Puisi#20 PELANGI HITAM

Friday, August 04, 2017


Saat ini dia masih melihat pelangi yang sama,
Katanya dia mahu pelangi itu berubah warna,
Maka aku terus bertanya,
Adakah kamu sudah mulai bosan dengan pelangi yang sama?

"Kisah aku dan pelangi tak ada yang berubah sedikit pun",
"Andai kau tahu sungguh aku mencintai pelangi ini", kata dia pada aku
Dulu aku hairan kenapa pelangi dia tidak seindah seperti pelangiku,
Maka hari ini baru aku sedar kenapa itu.

Kisah hidup manusia tak kan sama,
seperti aku dan dia,
sungguh aku dibelai setiap hari oleh suamiku, tapi dia?
disepak, diterajang bertahun-tahun.

dari situ baru aku sedar semua,
kenapa pelangi dia tidak pernah bertukar warna, 
terus dan terus menjadi pelangi hitam,
terus dalam kegelapan.

yang sudah pasti aku bersyukur dengan apa yang aku punya.

**Salam Jumaat**

Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

7 comments

  1. thumbs up puisi ni...eh..macam sedih pulak baca...:((

    ReplyDelete
  2. Sedapnya puisi ni. Well done dear. More puisi pls 😍

    ReplyDelete
  3. 'Dulu aku hairan kenapa pelangi dia tidak seindah seperti pelangiku,
    Maka hari ini baru aku sedar kenapa itu.' - love this part

    Singgah sini. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. Nice one. Hidup kita bukan untuk dibandingkan. Setiap yang kurang pasti ada yg dibalas lebih.

    Mungki tak terzahir, tapi Allah itu maha Adil :)

    ReplyDelete
  5. semoga dia yang busyra maksudkan akan temui pelangi indah.. mungkin ada unicorn sama.. in shaa Allah.. cuma jangan berhenti setakat ITU.. perubahan terletak pada tangan kita dengan izin Dia..

    ReplyDelete