Resepi Ayam Paprik Ala Thai - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, June 03, 2017

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Hai..


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita puasa.. ada sesiapa dah ponteng puasa ke? hehe.. bulan puasa ni lagi la tak sempat nak mengadap blog! cadangnya haritu nak join contest Ramadhan Lazada.. hampeh! last2 date terlepas.. huhu. dah siap masak dah pun, tapi tak sempat nak buat entri.. sayangnya lahai! tak pe la.. aku up jugak entri resepi ayam paprik untuk korang semua try.. mana tau nak ubah selera nak makan ayam paprik denga nasi putih panas2 pulak kan time berbuka nanti.. semua cukup, ada ayam, sayur! meal yang lengkap! tak perlu nak masak lauk then nak masak sayur pulak kan. 2 in 1 gituu.. haha. mengarut dahhh.. okay, jom kita tengok bahan2 dan caranya..

Bahan-bahan:


itu bahan-bahannya. cuma ada 4 bahan yang aku terlupa snap pic.. haha. sos tomato, daun limau purut, cili kisar dan cili padi.. jangan lupa lagi 4 bahan ni ye.. yang bab sayur campur tu, korang boleh tambah lagi sayur apa yang korang suka.. depend la korang suka makan apa kan. kalau tak suka tak perlu letak.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam

2. Bila dah nampak isi ayam hampir masak, angkat dan ketepikan..

3. Tumis bawang putih, masukkan 2 sudu besar cili kisar

4. Masukkan 2 sudu besar sos cili life, sos cili maggi dan sos tomato

5. Seterusnya masukkan ayam, 1 sudu besar sos sotong dan 1 biji cili padi yang dibelah dua

6. Masukkan daun limau purut dan semua bahan-bahan sayur (kubis, carrot, bunga kubis dan kacang panjang)

7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!


selesai sudah resepi ayam paprik ala thai! ada satu tips untuk korang, kalau nak masak sayur jangan masak terlalu lama, sekejap dah cukup.. baru lah bila makan sayur tu, tak rasa lembik sangat, but still rasa rapuh2 sayur tu.. okay! selamat mencuba!

13 comments:

  1. perghh thorbaikk.. rajin busyra masak..

    ReplyDelete
  2. rajinnya masak. tertelan air liur pulak bila tengok gambar dan resipi lepas sahur nie :D

    ReplyDelete
  3. Paprik memamg fav kak ana. Minggu ni je dah 2x masak. Hehe. Rajin Busyra taip bahan2 dalam gambar tu. Memang nampak sedap. Lapar Tetiba perut ni haaaa.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap sangat ni busyra...tp.irda lama sgt dah xmasak..sebab bulan puasa mak semua sediakan..huhu..rasa teruk pula diri ni..tp mak irda sejak dibelikan kabinet baru suka ckp..pergilah sana..bkn masak banyak pun..huhhu

    ReplyDelete
  5. wow..sedap tu..akak jarang masak guna sos ikan atau sotong..hehehe

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sedap je. Rajin masak 😄

    ReplyDelete
  7. Tersilap baca post nie jam tengah hari nie. hahaha.. Try nak buat sekali untuk buka puasa.

    ReplyDelete
  8. Part sayur tu setuju.. kejap je kan.. Pastu nanti bila makan.. Krup krap.. krup krap sebab rangup lagi..

    ReplyDelete
  9. sedap! ok, nak masak untuk berbuka la nanti!

    ReplyDelete
  10. sedapnya. dah lama tak masak ala-ala thai ni

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved