SEKOLAH DAHULU DAN SEKOLAH SEKARANG - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, September 21, 2017

SEKOLAH DAHULU DAN SEKOLAH SEKARANG

Assalamualaikum semua


Siapa setuju zaman dahulu dan zaman sekarang jauh perbezaannya? Bukan saja dari segi kehidupan kita seharian, soal makan, tempat tinggal bahkan tentang alam persekolahan pun jauh bezanya.. Busyra sendiri sudah tinggalkan zaman persekolahan sejak 2010. itu adalah tahun busyra ambil SPM.. rindunya pada zaman sekolah.. Setiap zaman ke zaman ada memori tersendiri. Pada tahun 2006 pula busyra ambil UPSR. Memang tak dinafikan banyak perubahan semasa era pembelajaran busyra dengan era sekarang.. Pastinya yang sudah menjadi ibu bapa sekarang akan merasa hal yang sama, iaitu betapa berbezanya zaman mereka dengan zaman generasi anak-anak masa kini. 

Jadi dalam entri kali ni busyra nak share tentang 5 perbezaan sekolah dahulu dan sekolah sekarang

1. Perbelanjaan ke sekolah

Zaman Dahulu

Tidak dapat disangkal lagi, persekolahan zaman dulu hanya bawa duit ke sekolah dengan nilai RM 0.50 ke RM1.00.. Lagipun mata wang pada zaman dahulu agak rendah berbanding sekarang. Hal lain juga adalah disebabkan barang yang terlalu murah pada zaman dahulu. Jadi kerana itulah wang saku dibawa ke sekolah sedikit. Bukan dari segi makanan saja, bahkan dari segi perbelanjaan buku sekolah, baju, kasut dan sebagainya.. Buku yang di berikan kebanyakkannya boleh dipinjam dari pihak sekolah berbanding sekarang wajib dibeli oleh ibu bapa untuk anaknya.. 

Zaman Sekarang

Bukan perbenjaan untuk makanan saja sudah berubah tapi yuran persekolahan jugak melampaui batas iaitu terlalu mahal.. Mana tidaknya, yuran itu, yuran ini sehinggakan ibu bapa yang tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan terpaksa memberhentikan anak mereka ke sekolah.. kesian bukan? Hal ini sewajarnya dititikberatkan dengan lebih dalam lagi.. itu tidak termasuk perbelanjaan buku, tambang bas dan sebagainya.. Akan tetapi apabila kita lihat dari aspek wang saku ke sekolah, pelajar sekarang paling tidak pun RM10 untuk ke sekolah, sungguh jauh bezanya dengan zaman dahulu.


2. Sistem Pendidikan

Zaman Dahulu

Seperti yang sedia maklum, pada zaman dahulu sistem pendidikan di sekolah hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja. Manakala bagi murid, hanya menggunakan buku dan pensil. Disitu boleh kita lihat ada kesungguhan pada murid zaman dahulu kerana mereka sanggup menyalin setiap bait ayat yang dinyatakan oleh guru.. Tips belajar yang paling berkesan adalah melihat, mendengar dan menulis. Hal ini kerana, apabila murid menyalin apa yang dinyatakan guru mereka akan automatiknya mengingati pembelajaran tersebut. Selain daripada itu, zaman dahulu hanya diperuntukkan tadika sahaja bagi anak-anak mereka yang berusia 5-6 tahun.. Ia tidak digalakkan anak berusia lingkungan bawah umur untuk ke sekolah berbanding sekarang yang telah menyediakan Pra sekolah untuk anak berusia 4 tahun.

Zaman Sekarang

Teknologi sekarang jauh lebih baik dari zaman dahulu.. Apa yang dimaksudkan adalah pada era sekarang sistem pembelajaran lebih cenderung kepada menggunakan komputer. Guru-guru yang mengajar pelajarnya hanya dengan menggunakan komputer dan LCD dan menunjukkan slide show yang telah disiapkan.. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan sejumlah komputer kepada setiap sekolah agar pelajar dapat berkembang dengan dunia IT.. Jadi penyediaan ruang perpustakaan sangat jarang dihuni oleh pelajar kerana terlalu celik pada IT.. Namun begitu, ada baiknya juga jika dilihat dari sudut positif, penggunaan yang canggih ini dapat membuatkan pelajar lebih celik IT apabila mereka belajar tentang animasi, gambar, video, audio dan sebagainya.. Bahkan sekarang setiap sekolah mempunyai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).. Seperti yang telah dirancang, SAPS dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. 

Aplikasi SAPS ini adalah untuk memudahkan guru dan ibubapa.. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui sistem ini boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN, dan KPM untuk membuat sebarang analisis. 

3. Infrastruktur dan kemudahan sekolah

Zaman Dahulu

Infrastuktur yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar pada zaman dahulu kurang mendapat pembelajaran yang cukup. Bukan tidak cukup dari segi apa sebenarnya akan tetapi seperti yang semua tahu, bangunan di sekolah pada zaman dahulu kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan kawasan sekolah juga kurang selesa.. tidak termasuk lagi dengan kemudahan sekolah yang serba kekurangan seperti tandas, surau dan sebagainya.. Kekurangan kemudahan sebegini sebenarnya kurang baik untuk pelajar bagi berkembang dari semasa ke semasa. Tapi apa boleh buat kerana peruntukan wang pada masa dahulu tidak dapat menampung keperluan sekolah.

Zaman Sekarang

Bagi zaman sekarang pula, terlebih efisyen iaitu sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan masa kini. Ruang kawasan surau yang luas dan selesa serta toilet yang cukup. Berbezanya dengan zaman dahulu, sekarang ini di setiap sekolah sudah dilengkapi dengan makmal komputer. Kemudahan ini sangat membantu dalam mengetengahkan perisian pembelajaran berkomputer.. Walau bagaimanapun, ramai pelajar sekarang telah menyalah gunakan peluang yang ada apabila menggunakan komputer di sekolah..

4. Budaya di sekolah

Zaman Dahulu

Pada zaman busyra sekolah dulu, salah satu budaya di sekolah adalah apabila terjumpa guru di tepi jalan menuju ke kelas atau kemana saja kawasan di dalam sekolah, pasti akan bantu guru tersebut untuk membawa barangnya ke tempat yang dia ingin tuju.. Zaman dahulu lebih menghormati guru dan sukar untuk melawan kata-kata guru.. Ia lebih kepada memilih untuk berdiam dan menurut kata guru.. Itulah budaya yang sememangnya sukar untuk kita ikuti.. Apa yang menariknya tentang budaya zaman dahulu adalah manis dengan senyuman dan salam.. Apabila terjumpa guru, bertegur menyapa dan memberikan senyuman serta bersikap sopan santun.

Zaman Sekarang

Bukannya ingin dilihat dari sudut negatif, tapi memang zaman sekarang jauh bezanya dengan zaman dahulu.. Kurang memberi salam kepada guru apatah lagi senyuman.. Busyra tidak terus menyalahkan zaman sekarang kerana masih ada pelajar yang mengamalkan budaya zaman dulu yang tak lekang dek senyuman.. Akan tetapi majoritinya begitu. Hal ini mungkin disebabkan penggunaan gadget ke sekolah sehinggakan pelajar tidak ada banyak masa untuk berkomunikasi dengan guru.. Setiap sekolah pastinya ada peraturan yang tidak membenarkan pelajar untuk membawa handphone tetapi sepertimana yang busyra katakan tadi, budaya zaman sekarang yang tidak akan mendengar nasihat dan peraturan sekolah..


5. Denda dan hukuman

Zaman Dahulu

Ibu bapa zaman dahulu lebih memilih untuk menyerahkan anak-anak mereka kepada guru yang mengajar.. Mereka tidak bimbang apabila guru yang mengajar mengenakan hukuman yang setimpal atas kesalahan anaknya. Ibubapa lebih merasa guru lebih berhak ketika anaknya berada di sekolah.. Hal yang sedemikianlah yang membuatkan anak-anak menjadi anak-anak yang berguna dari aspek sahsiah di sekolah.. Di sekolah zaman dahulu juga disiplinnya sangat kuat dan guru sangat tegas dalam mendidik pelajarnya..

Zaman Sekarang

Ia jauh berbeza dengan aliran zaman sekarang apabila ibu bapa sama sekali tidak membenarkan anak-anak mereka di kenakan hukuman atau rotan.. Sehinggakan sekarang, rotan sudah dilarang sama sekali atas alasan ibu bapa tidak mahu anaknya didera.. Seperti yang kita dengar di media sosial, ibu bapa sanggup untuk ke sekolah untuk memarahi guru yang berbuat sedemikian kepada anak mereka. Apa yang pasti, adakah ibu bapa sudah bertanya pada diri sendiri akan dimana salahnya anak mereka? sungguh jauh perbezaan sekolah zaman dahulu dan sekarang. Sanggup menanggung malu untuk pergi kesekolah memarahi guru yang hanya berniat untuk mendidik anak bangsa.


Itu saja yang dapat busyra kongsikan untuk menjadi tatapan pembaca. Sesungguhnya pendidikan sekolah adalah sesuatu yang sangat penting tidak kira dulu dan sekarang.. Apa pula yang akan jadi pada zaman 20 tahun akan datang, pastinya akan ada banyak perubahan yang dibuat.. Tapi apa yang pasti diharapnya agar pelajar akan lebih berdedikasi dan cemerlang dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru-guru untuk mereka.. Jika ada pendapat lain, boleh nyatakan di ruang komen, kita sama-sama berkongsi pendapat..

7 comments:

  1. memang banyak perbezaan. yang pasal hukuman denda tu, dulu makayah siap suruh pukul lagi. sekarang tegur pun takboleh dah huhu

    ReplyDelete
  2. Betul tu busyra memang banyak perbezaan dulu dan sekarang tak sama..

    ReplyDelete
  3. memang jauh berbeza. Yuran pun ada mcm2, bulat biji mata bila time nak membayar tu.

    ReplyDelete
  4. mmg byk perbezaan...sian juga kdg2 tgk bdk skarang..br darjah 1 tp silibus mmg mencabar

    ReplyDelete
  5. Setujuu sangat dengan entry ni. Memang banyak sangat perbezaan dulu dengan sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. betul tu busyra...terlalu banyak perbezaan kan...tp seronok lah zaman sekolah yang dulu2 kan

    ReplyDelete
  7. Belanja dan hukuman tu paling setuju. Kadangkala rasa bersyukur sangat dapat rasa zaman persekolahan yang dulu. Duit belanja tak perlu banyak, semua murah lagi. Cikgu garang, kita takut. Garang bukan sebab benci tapi diorang ada niat nak jadikan kita insan yang berguna. Kalau kena denda, mesti ada sebabnya.

    Agak terkilan jugalah bila tengok suasana persekolahan sekarang ni. Bukan semua, but ramai. Hope dapat kembali ke zaman dulu. Walaupun ambil masa yang lama, but insyaAllah we'll get there again.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved