Hai semua..
Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelumnya, aku nak share dengan korang barang yang aku shopping di mood republik minggu lepas.. tak banyak pun sebenarnya yang aku shopping, dalam 5 barang seperti gambar dekat atas tu.. di tambah pulak dengan goodies bag yang aku dapat masa majlis perasmian mood republik. ada bermacam-macam goodies bag yang pihak mood republik sediakan, dan alhamdulillah aku dapat sesuatu yang best dan boleh diguna setiap hari. tak salah aku grab goodies bag yang tu. hehe.. gift dalam goodies bag tu semua lain-lain tau. dan aku tak tau la apa yang ada dalam goodies bag orang lain. cuma kawan aku yang pergi sekali tu dia dapat 2 pek susu. tak ingat jenama apa. okay, jom, aku nak tunjuk satu-satu barang yang aku beli..
Dyxy Mineral Face Mist Green Tea
aku first time try beli Dyxy face mist ni. sebelum ni guna jenama lain. apa yang boleh aku katakan pada korang, jenama Dyxy ni memang best! time sembur pada muka tu rasa segar dan bau yang wangi.. aku sembur pada muka time pagi dan malam.. dan before aku pakai krim dan selepas siap pakai bedak semua. then sembur lagi sekali. memang muka nampak licin. if korang yang belum cuba. should try!
Maskara Skinny Microcara
halus sangat bulu maskara ni dan memang best sebab bila kita letak pada bulu mata, bulu mata nampak banyak dan cantik! sebelum ni aku guna maybelline.. saja la nak tukar-tukar.. tapi aku jenis yang jarang guna maskara. time rajin ja guna. time malas tak sentuh langsung. hehe
Huda Beauty Lipstick Matte
Huda lipstick ni memang aku beli untuk readers kesayangan aku.. sapa suka lipstick ni? bagi yang tak pernah cuba lagi, lipstick ni memang matte dan susah sikit nak hilang. tapi bila di basuh lama-lama hilang jugak la.. aku beli 2 warna.. satu warna trendsetter (ala-ala nude) dan satu lagi warna kiss of fire (memang terang gituewww uolss) hehe.. sapa nak angkat ibu jari tangan je. :p memang nak bagi gift pada korang ni..
lagi 2 barang yang aku beli adalah shawl yang dalam gambar dan soft lipmatte Fame (boleh baca dalam entri aku yang lepas).. untuk shawl tu memang best kain dia. mudah bentuk dan tak perlu iron! itu yang penting.. haha. dan lagi satu aku suka sebab warna latar yang soft..
Goodies Bag (Cardigan/Baju) dan Inner scarf
ini gift yang ada dalam goodies bag yang aku dapat tu.. yang warna purple gelap tu adalah baju or cardigan.. boleh pakai mana yang kita suka. kalau nak pakai untuk jadikan dia baju, kena ikat dengan tali yang sama warna jugak dengan baju tu (purple gelap). then if nak pakai untuk jadikan dia cardigan, just lepaskan saja tak perlu nak ikat-ikat bagai.. korang bayangkan la sendiri bentuk rupa cardigan/baju ni.. hehe.. then inner scarf tu senang nak pakai dan warna mustard yang cantik!
itu saja lah barang yang aku shopping di mood republik.. alhamdulillah duit shopping ni adalah hasil dari job review aku.. terima kasih blog kesayangan! <3 dapat juga reward pada diri.. dan ini untuk korang jugak tau..hehe (huda beauty).. okay lah, jumpa lagi. bai! :)
**aku belum sempat nak blogwalking ke blog korang.. nanti aku blogwalking ye. ni pun baru sempat update blog, lepas anak buah aku balik rumah dia dah.. kalau tak, jangan harap aku nak pegang laptop. hehe.. asyik main dengan dia ja..