RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, October 13, 2017

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI


Hai.. Hari ni busyra nak share dengan korang resepi daging masak merah ala thai. mudah dan simple tapi sedap macam kedai.. haha. jemput baca dan boleh lah korang try nanti!

Bahan-bahan:

500 gram daging. Potong ketul besar-besar dan rebus dengan sedikit pewarna merah. Simpan sikit air rebusan daging untuk kuah. Bila daging empuk, hiris nipis dan goreng sekejap. Toskan.

Bahan untuk tumis:

1 biji bawang holland (hiris kasar @ potong bulat)
2 btg daun bawang potong 1 inci
5 biji cili padi (ketuk)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 senduk cili kering blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
Sos ikan sikit

Cara-caranya:

1. Masukkan bawang putih yang diketuk tadi dalam minyak goreng daging. Kemudian masukkan cili kering blender.
2. Tumis sampai cili kering garing. Masukkan cili padi ketuk, sos tiram, sos cili, sos tomato, gula dan sos ikan. Kacau-kacau sebentar
3. Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau lagi. Masukkan air rebusan daging kalau nak kuah lebih ya. Kacau lagi.
4. Masukkan bawang holland dan daun bawang. Boleh tutup api.
5. SIAP...

Sumber: facebook

7 comments:

  1. sedap lah ...
    terus rasa lapar.

    ReplyDelete
  2. seksi betul daging masak merah ni. Tengok jer pun dah tau sedap ni.. ehehe. Tq, nak bookmark resipi ni sekarang juga

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa Busyra. Boleh try buat jugak nanti :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. kalau makan ni mesti nak tambah nasi 5 kali..perghh

    ReplyDelete
  5. Makan dengan nasi goreng best ni hehe

    ReplyDelete
  6. feveret CCL . makan bersama nasi putih ,,pergghh

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved