RESEPI BIHUN SOTO AYAM KETAGIH - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, October 27, 2017

RESEPI BIHUN SOTO AYAM KETAGIH


Hai.. Siang tadi Busyra terasa nak makan Bihun Soto Ayam, then terus ke kedai untuk beli apa yang patut.. Resepi ni agak ringkas dan tak rumit tapi sedap! Bukan time raya je boleh buat resepi ni. Tak raya pun boleh bedal. Janji time makan tu puas hati. Boleh makan ramai, tak perlu nak beli dekat kedai. Resepi bihun soto ayam ni, kalau korang nak gantikan makan dengan mee or nasi impit pun boleh. Sebab ada yang tak suka makan dengan bihun, so ikut selera memasing ye..


A. Bahan-bahan untuk Kuah Soto:

1. Air rebusan ayam 
2. Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bawang Kecil, Bawang Putih (kuantiti bergantung pada korang, Bahan Tumis) -busyra letak sikit je
3. 1 Peket kecil serbuk kurma ayam (kalau nak pekat boleh tambah 1 peket lagi)
4. 1 ketul kiub pati ayam knorr
5. Fish cake dan Fish ball
6.  Sedikit perasa

Cara-Caranya:

1. Tumis bahan no 2 tadi
2. Setelah naik bau, masukkan serbuk kurma
3. Kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan air rebusan ayam (kalau sikit boleh tambah air)
5. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit perisa
6. Masukkan fish cake dan fish ball dan biar sekejap (Fish cake dan fish ball ni sekejap je dah masak)
7. Siap!


B. Bahan-bahan untuk Sambal Kicap:

1. 12-15 biji Cili padi (kalau nak lagi pedas, letak la lagi banyak)
2. 1 Labu bawang putih (letak banyak memang sedap)
3. Kicap biasa (busyra guna kicap mudim)
4. Kicap manis abc 

Cara-Caranya:

1. Masukkan cili padi dan bawang bersama sedikit air (agak-agak la ye). Kemudian blend kan
2. Masukkan dalam mangkuk dan tuang kicap biasa dan kicap abc (2 sudu)

C. Bahan-Bahan Sampingan:

1. Taugeh (busyra tak celur, makan macam tu je, lagi sedap. Rangup!)
2. Sohun (digoreng)
3. Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris)
4. Tauhu (digoreng dan dihiris)
5. Ayam di carik-carik


Selamat Mencuba!

8 comments:

  1. sedapnya..resipi tu nak try nanti ya..
    https://madey09.blogspot.my/2017/10/nov-dis-2017-hadiah-untuk-blogger-hebat.html klik mana tau ada rezeki anda

    ReplyDelete
  2. Soto is my all time favorite jugak Busyra.. Terasa sedap bila tengok gambar soto tu, hehehe..

    ReplyDelete
  3. rajinnya heheh nanti nak try lah. lain kali jangan lupa ajak sha makan sekali hehehe

    ReplyDelete
  4. erm...sedapnyer...pandai busyra masak...

    ReplyDelete
  5. ya ampunnn sedapnyaaaaaaaaaa...soto ni mmg fav giler2 punye..dah lama x buat... aakak semua suka..x kira bihun ke..nasik impit or ketiau... cuma mi kuning jer x berapa suka..hehehe

    ReplyDelete
  6. Menu kak ana hari ni bihun sup ni. Tak terpikir nak letak fish ball fish cake tu 😅

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Dah lapaq plak petang2 hujan macam ni.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved