9 WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK BIBIR HITAM

Wednesday, November 29, 2017

Pemilihan Warna Lipstik untuk Bibir Hitam

9 Warna Lipstik Terbaik Untuk Bibir Hitam | Hai semua.. Susah ke nak cari warna lipstik untuk bibir gelap dan hitam? sebenarnya mudah saja, korang just matchkan dengan warna kulit. Jangan cari lipstik yang akan membuatkan bibir korang bertambah gelap. Mostly wanita akan rasakan lipstik adalah satu perkara penting yang perlu dibawa kemana saja. Sama macam busyra, lipstik wajib ada dalam handbag. Sebab tanpa lipstik wajah rasa tak bermaya gituuu. hehe. Jadi di bawah ni busyra nak kongsikan dengan korang warna lipstik terbaik untuk bibir hitam. 

9 WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK BIBIR HITAM

1. Warna Merah, Berry dan Plum akan menaikkan lagi seri wajah bila digunakan pada bibir

2. Warna Coklat dan Ungu akan nampak lebih fantastik jika digunakan untuk bibir yang gelap

3. Boleh juga menggunakan warna Caramel pada waktu siang dan warna Ungu Plum pada waktu malam

5. Bibir gelap juga sesuai untuk warna lipstik Merah Mawar. Tapi jangan tersalah menggunakan warna merah terang. 

6. Jika korang mempunyai kulit yang agak pucat, gunakan warna Merah Anggur untuk menampakkan kelainan dan lebih menarik.

7. Pink atau Merah Muda adalah warna lipstik yang korang boleh gunakan dalam kegiatan seharian. 

8. Warna lipstik Oren juga sesuai dengan kulit bibir yang gelap

9. Warna Coral adalah warna yang cantik untuk semua jenis kulit. Tapi jangan gunakan terlalu tebal kerana takut hasilnya terlalu kontra dengan warna bibir gelap. 

Pemilihan Warna Lipstik untuk Bibir Hitam

Apapun cadangan warna lipstik yang busyra bagi ni, itu tergantung pada korang. sebaiknya korang try and error. Cari beberapa warna lipstik dan try! Pasti korang akan jumpa warna yang sesuai dengan warna bibir sendiri. 

Busyra sendiri dah jumpa warna lipstik yang sesuai dengan kulit bibir. Favorite lipstik! Busyra guna Lipmatte dari Fame Cosmetic! Korang boleh baca disini, banyak jugak pilihan warna yang ada. 


Read More

DESIGN FACEBOOK COVER PHOTO DAN LOGO PAGE SZ_WAREHOUSE

Thursday, November 23, 2017

Alhamdulillah, customer order design facebook cover photo dan logo page.. Selepas tukar beberapa kedudukan gambar dan sebagainya customer puas hati.. Selagi tak puas hati, busyra akan buat pertukaran. Busyra nak semua customer yang order rasa happy bila dah siap design yang busyra buat. InshaAllah busyra tunaikan selagi termampu. hehe. 

Design Facebook Cover Photo

Customer request cover photo nak warna soft red background dan letak beberapa gambar jualan. Disebabkan gambar tu banyak, busyra terpaksa susun macam tu supaya tak nampak crowded. Customer juga nak masukkan tulisan jawi dalam cover photo. 

Untuk logo pula, customer nak yang simple background putih dan tulisan warna merah. Page SZ_Warehouse ni adalah menjual barangan keperluan rumah, barangan kecantikan dan sebagainya. Macam-macam boleh beli dalam page ni.

Untuk yang ingin membuat tempahan boleh wasap busyra di 0146729316 :)

Read More

TEMPAHAN BANTING 2 x 5 PROJEK JUAL ROTI, KEK DAN DOORGIFT

Wednesday, November 22, 2017

Tempahan Banting Saiz 2 x 5 kaki

Hai.. Siap jugak tempahan banting dari customer busyra. dia order banting saiz 2 x 5 kaki dan finishing nak letak paip atas dan bawah. Nak gantung pada stand nanti. Customer busyra ni tak cerewet langsung. Dia bagi detail dan serahkan semuanya dekat busyra. ikutlah nak letak warna apa pun asalkan nampak terang dan jelas bila orang tengok jauh. Jadi sebab tu busyra pilih warna kuning sebagai background. 

Tempahan Banting Saiz 2 x 5 kaki

Pernigaan yang dijalankan adalah bisnes roti dan kek, juga menerima tempahan doorgift kahwin. Customer order 2 pieces banting. Harga untuk sekaki adalah RM2 . Kualiti banting yang tebal dan tak mudah terkoyak. InshaAllah puas hati.

Tempahan Banting Saiz 2 x 5 kaki

Tempahan Banting Saiz 2 x 5 kaki

Yang berminat nak order banner ataupun banting untuk bisnes korang boleh contact busyra di no wasap di bawah ye. 


Read More

5 PETUA MUDAH UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

Petua mudah lembutkan daging

Busyra tak boleh makan daging yang liat dan ada urat. haha. cerewet kan! So, semestinya lah kena amalkan petua untuk lembutkan daging dalam masakan. Sebab iols peminat tegar nasi daging. dalam sebulan tu confirm mak akan masak nasi daging. kalau raya wajib ada! habis tu macam mana kalau daging tu liat, memang meleleh air mata la busyra jawabnya. hehe. okay jom kita tengok cara untuk lembutkan daging dengan mudah!

Petua mudah lembutkan daging

Petua 1: Menggunakan beberapa helai daun nangka yang akan dimasuk bersama-sama dalam masakan

Petua 2: Ambil daun pisang dan carik-carikkan, seterusnya masuk kedalam masakan

Petua 3: Setengah atau sebiji pinang tua. Kupas dan bersihkan dan masukkan dalam kuali untuk dimasak bersama daging

Petua 4: Petua ni untuk yang nak masak satay. Selepas perap daging bersama perencah, bungkus daging dengan daun betik. Biar selama sejam. dan baru bakar

Petua 5: Guna sebatang tebu dan potong secara memanjang. Masukkan ke dalam masakan rendang atau sup daging. Ia akan menambah kelazatan sup dengan kemanisan tebu.

Korang pasti ada cara tersendiri kan lembutkan daging? bolehlah share di ruangan komen. 


Sumber: http://resepimudah.blogspot.my

Read More

PRINT GAMBAR POLAROID MURAH SERENDAH RM0.70 SEKEPING!

Tuesday, November 21, 2017

Print Gambar Polaroid Murah
Hai semua. Korang mesti pernah kan alami phone jadi hang, berat, loading sampaikan terpaksa delete gambar-gambar kenangan lepas. Ataupun kalau tak delete terus transfer masuk dalam laptop or komputer kannn? Busyra dulu pun macam tu, tapi sejak dah jadi trending polaroid photo ni, terus busyra print gambar-gambar dan masukkan dalam album. Dalam bilik busyra dekat tepi-tepi dinding, busyra buat diy gambar gantung-gantung tu. serius cute! malam-malam tengok gambar tu teringat balik memori daun pisang! hehe

Print Gambar Polaroid Murah

Memang sekarang ni korang akan rasa malas lah nak print. tapi bila korang dah tua nanti mampu ke nak buka laptop lagi. haha. mesti mampu belek-belek album je kan. Jadi apa salahnya kita semadikan gambar sweet-sweet dalam album. Korang boleh je print memana kedai yang berdekatan dengan rumah korang. ataupun nak print dengan busyra pun boleh!

Berapa harga untuk sekeping?

Saiz 2R - RM0.70 Sekeping (Min order 20 keping), Order 200 keping akan dapat harga RM0.60 sekeping

Saiz 3R - RM0.80 Sekeping (Min order 20 keping), Order 200 keping akan dapat harga RM0.70 sekeping

Best tak harga tu?? murah-murah je busyra bagi. Postage RM8 untuk semenanjung dan RM12 untuk sabah sarawak. Masa untuk siap hanya 1-2 bekerja. lepas tu dah boleh pos dekat korang. 

