ROUND STICKER 4CM | LYZA HOME BAKERY

Thursday, July 27, 2017

Hai..

Design Sticker cominggg! hehe. ada customer yang request nak sticker yang nampak comel2 dan nak warna pink.. Alhamdulillah design sekali saja customer terus suka.. tak banyak komen, mudah saja.. harga untuk 1000 pcs ni, busyra bagi murah2 saja.. yang penting bawah RM130.. cepat mai order untuk bisnes korang! design free tak cas harga pun.. ikut korang la nak mintak design macam mana.. sampai puas hati.. InshaAllah..


Customer : Lyza
Jenis Perniagaan : Kek, Cookies (Bakery)
Kuantiti: 1000 pcs 
Jenis Sticker: Round | Mirror kote
(Design + Printing + Cut Sticker) 


Bagi sesiapa yang berminat boleh pm di facebook Busyra Takiyudin atau boleh whatsapp di 0146729316.. selain dari sticker, banyak lagi design lain yang busyra sediakan seperti kad kahwin, banner, pvc counter, buku bil, keychain, button badge, name card dan macam2 lagi.. 

Read More

REVIEW | TUDUNG iBAWAL GOSOK-GOSOK DAH WANGI

Tuesday, July 25, 2017

Hai..


sekarang ni memang jadi trend orang pakai tudung kain lembut satin kan? ada yang best tu, tudung yang tak perlu digosok, just ambil, sarung letak pin, then siap! yang paling best tak perlu nak letak perfume pada tudung sebab nak bagi wangi.. ada ke tudung macam tu? 3 in 1.. haha. siapa cakap tak dak dik non oiii.. meh sini aku nak share dengan korang. Tudung iBawal adalah jawapannya! gosok-gosok dah wangi.. ehhh.. serius lah? malas aku nak cakap banyak, kalau tak percaya korang should try satu! banyak lagi kelebihan iBawal ni.. jahitan tudung yang kemas dan apa yang aku suka tudung ni tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.. sedang2 ja..


jatuh cinta tak tengok warna pastel ni? dengan sekali pandang aku jatuh cintaaa.. haha. over nauuu! kotak pun cuteeee comel gitu.. tudung ni tak dinafikan agak licin tapi jangan risau sebab mudah dibentuk.. aku yang sejenis tak pakai tudung licin pun jadi suka lepas try iBawal ni..


label iBawal yang nampak sangt exclusive dan mahal even harga untuk sehelai berpatutan.. cantik kan kalau label tudung daripada besi warna gold2 macam tu.. btw lupa pulak nak cakap yang tudung aku pakai ni adalah tudung koleksi Soraya 2017 Parfum.. nama tudung ni Bunga Raya Pink Pearl.. nampak berketul2 bunga raya. hehe.


ada bermacam2 jenis warna bagi design bunga raya ni.. semuanya cantik2 belaka.. Harga untuk sehelai adalah RM55.00 saja (harga ni bagi koleksi tudung Soraya 2017 Parfum)



untuk yang berminat, boleh tengok detail dibawah ni ye.. korang boleh belek satu2 design di website iBawal before beli.. macam2 jenis.. bagi yang tak minat warna pastel, boleh pilih warna yg terang2.. jangan risau sebab iBawal mampu buatkan korang anggun setiap hari.. hahaha.. slogan cipta sendiri.. :p




Read More

Shopping di SgShop dengan Voucher RM 900!

Friday, July 14, 2017

Hai semuaa..


Setelah dekat sebulan menunggu barang yang aku shopping di SgShop akhirnya sampai jugakkk. fuhhh! Kenapa jadi lambat? haaa ada beberapa perkara yang membuatkan proses barang sampai ke rumah jadi lambat.. Sebelum aku terlupa, bagi yang belum mengenali apa itu SgShop, meh sini aku nak explain.. SgShop adalah satu website jual beli barang dari luar negara iaitu negara China.. Semua barang di dalam website SgShop ni, dijual dengan harga tak masuk akal, iaitu sangat lah murah! Macam2 yang korang boleh tengok dan jelejah di website SgShop.. Barangan yang dijual adalah lebih kurang barangan Lazada, Nile, Zalora dan sebagainya. Cuma bezanya disini ia lebih murah dari website Malaysia.

Dalam entri kali ni, aku nak share dengan korang barang2 yang aku dapat dari SgShop! Barang ni semua untuk orang yang aku sayang!.. tak kan la aku nak shopping RM900 sorang2 je kannn. Kongsi lebih baik. tapi bukan kongsi suami ye. hahaha.. 

1. Barang untuk Angah


Travel Bag RM 25.00 + Baju Baby RM 34.03 = RM 59.03

2. Barang untuk Adik


Seluar Jeans RM 20.14 + 2 Helai T-Shirt RM 13.76 + Kasut RM 20.76 = RM 54.66

3. Barang untuk Mak


Scandal RM 40.97

4. Barang untuk Along


Purse Wanita RM 27.08 + Purse Lelaki RM 19.31 + Pencil Case RM 4.03 = RM 50.42

5. Barang untuk Aku


Luggage RM 36.11 + Meja Office RM 220.83 = RM 256.94


Inilah bungkusan kesemua barangan yang selamat sampai ke rumahh.. yang kotak atas tu adalah semua barang yang aku terangkan di atas. dan yang kotak bawah tu adalah perabot iaitu meja office.. kena pasang sendiri tau. haha.. kayu, skru semua cukup lengkap dorang bagi. tapi serius susah nak pasang!.. nasib la ada akak dan abang ipar aku yang sanggup nak tolong pasangkan.. dah siap sebenarnya pasang tapi aku tak dapat nak snap pic tunjuk dekat korang lagi sebab bilik aku sekarang ni tengah renovate (d.i.y) cat semua sendiri.. stay tuned! haha. nanti aku akan snap pic meja office yang besauuu gedabak tu bagi korang tengok ye.. 

Barang untuk ayah aku tak dapat nak beli sebab ayah order tali pinggang then tak lepas kastam.. haha. sedih betul! besi rasanya kot.. ayah redha ja. aku tanya nak beli apa gantikan dengan tali pinggang tu, tak nak pulak dia.. hehe. Total untuk semua barang ni adalah RM 465.49 ..shipping fee RM 389.20 + Service Fee RM65.34 + Clearance Fee RM 0.98 = RM 455.52 Shipping fee ja dah cecah RM400.. huhu. gila mahal kan.. tapi semua ni sebab perabot yang aku beli tu.. harga cas shipping mahal di ambil kira dengan berat barang.. jadi kalau tak nak kena shipping mahal kena pilih barang yang ringan2 saja.. itu pun dah habis murah sebab aku guna Sea Shipping, kalau guna air shipping alamatnya beribu2 la.. haha.. so total untuk semua yang aku dah shopping adalah RM 921.01 


Terima kasih SgShop! kalau nak harapkan duit aku sendiri memang tak la nak shopping sampai macam ni.. haha.. Okay disini aku nak nyatakan kelebihan dan kekurangan shopping di Sgshop. Kekurangannya adalah shipping fee dan segala jenis fee memang mahal (depend pada berat) dan benda ni akan buatkan orang fikir 2-3 kali untuk shopping dan barang sampai agak lambat, tapi kita kena paham la kan sebab shopping dari luar negara memang service macam ni..berbalik pada kelebihannya pulak, semua barang di SgShop memang tak masuk akal! murah gila.. cuba korang bayangkan luggage yang aku beli tu harganya RM 30 lebih ja.. kalau dekat sini tak dapat dik oii harga macam tu.. 

Alhamdulillah semua barang dari China memang the best! kualiti tu yang penting.. semua barang elok, macam gambar asal di website! So, sesiapa yang berminat, dan jenis yang tak kisah dengan shiping fee dan tak kisah tunggu lama, korang boleh lah try.. sebab bab kualiti barang ni, memang bagus tip top! serius aku cakap.. korang boleh pergi ke detail yang aku nyatakan di bawah ye..




Hotline : 1700-818-315

Read More

TEMPAHAN 800 KEPING BIZ CARD FARAH OPTOMETRIST

Monday, July 10, 2017

Hai semua.


alhamdulillah, siap akhirnya tempahan biz card dari akak Farah kedai cermin mata.. dia tempah sebanyak 800 keping iaitu 8 box biz card.. dia request nak warna tema hitam dan merah, katanya fanatik dengan warna tu.. hehe. tak lupa jugak masukkan gambar orang pakai cermin mata.. design ni nak depan dan belakang.. Alhamdulillah dengan beberapa kali penukaran dia setuju dan terus proceed untuk print.. jenis material yang kak farah ni nak jenis matte biasa.. warna selepas print okay dan cantik.




bagi sesiapa yang nak buat tempahan boleh contact di email busyra_23@yahoo.com  ..bukan saja unutk namecard tapi untuk semua jenis design (banner, bunting, flyers, logo dan sebagainya). InshaAllah aku akan share banyak lagi design lepas ni macam2 jenis design.. 

*busy sikit sekarang ni sebab dalam proses cat bilik.. hehe. nanti aku share pada korang. diy sendiri. 

Read More

OOTD RAYA AIDILFITRI 2017 #TEAMRAYABIRU

Tuesday, July 04, 2017

Hai..

Raya tahun ni macam biasa beraya masih dalam status singleee.. masih dalam mencari sesuatu yang tak pasti.. hahaha. jiwanggg! yela maksud aku tu, aku masih beraya dengan mak ayah lagi. rumah jadi sepi sikit raya pertama sekarang ni, sebab akak2 semua dah berkahwin.. tinggal aku dengan adik ja. tu pun adik lelaki. habis paksa mintak tolong kemas rumah.. haha. nasib la tolong jugakk.. lambat rasanya aku update pasal entri raya tahun ni tapi still boleh kan? raya tahun ni aku berbaju biru gelap. selalunya aku pilih warna2 pastel tapi raya kali ni aku pilih warna yang wau wau sikit. terang! dengan tudung warna kuning! haha. eh kesah pulak aku orang nak cakap apa. hehe

Raya pertama dekat rumah ni buat bihun soto dan bihun sup tulang.. 2 hari berturut2 aku tak makan nasi.. mesti korang cakap diet habis habis lettewww? tak da maknanya aku nak diet. aku ni manusia yang bedal ja apa yang ada depan mata. cuma bila aku suka sesuatu makanan tu aku akan makan ulang2.. sapa sama perangai macam ni? haha. gambar makanan, bihun soto semua tu terlupa nak ambil. huhu

korang beraya mana tahun ni? team baju raya warna apa? best ke tak raya tahun ni? haaa banyak nauuu soalan aku! jawab cepattt. haha. ok. jumpa lagi di entri seterusnya! <3


**entri yang pendek sebab aku dah tak mampu nak menaip tanpa huruf A.. hahaha. keyboard huruf A rosak.. so terpaksalah buka on screen keyboard. :( 

Read More

Tempahan Design Sticker Pes Makanan

Sunday, July 02, 2017

Assalamualaikum..

Macam2 bisnes yang kita boleh buat sekarang ni, InshaAllah semua berhasil kalau kita rajin kan.. sekarang ni bisnes yang meletoppp semestinya bisnes makanan.. jual air tepi jalan pun untung banyak dalam sehari.. jangan terkejut ada orang jutawan hanya dengan bisnes air.. yang penting, marketing kena pandai handle.. cewahh.. pandai kau busyra!! hehe.. yela contohnya kalau korang buat bisnes air, lebih menarik kalau letak sticker pada botol air kan? lagi cute lagi molek.. sticker tu menandakan label bisnes kita supaya pembeli lebih tertarik dan percaya.. okay baru2 ni ada customer order sticker bisnes pes makanan.. 500 pieces untuk satu design. Alhamdulillah

Read More