SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DENGAN SAPS IBU BAPA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, October 30, 2017

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DENGAN SAPS IBU BAPA

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Dengan SAPS Ibu Bapa | Seperti ramai yang sedia Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS diwujudkan supaya memudahkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan terkini. Sistem SAPS akan memaparkan Slip keputusan yang disertakan dengan markah kepada ibu bapa agar mengetahui perkembangan anak-anak mereka. Di bawah, busyra akan terangkan dengan lebih detail lagi..


Apa itu SAPS Ibu Bapa?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD.

Untuk pengetahuan semua, SAPS ibu bapa ini juga adalah satu sistem yang khusunya untuk menyemak keputusan peperiksaan bagi anak-anak Sekolah Rendah iaitu untuk Darjah 1 hingga 6 dan Sekolah Menengah bagi Tingkatan 1 hingga 5. Keputusan peperiksaan secara online ini dapat dilihat dari Ujian 1, Peperiksaan Pertengah Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, Ujian Percubaan UPSR, PT3 dan SPM. 

Mudah kan dengan Online SAPS Ibu Bapa ni? Ibu Bapa tak perlu lagi nak ke sekolah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Semuanya boleh hanya dirumah saja. Dari situ ibu bapa dapat menegur atau memantau anak-anak dengan lebih prihatin lagi. Tapi bagaimana cara untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online ni? Tak ada laptop pun tidak menjadi masalah, ibu bapa hanya boleh menggunakan telefon saja..

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online SAPS

1. Klik pautan link website SAPS Ibu Bapa https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/


2. Isi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/ Sijil Lahir (masukkan tanpa ada dash -), Negeri, Nama Sekolah dan Tahun

3. Kemudian, klik button "Semak"

4. Tekan papar Slip Keputusan atau papar Markah Keputusan

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.. Ibu Bapa boleh mencetak keputusan peperiksaan anak-anak mereka untuk simpanan di masa hadapan. 

Bagaimana jika nombor IC pelajar tidak dapat disemak?

Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM.

Disini, busyra ingin kongsikan sedikit info mengenai Tarikh Kemasukkan Markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2017 ialah pada 2 November 2017 hingga 24 November 2017. Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.


Sistem SAPS Ibu Bapa yang digunakan pada zaman sekarang ni sangat membantu dan memudahkan ibu bapa untuk memantau perkembangan akademik anak-anak dari ujian 1 hingga kini. Memang mudah dan cepat! Jika keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang dan bagus, diucapkan tahniah tetapi jika kurang memuaskan ibu bapa boleh memberikan dorongan dan nasihat kepada anak-anak supaya terus usaha lagi. Hal ini adalah kerana keputusan peperiksaan semasa anak-anak bukanlah menjadi ukuran atas kecemerlangan mereka. Jadi berikan mereka semangat yang lebih agar anak-anak tidak berputus asa dalam pelajaran. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat 


6 comments:

  1. mmg mudah ibu bapa nk semak result exam ank2

    ReplyDelete
  2. Anak dah tak boleh tipu lagi... hihi

    ReplyDelete
  3. Sangat memudahkan kerja ibu bapa utk pantau prestasi anak2 di sek. No more sorok report card dah lepas ni. Haha

    ReplyDelete
  4. Makin memudahkan utk ibubapa semak keputusan anak2 kan. Anak2 pun xleh nk menipu result.hee

    ReplyDelete
  5. Mesti budak2 stress xleh sorok result dr parents kan haha tp saps sangat bagus utk parents dan guru

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved