RESEPI NASI AYAM PENYET BERSAMA SAMBAL PEDAS - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, August 28, 2017

RESEPI NASI AYAM PENYET BERSAMA SAMBAL PEDAS

Hai..

Siang tadi busyra lunch dengan nasi ayam penyet.. homemade. teringin nak masak sendiri sebab rasa puas dan boleh makan banyak.. kalau beli dikedai tak puas makan. hehe.. so, entri kali ni busyra nak share resepi ni dekat korang! mungkin agak banyak bahan-bahannya tapi percayalah yang korang tak akan rasa rugi bila dah nampak hasilnya nanti.. sedap!


Bahan-bahan & Cara-caranya:

Untuk Air Rebusan Ayam

1. 1/2 ekor ayam belah 2 atau 4
2. 1 ketul kiub ayam
3. 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
4. 2 liter air

* Rebus semua bahan diatas (jangan terlalu lama, ayam separuh masak)
* Kemudian angkat ayam tadi (air rebusan ayam tu simpan untuk buat nasi)

Untuk Ayam Goreng


1. 1 sudu besar serbuk jintan putih
2. 1 sudu besar serbuk jintan manis
3. 1 sudu besar serbuk ketumbar
4. 1 sudu besar serbuk kunyit
5. 1 sudu besar lada putih
6. 1 sudu kecil garam

* Perap ayam yang direbus tadi bersama semua bahan diatas
* Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama setengah jam
* Kemudian sedia untuk digoreng

Untuk Nasi

1. 2 cawan beras dan masukkan air rebusan ayam
2. Masukkan secubit gula dan garam

Untuk Sambal


1. 1 setengah biji tomato
2. 1 ulas bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 tangkai cili padi
5. 1 tangkai cili hijau
6. 2 tangkai cili merah
7. 1/2 inci belacan
8. 1 biji limau kasturi
9. Gula dan garam secukup rasa


* Goreng bahan 1 hingga 7 dengan sedikit minyak (goreng sehingga layu)
* Kemudian angkat dan masukkan dalam blender, perah limau kasturi dan masukkan sedikit gula dan garam. Blend!


Untuk Hiasan

1. Kubis (ulam)
2. Tauhu atau tempe (digoreng garing)


kalau ada apa2 soalan boleh tanya di ruang komen ye. Selamat mencuba!

Lain-lain resepi boleh ke >> SINI

13 comments:

  1. Bagi saya Nasi Ayam Penyet yang jadikan ia sedap adalah sambalnya... Kalau sambal sedap, memang sedaplah Nasi Ayam Penyet... tengok rupa sambal Busyra tu terliur je nak makan...

    ReplyDelete
  2. Puas kan bila masak sendiri. Boleh makan banyak mana nak. Yg penting sambal tu nampak sedap sgt. Rasa mcm nk makam AP pula hari ni. Hehee

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa busyra lama dah akak x buat.. sebab cam banyak kerja haaa

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas informasinya, dan jangan lupa kunjungi kami di http://blackwaletcare.com/

    ReplyDelete
  5. terliur weiiiiii. cam mana ni. nk buat cam bnyk pulak bahannya. takot tak nyempat blend sambal ank dah panggil :(

    ReplyDelete
  6. Rajinnya. Akak pun memang minat Ayam Penyet ni. Harituh ada kawan bagi sambal Ayam penyet ni. Sedap sangat...makan pun sket2..sebab sayang punya pasal. HAHA!

    ReplyDelete
  7. Banyak dan tak rumit sangat.. Menarik pula nengok nasi ayam penyet waktu2 gini..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah!! Rajinnya Busyra ni.... wife material betulll....

    ReplyDelete
  9. Xpernh try lg buat nasi ayampenyet.. Sdap nmpknye tu

    ReplyDelete
  10. Thank you sebab share recipe ni busyra

    ReplyDelete
  11. Samballl tu nampak sgt sedap lah busyra. Ada masa kena buat jgak ni. 😁😀

    ReplyDelete
  12. betul tu makan kat kedai sikit je takboleh berulang pulak haha thnkyou shareb resepi

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved