RESEPI AYAM MASAK CILI KERING CHINESE STYLE - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, October 21, 2017

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING CHINESE STYLE

Resepi Ayam Masak Cili Kering Chinese Style | Hai semua.. Harini busyra nak share satu resepi dari group Masak Apa Hari ni (MAHN) di facebook.. Busyra sendiri dah try resepi ni dan sangat sedap.. busyra pulak memang penggemar cili kering, so apa lagi memang cuba lah kan. 


Bahan - Bahan:
1. Bawang merah - mayang dan potong besar (2 versi)
2. Bawang putih - mayang
3. Lada besar 1 biji - mayang
4. Cili padi 3 biji - mayang
5. Cili kering 10 tangkai - potong kecik kecik
6. Daun kari
7. Sos cili, sos tomato dan sos tiram
8. Paste asam jawa
9. Tepung gandum
10. Telur

Cara-caranya :
1. Ayam potong kecik.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.
3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

  1. aida x pernah masak cili kering gini.
    nampak menarik :)
    yes. chinese style memang ada masakan sebegini.

    ReplyDelete
  2. CCL pernah try resepi ni .memang sedap dah lama tak rasa menu ni ,

    ReplyDelete
  3. Masakan ni macam kung pao chicken Busyra.. Sedap akak suka.. Samalah kita, akak pun pemakan cili kering.. sip sikit 👐 hehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik.. Membuka selera nie.. Akak save..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak. Mudah juga nak biat. Tak perlu nak kisar bagai. Boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  6. Ok, nak cuba. TQ Busyra share resepi yang dah buat Ain terliur ni

    ReplyDelete
  7. adudududud..terliur tengok ayam masak cili kering ni.esok esok boleh cuba resepi busyra

    ReplyDelete
  8. Macam menarik je resepi ni. Nanti akak nak try pulak

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved