MENU SUSHI KING YANG SEDAP DAN MURAH - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Sunday, October 15, 2017

MENU SUSHI KING YANG SEDAP DAN MURAH

Hai..


Minggu lepas Busyra sempat singgah ke Sushi King dengan kawan dan masa tu lapar gila nak makan nasi.. Jadi Busyra just pick menu yang berasaskan nasi. Busyra bukan penggemar sushi, dan sebelum ni pernah sekali masuk Sushi King tapi bila tengok menu, busyra tak ada selera dan tak suka..  just tengok je kawan makan.. haha, lagipun masa tu kenyang kot sebab tu boleh tahan tengok orang makan.. Tapi minggu lepas tu macam nak try masuk Sushi King, yela sebab ada sesetengah orang cakap sedap dan ada yang tak suka.. So, kita masuk sendiri untuk rasa sedap ke tidak..


Okay, untuk menu yang busyra cakap sedap dan kena dek tekak ni adalah Mixed Bento.. Harganya adalah RM13.90  ..Apa yang ada dalam set ni adalah deep-fried salmon and chicken, spicy sauce, salad, crabstick and fried fish cake.. memang sedap! busyra bagi 5/5 bintang! tak salah busyra pilih menu tu.. ikan salmon dan ayam tu di goreng garing dengan tepung.. don't know la tepung apa kan sampai sesedap tu.. haha. Part nasi tu pulak memang lembut even korang biarkan lama pun still nasi tu tak jadi keras.. banyak lagi sebenarnya set meal yang lain.. lepas ni boleh try set meal lain pulak..

Seterusnya untuk makanan lain, kawan busyra ada order 2 menu yang simple. sebenarnya makan di sushi king ni tak ada la terlalu mahal.. harga yang berpatutan.. tapi kena pandai pilih menu. kalau kena yang tak sedap rugi pulak.. haha. yang sebelah kiri tu adalah Inari (Sweet beancurd skin) RM2.40 dan yang sebelah kanan tu pulak adalah Golden Ball (Deep fried egg with crabstick mayonnaise) RM3.20


Kedua menu tu boleh dimakan dengan sos.. tapi bagi busyra sos tu tak kena dengan tekak ni haaa.. haha. tak sedap! Okay untuk air pulak, busyra order ice lemon RM3.90 dan hot green tea (RM1.00)


So, lepas makan sushi king ni, mindset busyra dah berubah yang dulunya busyra cakap sushi king ni tak sedap, tak best.. tapi sebaliknya ada makanan yang kena dek tekak melayu. 


Korang dah pernah rasa belum menu yang busyra cakap sedap tu? kalau belum, nanti korang boleh la try menu yang busyra suggest kan tu ye.. 

6 comments:

  1. tak pernah masuk sushi king sebab mind set kata mahal & tak kena tekak. tapi bila baca entry busyra ni gee rasa nak lunch kat sushi king harini jugak!hahaha..

    ReplyDelete
  2. lepas tengok menu busyra terus terasa nak makan sushi king...sebelum ni xberapa minat sushi...tapi cuit2 orang makan je...eh notbad sedap jugak kan...hihi

    ReplyDelete
  3. Yeayyy sis ada gang..
    Sushi King memang selalu di hati sis.. Hari ni pun sis tulis entry tentang Sushi King.. yummy!

    ReplyDelete
  4. sha suka sushi king!! haha kalau pergi sushi king wajib order mixed bento tu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi cuba set bento ni. Biasanya makan sushi dia je. Tu pun sushi2 terpilih je. Yang nampak pelik sikit terus taknak try,hahaha. Boleh la try set bento lepas ni.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved