REVIEW: GOLDEN MUSHROOM MASK SHEET

Thursday, February 02, 2017

Hai..


hari ni nak share dengan korang betapa lembutnya kulit aku lepas pakai Golden Mushroom Mask Sheet! terasa anjal pulak kulit ni. :p ..masa start letak dekat muka tu rasa sejuk sangat. melekit tak? rasa melekit la sikit masa start pakai, lepas dah kering tu, rasa selesa! aku letak dekat muka dalam 20 minit saja then bilas dan lap dengan tuala bersih. masa pakai tu korang duduk dekat depan kipas. fuhhh sejuk dia makin terasa. bagi sesiapa yang kulit kering, boleh lah selalu pakai mask ye, sebab mask melembapkan kulit kita. kenapa di panggil mushroom mask? kerana cendawan adalah baik untuk kulit dan bahkan untuk rambut dan kesihatan. 




5 kelebihan kulit cendawan

1. Menghidrasi Kulit

Asid hyaluronik dianggap sebagai pelembap dalaman badan.. Ia mengurangkan kedutan iaitu berkaitan dengan usia dan garis-garis halus. Cendawan mengandungi polisakarida yang bermanfaat dalam menghidratkan dan memberikan kesan plumping kulit pada kulit kita. Kulit terasa licin dan lembut.

2. Rawatan Jerawat

Cendawan adalah kaya dalam Vitamin D. Ini dapat menyembuhkan luka-luka jerawat. Oleh itu, ekstrak cendawan sering digunakan dalam produk penjagaan kulit bertujuan untuk merawat jerawat.

3. Manfaat Anti-Penuaan

Cendawan mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. asid kojic selalu digunakan dalam krim, losyen, dan serum sebagai ubat untuk tanda-tanda penuaan seperti bintik-bintik hati, tompok penuaan, perubahan warna dan tona kulit tidak sekata.

4. Perlindungan Kulit

Masalah kulit kebanyakannya disebabkan oleh aktiviti radikal bebas yang berlebihan. Cendawan mengandungi antioksidan serta mempunyai ciri-ciri anti-radang. Ekstrak cendawan sering digunakan dalam produk kulit untuk merawat keadaan kulit seperti ekzema dan jerawat.

Sumber: http://www.stylecraze.com/articles/benefits-of-mushrooms-for-skin-hair-and-health/



abaikan mata panda tu. haha.. so apa favorite topeng mask yang korang selalu pakai or yang pernah dicuba? boleh share di ruang komen ye :)

17 comments

  1. Wah...hihi...akak biasa guna putih tekur je Busyra..tapi ni pun lama dan tak buat...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alamak. sy x pasti berapa. hehe. sbb ni sy dapat hadiah dri blogger.

      Delete
  3. makaih.. cendawan dik ? okay.. 1stime tengok nih.. hee~

    ReplyDelete
  4. Nice sharing.

    Nak kena bagitau wife pakai mask ni.

    Biar kulit lembut gituuu..

    ReplyDelete
  5. Wah mushroom...! Saya selalu pakai yang tea tree...

    ReplyDelete
  6. bc cendawan rasa mcm nak makan lak..hihih

    ReplyDelete
  7. Macam nenarik aje ... :)
    akak pakai yang jenama watson tu aje heheh.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. try la. best. hehe. tp sy x pasti berapa. sbb ni sy dapat hadiah dri blogger.

      Delete
  9. produk dr korea mesti slalu ok

    kuronofu91.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. Macam menarik mask cendawan.. Dah lama tak pakai mask ni...

    ReplyDelete
  11. Mek still duk cari mask --' entah bile ade mase nk pkai mask

    ReplyDelete
  12. Jarang sangat Mai pakai mask,hehehe. Comel je mask cendawan, tengok kat watson bermacam2 jenis, rambang mata, last-last tak beli.hahahaha.

    ReplyDelete
  13. ada je mask kat rumah tapi tulah.. masa untuk manjakan muka tu tak berapa nak ada.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Alaa baru nak tanya busyra beli kat mana. Rupanya hadiah blogger ek. Nampak menariklah cendawan. Tambah lagi ada part jerawat kat situ. That's my biggest problem now! Huhu. Nak cuba cari kat Watsons lah kot2 ada :D

    Thanks sharing <3

    ReplyDelete