DRAMA MY COFFEE PRINCE LAKONAN FATTAH AMIN DAN JANNA NICK - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, December 20, 2017

DRAMA MY COFFEE PRINCE LAKONAN FATTAH AMIN DAN JANNA NICK

Drama My Coffee Prince Astro Ria

Tajuk : My Coffee Prince
Mula Tayangan : 27 November 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis Jam 10.00 malam
Siaran :  Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Terbitan : Cune Film Sdn Bhd
Jumlah Episod : 28

Pelakon : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari dan ramai lagi

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Drama My Coffee Prince Astro Ria

REVIEW

Busyra bukan peminat cerita korea.. tapi cerita adaptasi my coffee prince version melayu ni memang superb best! Akak busyra cakap yang version korea lagi best.. tapi tak minat korea kan.. nak layan pun tak lepas.. hehe. Lakonan Fattah dan Janna memang menjadi dan sweet.. tak miss lagi la rasanya busyra tengok drama ni.. haha. Malam tadi baru episod 14. Ada lebih kurang 14 episod lagi. 

Rating: 5/5

9 comments:

  1. boleh tahan juga coffee prince versi malaysia ni...
    tapi I think the original version coffee prince korea tu lagi best.

    ReplyDelete
  2. dulu layan drama korean..drama melayu ni tak tengoklah pulak...

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap arahan Michael Eng kot..kak PC tak mengikutilah Busyra...ada sekali dua kalau tak silap tengok ulangannya...

    ReplyDelete
  4. Suka drama ni sebab FA dan JN ada. Suka tgk lakonan mereka. Watak menjadi sama mcm watak pelakon korea tu.

    ReplyDelete
  5. Ira pun bukan peminat korea. Dulu anti bebenor kalau housemate ngadap korea tapi sekarang entah hantu korea apa yang rasuk terjebak dengan korea jugak (tapi belum tahap hard core lah). Sekadar nuntun ajaaa hehe

    ReplyDelete
  6. sama la kita bukan peminat K Drama tapi memang best drama adaptasi Melayu ni terutama watak Dani lakonan Janna Nick ni..mmg terbaikk

    ReplyDelete
  7. Yang versi malaysia nie Akak tak tengok.. Tapi versi Korea memang best..

    ReplyDelete
  8. akk mmg layan drama korea coffee prince dan memang best kdrama tu. hehe
    yang versi melayu tak layan sgt lagi.huhu

    ReplyDelete
  9. tak tgk... serius janna nick dlm ramai2 xnmpk dia girl

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved