MENU MEE TARIK WARISAN ASLI BOLEH TAHAN SEDAP!

Monday, November 13, 2017

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Hai semua.. Lately ni busyra malas betul nak update blog. Bila datang mood malas tu apa pun tak boleh. Kerja-kerja tempahan design pun malas nak buat tapi apakan daya, dah nama pun tempahan kena la dahulukan. Semalam busyra sempat singgah makan di Mee Tarik Warisan Asli di Aman Central Alor Setar.. Actually ini kedai kedua busyra dan kawan masuk makan. haha. Baru saja lepas makan nasi, tapi nak jugak masuk mee tarik warisan asli ni.  

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Busyra kurang gemar mee tarik sebenarnya.. Tapi kalau setakat nak merasa tu boleh la. boleh tolong bagi berapa rating. Iols memang suka bagi rating dekat makanan. Rasa macam ala-ala juri rancangan masak memasak. haha

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Semua menu berasaskan mee. Dah nama restoran pun mee tarik kan. Apa yang busyra tahu tentang latar belakang mee tarik warisan asli adalah dorang buat sendiri tau mee ni. Itu yang uniknya masakan dorang. Lain dari yang lain. 

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Berejam pilih makanan padahal nak ordernya bukan untuk satu family pun. hehe. Disebabkan busyra baru saja makan nasi, so ordernya pun 1 pinggan je. Tapi mak aiii, satu pinggan pun banyak weii! kenyang. Selambak mee dalam pinggan. 

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Ini adalah menu yang busyra pilih iaitu Wet Mee with Braised Chicken RM13.80.. Kenapa pilih menu ni sebab pilihan di buku order nampak menarik. Macam sedap sangat. tapi sedap ke sebenarnya? For me, harga dia berpatutan dan yahhh sedap! Mee dia lembut, ayam pun lembut dan pes ramuan dia tu serius sedap! rasa pedas, manis. 

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Nak makan mee tarik ni kena kacau semua dulu baru sedap bila makan. jangan risau sebab mee ni tak kembang pun bila lama-lama. cuma kembang dalam perut je. haha

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar


Kawan baik busyra berselera wei makan mee tarik! Ramai jugak ye sebenarnya suka mee tarik ni. Sebab masa busyra masuk ke sini memang dekat luar dah ramai orang. Maybe dorang ada menu pilihan sendiri. Mee yang berasaskan sup pun ada!

Mee Tarik Warisan Asli, Aman Central Alor Setar

Untuk servis pun terbaik di sini. tapi busyra tak tau la Cawangan Mee Tarik Warisan di tempat lain. untuk di Aman Central, Alor Setar ni the best. Bagi meminat mee kena cuba menu yang busyra makan tu. Atau korang dah pernah cuba mee tarik warisan ni? Busyra pun rasanya baru kali kedua masuk. Untuk rating busyra nak bagi 4/5.. haaa kau nak jugak bagi rating.. haha. okay itu saja jumpa lagi nanti!

12 comments

  1. Pernah makan kat cawangan Bangi punya, memang betul2 sedap! Confirm kenyang sebab 1 pinggan tu serious banyak haha

    ReplyDelete
  2. nanti kalo pi lg sini, cuba try menu toothpick lamb sedap

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak PC dan pernah cuba baru sekali...sedap dan kena dengan selera,,hihi..4.5/5 star ...

    ReplyDelete
  4. sedapnyer...dah lama nak pergi yg kat Bangi or Sungai Besi tp x pergi2 pun lagi...asal niat nak gi sane, asben ajak g tempat lain...awawawa.. laparrrrrrr

    ReplyDelete
  5. Kak ana suka juga mee tarik ni. Especilly yg d cendawan tu. Skrg dh byk cawangan mee tarik warisan asli ni busyra. Makin berjaya.

    ReplyDelete
  6. memang sedap. saya suka makan kat sini

    ReplyDelete
  7. baik makan meetarik ..lebih ok dari makan mee kuning..kat luar sana...banyak kapur...

    ReplyDelete
  8. Macam sedap je mee tarik tu. Ni nak google cawangan yang terdekat ni..

    ReplyDelete
  9. tengok gambar pun dah sedap.. apatah lagi bila makan.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mee tarik nie memang best.. Akak suka makan cawangan dekat gombak.. Ohsem..

    ReplyDelete
  11. hari tu nak masuk sini tapi tak masuk masuk jugak hehehe

    ReplyDelete