Tunggakan PTPTN dah cecah 4K! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, June 14, 2017

Tunggakan PTPTN dah cecah 4K!

Hai selamat pagi semua..


bulan lepas aku ada ke pejabat ptptn untuk buat semakan jumlah pembayaran dan nak start bayar tiap2 bulan.. udah ler aku ni peminjam tegar, dari diploma sampai lah degree.. stress sebenarnya sebut pasal PTPTN ni tapi ni la hakikatnya yang kita tak boleh nak elak.. terpaksa jugak bayar even sikit setiap bulan. ehhh tapi tak sikit jugak la aku bayar.. bayar tuuu.. sadis hidup bulan2.. nasib belum kawin! hahaha. tunggakan tu jadi sebab aku tak buat hujrah rasanya. sebab tu la sampai 4k.. itu nasib la 4k, kalau 10k? mauuu tercabut otak sendi semua.. huhu.. kenapa pinjam PTPTN? sebab kos biaya hidup tak mampu nak tampung kos study aku.. haha.. ayat nak skema je kan! tak da la.. kos town planning macam aku ni, memang tak kan cukup kalau tak pinjam PTPTN.. sebabnya banyak habiskan duit dengan kerja2 studio.. nak cerita satu2 memang penat, tak habis 1 entri ni. hehe. 

Alhamdulillah, aku dah start bayar RM137.00 sebulan. itu untuk diploma ye. degree belum start sebab pembayaran penuh belum keluar lagi.. kata pihak PTPTN yang degree punya start 2019.. fuh lega sikit. so, aku kena habiskan yang tunggakan diploma ni dulu. cubalah korang total berapa bulan aku nak tunggu tunggakkan ni habis.. haha. lama beb! sabar je la.. bila dah habis tunggakan baru start yang seterusnya.. 

aku sekadar share apa yang aku alami ni pada korang semua.. "lagi lama tak bayar lagi banyak tunggakan dik".. itu kata abang PTPTN yang aku jumpa haritu.. haha. "nak buat macam mana encik, saya baru ja start keja. kalau tak keja mana la saya nak dapat duit"... haishhh., abang ni tak memahami hati seorang bekas siswasah!


Semangat! bersemangat lah untuk membayar tunggakan PTPTN.. hahahaha. okay bai!

22 comments:

  1. Bayar seperti yang diarahkan Busyra..
    In shaa Allah lama-lama akan habis juga..
    Semoga niat Busyra untuk selesaikan PTPTN ini akan terbuka luas pintu rezeki lain..

    ReplyDelete
  2. tunggakan eca 10k++ boleh da belanja kawen TT_TT.
    sibbaik smpt sedar sebelum bertambah nilai tu .skrg konsisten byr 200 tiap2 bulan.

    ReplyDelete
  3. Abgg sy pun byak tunggakan dia walaupun dia x hbis degree hari tue.. B'henti separuh jalan..huhu

    ReplyDelete
  4. chaiyok2! moga urusan melangsaikan ptptn berjalan dengan mudah.

    ReplyDelete
  5. alahai kesiannya nak membayar peterpan ni

    ReplyDelete
  6. Selamat menunaikan tanggungjawab. Kak ana pun tengah menunaikan juga ni. Berpuluh tahun baru habis. Hehe

    ReplyDelete
  7. samalah kita.. ingtkan aritu tangguh ptptn dia hold dlu bila cek kt ptptn terus tgk ada tertunggak rm5k. tapi nak tak nak kne byr jgk tunggakan tu kalau x xblh g luar negara.

    ReplyDelete
  8. Saya punya kena potong mandatori... hihi... tak pe, diamkan aje, lama2 habis lah hutang tu... huhu

    ReplyDelete
  9. good luck! bayar cepat2 sblm kawin ni..huhu

    ReplyDelete
  10. Ada yg dah kena sekat tak dpt ke luar negara. Seab loan tertungak laa.

    ReplyDelete
  11. Hahaha sama la saya pun peminjam ptptn tegar

    ReplyDelete
  12. Eh terpost yg komen mula2 td .

    Abg tu ingat kita sngaja ke xnk bayar. Geram kdg2 tu bila dieorg ni xfhm situasi graduan skrg.

    ReplyDelete
  13. kawan2 sy pun poning palo juga bab bayar ptptn ni

    ReplyDelete
  14. Hutang wajib dilangsaikan kan =) HUtang PTPTN akak pun tak habis bayar lagi. Jomlah kita sama2 bayar =D

    ReplyDelete
  15. Moga semuanya dpt dilunaskan dgn jayanya.. insyaallah..

    ReplyDelete
  16. hasilkan blog yang menjana duit ..

    in shaa Allah boleh selesaikan hutang..

    ReplyDelete
  17. X pe busyra kayuh pelan pelan lama lama tak sedar dah habis bayar .. .. mudah mudahan Allah perluaskan rezeki lain untuk busyra buat side income 😊

    ReplyDelete
  18. Baru lepas bayar ansuran bulanan ptptn + tunggakan. Tu yang saje google cari rakan senasib hehehe

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved