KEMASKINI BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA SECARA ONLINE - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, December 20, 2017

KEMASKINI BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA SECARA ONLINE

Kemaskini BR1M 2018 secara online

Hai semua.. Disini busyra nak share Cara untuk kemaskini Br1m 2018. Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini boleh dibuat bermula 27 November hingga 31 Disember 2017. Permohonan baru adalah bagi mereka yang belum pernah memohon sebelum ini, ataupun pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M pada tahun sebelumnya.

Manakala kemaskini BRIM 2018 pula perlu dilakukan oleh pemohon sekiranya ada perubahan terhadap maklumat peribadi seperti tanggungan, kematian pasangan, telefon, alamat ataupun nombor akaun bank dan seumpamanya. 

Kemaskini BR1M 2018 secara online

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah/ ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Dokumen Salinan Yang Perlu dikemukakan ialah:

1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kemaskini BRIM 2018

Kemaskini BR1M boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu secara online dan offline(manual).

Langkah-langkah kemaskini BRIM 2018 online seperti berikut:-

2. Klik menu kemaskini permohonan.
3. Masukkan No Mykad anda dan klik kemaskini permohonan.
4. Ikuti arahan yang dipaparkan di skrin dan lengkapkan maklumat anda

Jangan lupa untuk buat semakan status brim 2018 anda.

Bagi kemaskini maklumat secara manual, borang kemaskini BRIM 2018 hendaklah diisi secara bertulis. Borang tersebut boleh didapati di agensi-agensi berikut:-

1. Download borang kemaskini maklumat di https://ebr1m.hasil.gov.my
2. Pejabat dan Pusat Khidmat LHDN
3. Pejabat Daerah
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan.

Sekiranya ada masalah/pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas tol 1-800-88-2716 atau talian hot line Kementerian Kewangan 03-8882 4565/4566 ataupun emailkan terus ke br1m@treasury.gov.my.

Maklumat Penting Yang Perlu Kemaskini

Kemaskini BRIM 2018 mengikut maklumat terkini adalah penting bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Ada 6 perkara yang perlu diberi perhatian.

1. Status perkahwinan. iaitu kahwin, cerai atau kematian pasangan(nyatakan tarikh penceraian dan kematian pasangan.
2. Alamat surat menyurat terkini dan email.
3. Nombor telefon bimbit dan rumah.
4. Maklumat akaun bank (Persendirian sahaja).
5. Maklumat pasangan dan tanggungan. Pastikan maklumat nombor kad pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.
6. Maklumat waris. Ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian dan baki BR1M.

Semoga Bermanfaat :)


3 comments:

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved