7 Cara menarik yang boleh dibuat dalam dulang ais kiub!

Hai..


soalan first dari aku dalam entri kali ni, selain air masak kan korang masukkan air apa lagi dalam dulang ais kiub? sebenarnya macam2 benda yang boleh korang buat dengan dulang ais kiub ni. tak semestinya air masak ja korang boleh bekukan. macam2 lagi tau benda yang best yang boleh buat! cuba pelbagaikan sikit! :p hahaha. padahal aku pun macam tu jugak letak air masak ja selalu. okay tak pe. meh sini aku nak share dengan korang, apa benda lagi yang boleh di isi dalam dulang ais kiub ni!


1. Kiub Susu dan Oreo


korang mengidam benda manis2? boleh la try buat kiub susu dan oreo ni! buat kopi time tengah malam layan blog, then masukkan satu atau dua kiub! mavelesssss 


2. Kiub Herba


Kalau korang suka beli parsley dalam kuantiti yang banyak boleh la try kiub herba! macam mana caranya? okay, korang masukkan bersama minyak zaitun then bekukan! kalau korang nak masak kentang bakar ke apa2 la yang boleh sesuai dengan parsley, just masukkan saja! mudah!


3. Kiub Alovera


selalu sunburn? haaa buat kuib alovera then sapu pada muka yang sunburn tu! 


4. Kiub Lemon


Apa yang perlu korang buat adalah perah lemon dan bekukan jus lemon dalam kiub! then kalau korang suka makan salad ke kan, boleh la just masukkan kiub ni sebagai sos salad! salad kan kalau makan time sejuk2 sedap!


5. Kiub Buah-Buahan


beli buah banyak2! contohnya buah mangga, strawberri, apa2 saja jenis buah yang korang suka. blend kan buah-buahan tu, then korang boleh bekukan.. so, kiub buah-buahan ni boleh campur dengan apa saja yang korang suka!


6. Kiub Bawang Putih


panggang terlebih dulu bawang putih dan barulah bekukan! korang boleh gunakan kiub bawang putih ni dalam sup, kentang lenyek, sos salad, dan macam2 lagi!


7. Kiub Putih Telur


Ambil putih telur dan bekukan! bila2 rasa korang free, ambil satu kiub dan sapu pada muka! confirm flawless! hehe :p


menarik kan? bagi sesiapa yang teringin nak cuba boleh la try ye.. selamat mencuba! :)

Post a Comment

13 Comments

  1. Ais kiub buah-buahan tu macam heaven je kalau dapat time cuaca tengah panas.. 😙

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Ohsem tu idea nie.. yg buah-buahan tu best..

    ReplyDelete
  3. Singgah sini busyra.. macam2 boleh guna dgn icecube tray ni... hii.. kalo idea banyak lagi macam2 keluar hiii

    ReplyDelete
  4. Wah.. x pernah tgk lg ni.. menarik jugak... good sharing..

    ReplyDelete
  5. menarik ! pelbagai menu bole dpt dari bekas kiub kan =D

    ReplyDelete
  6. tak pernah terfikir pulak nak buat macam ni hehehe..nice sharing busyra :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh, menarik ni.. Wajib try :)

    ReplyDelete
  8. Banyaknya kegunaan, paling suka susu & oreo tu,hahahaha.

    ReplyDelete
  9. kretip betul kan.. macam-macam boleh buat...

    ReplyDelete
  10. menarik nie. selalu dengar orang buat kopi jadi ais tu :D

    ReplyDelete