Kenapa perlu print gambar polaroid dekat busyra?

1. High quality glossy paper
2. Gambar tak blur, 100% tak pecah (tapi ini bergantung pada gambar korang juga, make sure bagi gambar yang saiz 1000 pixel ke atas)
3. Harga memang habis murah wei RM0.70 tu.. 
4. Cepat siap! 

Berminat boleh pm busyra di ðŸ“žhttps://www.wasap.my/60146729316 

Read More

KUMPULKAN SEMUA BARANG PRODUK REVIEW ANDA DAN BUAT D.I.Y BOX

Sunday, November 19, 2017

D.I.Y Beauty Box
Hai semua. Hari ni hari minggu kan, so kemas-kemas meja kerja sikit dan terlintas nak buat diy kotak untuk letak semua barang-barang review yang busyra pernah dapat dan masih belum digunakan. Simple kotak je, just balut dengan kertas pembalut. Senang sikit lepas ni, just masukkan semua produk dalam satu kotak saja. tak perlu nak banyak-banyak kotak sepahkan meja. tapi ada kotak yang busyra dapat dari barang review kalau cantik simpan jugak. hehe

Guna kertas pembalut yang tebal, gunting, pisau, solatep dan gam. Budak darjah 1 pun boleh buat. :p actually gam tu tak berapa lekat. then busyra cover pakai gam lain. rugi betul silap beli gam.

D.I.Y Beauty Box

D.I.Y Beauty Box

Busyra jenis yang tak suka sepahkan barang yang busyra dapat. suka tengok semua tu ada dalam 1 kotak. mudah kan? untuk buat beauty box ni busyra gunakan kotak kasut yang betul-betul keras. kalau pilih yang lembut nanti takut mudah koyak. sebab nak letak banyak barang.

D.I.Y Beauty Box

Siappp! mudah sangat weh! bagi yang ada banyak barang review yang tak guna tu better buat cepat! menghasut no 1. haha. tak payah la bazirkan duit beli kotak yang lawa-lawa dekat kedai tu. diy lagi mudah dan jimat!

D.I.Y Beauty Box

D.I.Y Beauty Box

yeayyy kotak dah siap dan selamat disimpan atas meja kerja! 

Read More

KEK OREO VIRAL VERSI KUKUS MUDAH DAN MURAH

Friday, November 17, 2017


Hai.. busyra nak share dengan korang satu resepi yang simple sangat-sangat.. Bajet bahan bawah RM10 saja. Resepi ni busyra ambil di facebook. Kredit to facebook Hana Ramli.. Nanti busyra nak try buat lah! sebab I peminat oreo uolss. hehe

Pertama

Bahan-bahan nya adalah 2 oreo pek panjang dan sekotak kecil susu coklat 

Kedua

Masukkan susu dan oreo dalam blender dan pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada. hehe

Ketiga

Blend sampai hancur, boleh lihat dalam gambar diatas

Keempat

Isi adunan tadi dalam bekas yang sesuai untuk dikukus. Untuk pastikan kek sudah masak boleh cucuk guna garfu, kalau adunan masih melekat pada garfu bermakna kek belum masak. Kukus lebih kurang dalam 40 minit. Api sederhana besar. 

Kelima

Siap selepas kukus! moist dan padat. Makan sekeping pun dah kenyang. Sebelum makan bagi kek tu sejuk sekejap. rest dulu.

Keenam

Akhir sekali boleh tuang topping coklat. Kalau tak nak letak pun tak apa. Coklat untuk topping ni boleh guna coklat jenis apapun. asalkan sedap.

Selamat Mencuba

Read More

10 IDEA DOORGIFT YANG MENARIK DI MAJLIS PERKAHWINAN


Sudah menjadi trend masa kini, pelbagai jenis doorgift akan diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Bukan senang kan nak fikir doorgift apa yang terbaik dan murah untuk tetamu. Banyak saja yang menawarkan doorgift yang cantik-cantik tapi agak mahal. Buat apa untuk mencari yang mahal, biarlah murah dan doorgift yang diberikan itu bermanfaat untuk para tetamu..

Doorgift diberikan adalah untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada tetamu kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan kita. Tak kisahlah doofgift dalam bentuk makanan ataupun barangan lain. Disini busyra kongsikan 10 idea doorgift yang menarik di majlis perkahwinan. Jom lihat!

1. Tasbih, Yasin atau Buku Surah


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Tasbih, Yasin atau Buku Surah adalah sangat berguna kepada tetamu. Korang boleh buat survey di laman page fb, banyak yang menawarkan harga yang murah serendah RM0.50–RM1.00. Memang berbaloi untuk jadikan doorgift di hari perkahwinan nanti. Doorgift seperti ini dapat digunakan selamannya.

2. Sejadah Mini


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Sejadah mini juga boleh dijadikan doorgift. Korang boleh hiaskan dan ikatkan bersama riben supaya nampak lebih comel. Hanya beri begitu sahaja kepada tetamu kerana ia lebih menampakkan elegant dan simple tanpa perlu dibungkuskan di dalam beg.

3. Sabun


Photo Credit: Google Image

Korang boleh menyimpan sabun dengan masa yang lama kerana sabun tidak akan rosak. Jadi doorgift ini sangat berguna kepada tetamu. Sebagai contoh mereka boleh gunakan ketika travel dan sebagainya kerana ia kecil dan mudah dibawa. Boleh dimasukkan di dalam bekas yang comel dan transparent.

4. Lilin

Lilin agak jarang untuk dijadikan doorgift, tapi apa salahnya kalau korang memilih lilin. Pembelian lilin juga boleh secara borong dan korang boleh hiasinya dengan meletakkan di dalam bekas transparent. Pelbagai bentuk, ukiran lilin yang boleh dijadikan doorgift. Tetamu boleh meletakkannya di dalam bilik tidur sebagai perhiasan. Selain itu, ada juga lilin wangi dan lilin berwarna-warni. 

5. Hiasan Tuala


Photo Credit: Blog Rospink 

Tuala kecil amat berguna untuk tetamu. Mereka boleh gunakannya di dapur dan sebagainya. Megikut kreativiti masing-masing. Korang boleh mengikat tuala kecil ini bersama riben untuk menampakkan lebih cantik dan berwarna-warni. Harga tuala kecil biasanya dalam RM0.50-RM1.50.

6. Tudung

Wide shawl, pashmina ataupun pelbagai jenis tudung boleh dijadikan doorgift. Bajet untuk doorgift tudung agak tinggi yang biasanya dalam RM5.00 keatas tetapi korang boleh cari yang lebih murah jika membeli tudung dengan harga borong. Seperti sedia maklum, korang boleh hiasinya dengan mengikat riben bagi menampakkan eksklusif.

7. Handmade Purse

Doorgift ini agak unik sebab jarang sangat tengok tetamu mendapat doorgift handmade purse. Nampak kreatif dan eksklusif bila tetamu guna untuk kemana sahaja. 

8. Madu


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Madu menjadi trend pada masa kini dan sememangnya comel apabila madu dimasukkan di dalam jar kecil dihiasi dengan riben. Kebaikan madu adalah baik untuk kesihatan dan ia sangat bermanfaat kepada tetamu. Tetamu korang juga pasti akan rasa kelainan di hari perkahwinan korang nanti.

9. Senduk, Sudu atau Garfu kayu


Photo Credit: Blog Rospink 

Memang unik jika senduk, sudu atau garfu kayu ini dijadikan doorgift. Pasti sangat berguna untuk golongan wanita yang memasak di dapur. Doorgift ini bukan sekadar boleh dijadikan hiasan saja. 

10. Potpourri

Ia sangat biasa untuk dijadikan doorgift di hari perkahwinan korang tapi ia murah dan tidak terlalu mahal. Pastinya semua tetamu yang hadir sukakan pada wangian. 


Semoga 10 idea doorgift ini dapat membantu korang dalam persiapan perkahwinan. Ia bukan sahaja sekadar dijadikan hiasan malahan ia juga boleh digunakan dan berguna dalam kehidupan seharian. 

Read More

TUTORIAL BUAT BUNGA KONVO SENDIRI

Hai.. Tutorial ni untuk sesiapa yang nak bagi gift kepada kawan-kawan ataupun adik beradik tapi nak cuba buat bunga konvo sendiri boleh la try tutorial ni.. Ya, mesti ramai yang cakap, beli je la kan senang. Tapi korang tau tak kalau buat sendiri tu ada sentimental value tersendiri. Tutorial ni kredit kepada Noor Nizah Amir di facebook.


Langkah 1


Langkah 2


Langkah 3


Langkah 4


Langkah 5


Langkah 6


Langkah 7


Langkah 8


Langkah 9


Langkah 10


Siappp

Read More

NAK TRAVEL TAPI TAK ADA DUIT? JOM IKUT 5 TIPS MENABUNG NI!

Thursday, November 16, 2017

Tips Menabung Untuk Travel

Siapa sangka dengan menabung kita boleh travel keliling dunia? Tak mustahil okay, sebab dah ramai yang berjaya disebabkan gigih menabung.. Korang mesti ada niat untuk nak travel kan? Tapi disebabkan duit tak cukup jadi terbatal semua niat. hehe. don't worry! sebab korang masih ada tips yang berkesan untuk travel dengan menabung. Apa yang penting kena pasang niat, hati kena kental. tak boleh kejap nak kumpul duit, kejap guna duit yang dikumpul tu balik. habis la rosak impian tu. haha. 

TIPS MENABUNG UNTUK TRAVEL 

1. Buat Target

Apa yang busyra masukkan dengan target ni? yela mana tak nya, korang cuba fikir, kalau tak ada target macam mana duit nak terkumpul? sebagai contoh, korang kena ada target berapa lama nak kumpul duit tu? Nak pergi travel ke mana dulu.. Semua tu kena ada target tau, jangan main redah saja. Rancang sebaiknya, lepas simpan niat target tu baru boleh ke step seterusnya..

2. Simpan sehari RM5 

Buat satu tabung khas untuk travel. Jangan sesekali buka, kalau boleh beli tabung yang tak boleh buka terus. Kalau dah penuh pecahkan saja. sebab kalau busyra memang tak boleh nak kental.. hati ni selalu rapuh, memang patutlah beli tabung yang tak boleh buka. haha.. 

Sehari RM5 x 30 hari = RM150
10 bulan = RM1500
11 bulan = RM 1650

Banyak kan? kalau nak kumpul sehari RM2 pun tak salah.. simpan saja seberapa yang mampu, janji kena simpan setiap hari.

3. Cari Side Income 

Zaman sekarang ni bisnes macam-macam boleh buat. Nak dengan tak nak je. semuanya kena rajin. Cari la apa-apa produk yang korang minat untuk jual. Tak mampu nak keluarkan modal just jadi dropship je. Jom jadi dropship bawah busyra! hehe. Kalau nak pm eh.. Tapi kalau rasa tak minat bisnes, carilah sesuatu yang rasa boleh jana income.. tak kisah apa-apapun. Tanya pada diri korang minat apa.

4. Simpan Mata Wang Asing

Apa yang boleh buat kalau kita tukar mata wang asing? Weiii kalau USD punya, masyukk kot.. busyra sendiri pun belum mahir bab ni tapi apa yang busyra tau cuba lah cari tempat tukar matawang yang boleh berikan pulangan yang tinggi.. kena tengok jugak time bila matawang asing tengah mahal.. bab ni kena rajin membaca sikit info pasal pertukaran mata wang.

5. Motivasikan Diri

Please kuatkan azam korang tu.. Jangan rasa cepat putus asa.. Macam mana nak kuatkan diri? Cuba korang print out gambar-gambar negara yang korang nak pergi tu.. buat d.i.y hiasan dinding.. Buat qoute travel banyak-banyak letak dekat meja tu.. So, setiap hari kalau mengadap komputer dekat meja boleh lah selalu tengok. semangat lagi membara kan? hehe

Tips Menabung Untuk Travel

Macam mana? boleh tak disiplinkan diri ikut tips dekat atas tu? Busyra sendiri pun tengah berusaha keras nak travel ni.. buku merah dah ada! hehe. dulu pernah pergi ke Bali, Indonesia. Itupun sebab ada site visit time study dulu.. Korang yang ada impian nak travel ke mana? Jom kentalkan diri ikut 5 Tips ni!


Read More

BISNES KAD 300PCS UNTUK SAF UNGGUL ENTERPRISE

Wednesday, November 15, 2017

Tempahan 300pcs Bisnes Card

Hai semua.. Minggu lepas ada customer order 2 keping banner. Then 2 hari lepas customer yang sama nak order business card pulak.. Min order dengan busyra adalah 300pcs (3box) dengan harga RM60 sahaja. tak termasuk pos la, kalau plus pos RM8 sm dan RM12 untuk ss.. Kualiti card adalah gloss art card dan finishing matte lamination.. Kualiti card memang cantik! tebal.. 

Tempahan 300pcs Bisnes Card

Ada beberapa customer yang wasap busyra tanya berapa hari boleh siap.. Jawapannya adalah 3 hari bekerja. Design busyra akan siapkan dalam masa sehari saja tapi nak hantar print tu dalam masa 2 hari.. Lepas ambil card di kilang busyra akan terus pos barang customer. 

Tempahan 300pcs Bisnes Card
Saf Unggul Enterprise ni adalah kedai kek, roti dan menerima sebarang tempahan birthday atau wedding. Sesiapa yang stay area Kedah boleh lah try order kek ataupun roti.. Lepas ni Saf Unggul Enterprise nak repeat order untuk 2 lagi tempahan banner.. Alhamdulillah customer puas hati. busyra pun lega.

Tempahan 300pcs Bisnes Card

Sesiapa yang nak buat tempahan boleh wasap busyra di http://www.wasap.my/60146729316 ..

Read More

SURAH AL-FIL BOLEH MENYEMBUHKAN KANSER! DENGAN IZIN ALLAH

Tuesday, November 14, 2017

Penawar Kanser Dengan Surah Al-Fil

Assalamualaikum, busyra nak kongsi sedikit sebanyak tentang surah dan amalan untuk pesakit kanser. Jadi bagi sesiapa yang ada saudara ataupun kenalan boleh lah kongsi post ini semoga ianya bermanfaat..

PENAWAR KANSER DENGAN SURAH  AL-FIL

Setiap kali selepas solat wajib baca surah di bawah:

Surah Al-Fatihah - 1 kali
Surah Al-Ikhlas - 1 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al-Fil - 21 kali

Percayalah satu perkara ini bahawa "Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati".. Korang tau tak yang ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser? Ya, ada! Sebenarnya ini adalah ilmu yang dikongsi melalui penulisan Saudara Raflis Sabirin. Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutamanya dari Surah Al-Fil.

SURAH AL-FIL
Penawar Kanser Dengan Surah Al-Fil


Maksudnya: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keaadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..? (2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..! (4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..! (5)

====================

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas Nabi 3 kali lalu teruskan membaca Surah Al-Fil sebannyak 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu hendaklah ingat maksud dalam hati supaya Allah hancurkan dan lenyapkan penyakit kanser tersebut.

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu. Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya ialah sama seperti diatas juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari selepas solat lima waktu.


Lakukanlah! tapi perlu ingat bahawa yang menyembuhkan adalah Allah s.w.t.. Kita hanya berusaha. Ayat Al-Quran tersebut sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. Terima kasih.


Read More