Chillex 97 antara Top Cafe di Alor Setar - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, June 30, 2017

Chillex 97 antara Top Cafe di Alor Setar

Assalamualaikum, hai..


Alhamdullillah selesai sudah puasa tahun ni.. entri untuk hari raya pun tak sempat nk buat.. malas nak on laptop.. hehe.. apapun dikesempatan ni aku nak ucap selamat hari raya pada semua readers kesayangan aku.. sempat lagi kan? raya kan sebulannn.. okay berbalik pada entri kali ni, aku nak share dengan korang keenakan makanan yang aku dah try dekat Chillex 97 Cafe.. aku ni memang penggemar western food.. dan paling aku suka semestinya Chicken Grill.. pergi la cafe mana pun menu yang aku akan try adalah Chicken Grill! dari situ aku dapat bezakan mana satu cafe yang sedap atau kurang sedap.. ala ala jalan2 cari makan gituuuu! hehe


aku pergi ni time malam.. apa yang aku suka tentang cafe ni adalah dekorasinya menggunakan konsep kayu yang cantik! bila masuk dalam cafe dengan lighting dia tuuuu.. alahaiii gambar yang tak cantik pun boleh jadi cantik.. haha..


environmentnya yang sangat selesa.. ada aircond, toilet, dan mini surau. tempat yang tak crowded! itu yang paling aku suka. baby seat pun disediakan.. okay, sekarang ni jom masuk bab makanan pulakk... part yang best nak storyy.. hehe

Menu 1: Chillex Chicken Grill (RM14.90)


Menu 2: Butter Rice Chicken Chop (RM15.90)


Menu 3: Maggi Kimchi (RM6.00)


Menu 4: Bakso Special (RM 7.00)


Menu 5: Green Tea (RM 5.00) & Yogurt Mango (RM 5.00)

itu antara makanan yang aku dan kawan2 order di Chillex 97 Cafe.. apa yang aku boleh cakap memang sedap! Maggi Kimchi tu superb! best.. air pun sedap.. manis semua cukup.. harga pun berpatutan! korang yang ada di arekedah mesti cuba makan dekat sini!.. detail aku bagi di bawah ye..


AlamatNo. 1559, Tingkat Bawah, Jalan Kota, Alor Setar, 05200, Kedah, 05200 Alor Setar
Phone: +60 12-572 7672

14 comments:

  1. Harganya nampak ok, design pun cantik je tengok.... selamat hari raya Busyra...

    ReplyDelete
  2. Rasa terharu pulak jadi pembaca kesayangan.. Apapun selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  3. wahh,,dah dekat ni kena wajib terjah ,,terliur tengok semua makanan

    ReplyDelete
  4. nice one... design cantik, harga pun okay...ada rezeki ok jgk nk ke sini

    ReplyDelete
  5. wahhh semua nampak sedap ni busyra..terliur tengok

    ReplyDelete
  6. Maggi kimchi tu sedap sgt nampaknya. Dah lah kak ana peminat tegar kimchi 😍😍

    ReplyDelete
  7. Alaaaaaa ..... Terlewat baca entry ni. Saya baru balik dari alor star. Kalau tak boleh cuba makanan tu: the proof of the puding is in the eating.

    Selamat hari raya.

    Foto atas sekali tu gambar yg ketawa tutup mulut busyra ke?

    ReplyDelete
  8. Maggi kimchi tu nampak sedap. Btw teringin nak jumpa Busyra. Dah satu negeri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye munirah kita 1 negeri.. hehe. jom lah jumpa! set time.. cri blogger kedah yg lain. lg ramai lg best..

      Delete
    2. Boleh je saya join. Saya bukan dari kedah.

      Delete
  9. sedapnya.............terliur lah pulak

    ReplyDelete
  10. Amboi maggi kimchi gitu. Sedap pastinya 😍

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. sy tak pasti pula yg tu. Tapi alhamdulillah kedai ni ada ruangan solat untuk customer. :)

      Delete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved