tengok live makeup Bihan dekat facebook dia, haaa macam tu la Bihan dekat luar.. Sama! ramah tamah.. hehe. Siapa yang tak kenal Bihan memang rugi. sebab Bihan salah seorang MUA yang terbaik.. 

Annual Dinner Team BGM

Annual Dinner Team BGM

Annual Dinner ni adalah kali kedua diadakan untuk semua team BGM.. yang sebelum ni memang busyra tak sempat lah nak join. Sebab jadi Agen BGM ni pun baru saja. haha. InshaAllah untuk tahun kedepan, Bihan akan buat lagi katanya.. Dan doakan busyra juga boleh upgrade dari Agen ke Stokis! 

Annual Dinner Team BGM

Annual Dinner Team BGM

Start dinner dalam pukul 8 malam.. Semuanya bertemakan pink putih! Serius cantik sangat.. sesiapa yang peminat pink tu memang akan jadi kaki selfie lah jawabnya. hehe. 

Annual Dinner Team BGM

Annual Dinner Team BGM

InshaAllah kita jumpa lagi di masa akan datang! love! Sebelum busyra lupa, sesiapa yang nak jadi dropship BGM bawah busyra boleh pm busyra ye. Nanti busyra guide korang! Whatsapp 0146729316

Tadaaaa~~

Read More

RESEPI KERABU MAGGI SEDAP GILA WEHHH!

Sunday, December 10, 2017


Hai, busyra nak share dengan korang resepi kerabu maggi yang sangat mudah untuk buat. Bahan-bahannya pun senang cari.. Busyra memang penggemar kerabu maggi cumanya kena pandai kawal ja. haha. mana tak nya, maggi kan tak bagus kalau makan selalu.. siapa yang suka makan sayur-sayur yang fresh-fresh tu, tanpa rebus kita geng! sebab tu tekak boleh telan makan kerabu maggi ni..

Bahan-bahan:

1. 2 pek maggi (perencahnya simpan, jangan buang pulak. hehe)


2. Ayam, Sotong dan Udang (kuantiti bergantung pada korang)
3. Sayur-sayuran (2 biji tomato, sedikit carrot, 1 biji bawang holland, daun sup) -hiris
4. 1 sudu sos sotong/ sos ikan
5. Air limau kasturi (2 biji) -kalau tak ada guna limau biasa pun boleh (agak-agak rasa masam)
6. Sedikit air rebusan ayam, udang dan sotong 
7. 2 biji cili padi (kalau nak pedas, kalau tak nak tak perlu letak)


Cara-caranya:

1. Rendam maggi (jangan rendam lama, sekejap saja) kalau kembang tak sedap. maggi jenis ni cepat sangat kembang..
2. Rebus ayam, sotong dan udang (simpan air rebusan)
3. Sediakan bekas besar, kemudian masukkan ayam dan seafood serta semua bahan hirisan (sayur-sayuran) 
4. Masukkan maggi, perencah maggi, sos sotong, air limau, cili padi dan air rebusan.
5. Kacau rata dan siappp!


Selamat Mencuba!

Read More