SHOPPING DI MOOD REPUBLIK KEDAH DENGAN DUIT HASIL JOB REVIEW

Hai semua..


Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelumnya, aku nak share dengan korang barang yang aku shopping di mood republik minggu lepas.. tak banyak pun sebenarnya yang aku shopping, dalam 5 barang seperti gambar dekat atas tu.. di tambah pulak dengan goodies bag yang aku dapat masa majlis perasmian mood republik. ada bermacam-macam goodies bag yang pihak mood republik sediakan, dan alhamdulillah aku dapat sesuatu yang best dan boleh diguna setiap hari. tak salah aku grab goodies bag yang tu. hehe.. gift dalam goodies bag tu semua lain-lain tau. dan aku tak tau la apa yang ada dalam goodies bag orang lain. cuma kawan aku yang pergi sekali tu dia dapat 2 pek susu. tak ingat jenama apa. okay, jom, aku nak tunjuk satu-satu barang yang aku beli..

FAME COSMETICS - SOFT MATTE LIP CREAM NUDE COLOUR MEMANG MENAWAN!

Hai..


pagi tadi aku jejak kaki ke Mood Republik yang diadakan di TH Hotel, Kepala Batas, Kedah.. memang masa pembukaan rasmi tu, orang ramai gila. but then, bila dah makin lama, makin sikit. tak tau la time petang nak ke malam pulak kan. sebab aku pergi pagi.. memang nak ke sana, target utama nak beli fame soft matte lip cream! dah lama berkenan, cuma tunggu masa ja nak beli.. sebab kalau beli by hand lagi murah dari nak pos bagai.. siapa dekat sini pernah cuba fame matte lip cream? aku first time nak cuba sebab before ni pakai nyx soft matte lip.. memang teruja gila time pakai. nak cakap kering tak kering sangat. nak cakap lembap tak lembap sangat. sedang-sedang ja.. before beli fame soft matte lip ni memang aku selalu usha instagram dorang.. tengok warna apa yang cantik dan terpaut di hati. hehe..  

PRINT GAMBAR MURAH DAN CANTIK DENGAN DROPRINT

Hai semua..


sesiapa dekat sini suka print gambar dan simpan buat kenangan? kalau sama kita geng! hehe.. bagi aku kan, kalau kita asyik snap pic banyak-banyak tapi last sekali terpaksa delete sebab banyak sangat gambar, so apa kata korang print gambar korang tu dan simpan. banyak tau sebenarnya boleh buat dengan gambar yang korang dah print nanti.. dan tak ada la phone korang pun nak hang tetiba kannn, sebab berat sangat dengan gambar-gambar selfie korang tu. hehe.. okay ke kalau print gambar? last sekali simpan jugak! ehhh,, korang boleh buat macam-macam tau lepas print tu, hari-hari korang boleh tengok memori korang yang lepas-lepas.. boleh letak dalam album, frame, boleh hias dekat dinding bilik (macam yang tengah trend sekrang tu) cantik tau! simpan dalam kotak ke.. macam-macam lah boleh buat..

RESEPI MEE GORENG BASAH

Hai..


sambil berblogging ni tetiba rasa lapar pulak. hee.. tengok dalam peti ada mee, so, masak la campak-campak.. asalkan ada rasa mee goreng basah.. :p taugeh pun ada dalam peti, sebab mak beli siang tadi masak sayur taugeh.. bagi aku kalau tak ada taugeh tak sodap.. mee goreng basah ni tak boleh buat banyak-banyak sebab rasanya cepat muak dan cepat dahaga air.. lepas makan mee terus melingkar macam ular sawa. haha. kekenyangan! so dalam entri kali ni, aku nak share dengan korang resepi yang kalau korang rasa macam nak tambah 2 pinggan lagi. hahaha.. korang kena cuba! hehe. sangat simple dan semua bahan-bahan yang aku guna ni, semuanya favorite aku, if kalau korang tak suka taugeh ke apa ke, tak payah la letak.. boleh ganti dengan benda lain

BRIM DAH MASUK DALAM AKAUN WALAUPUN TIADA REKOD STATUS KREDIT


Alhamdulillah brim dah masuk hari ni pada 22 Februari 2017 dalam akaun maybank.. walupun tiada status pengkreditan tapi duit dah selamat masuk dalam bank.. ada kawan aku yang belum masuk, dorang guna bsn dan cimb bank.. mungkin lambat sikit untuk proses duit masuk dalam bank tu.. seronok sangat ke dapat duit rm450? eh mesti la seronok. bukan senang nak dapat duit, apatah lagi sekarang tengah tanam anggur dekat rumah ni. hehe. dalam masa yang sama hari ni jugak duit hasil job review pun masuk jugak rm100.. alhamdulillah rezeki dari Allah.. duit ni aku nak gunakan untuk bayar duit konvo aku.. banyak jugak la yurannya tu rm175. huhu.. InshaAllah konvo akan diadakan di uitm shah alam pada bulan 4 ni.. dan ada satu lagi, yang belum aku langsaikan.. amboi, macam hutang along tu. hehe.

7 LIFE GOALS SEORANG BUSYRA TAKIYUDIN

Hai semua..


dah 2 hari blog tak ber update.. bukan busy, bukan malas but I have no idea what to write about. Absolutely no idea :( dah la aku ni jenis cepat sangat rindu pada blog.. :p haha.. kalau boleh setiap masa nak buka tengok blog sendiri.. biar la orang nak cakap syok sendiri ke apa pun, yang penting aku happy. :) dalam masa 2 hari tu, bila buka button new post, then taip padam taip padam.. sebab aku rasa entri yang aku taip tak ada kualiti langsung.. dan rasanya tak seronok la share benda yang buang masa orang untuk baca.. actually, malam ni pun aku tak ada idea nak update.. tapi kalau nak tunggu sampai ada idea, alamatnya tahun depan pun tak ber update blog aku ni.. aku salute dengan blogger yang hari-hari ada idea untuk update blog. dulu before masuk tahun 2017, azam bukan main nak update blog setiap hari.. sekarang ni? hampeh. haha.. dah miss banyak hari dah ni..

GOOGLE ADSENSE TERIMA PERMOHONAN UNTUK KALI PERTAMA

Assalamualaikum, hai..


hari ni nak borak dengan korang pasal google adsense.. aku pasti yang korang semua memang familiar dengan google adsense sejak korang jadikan diri korang as blogger kan.. hehe. skemanya ayat aku,. :p aku sebenarnya belum tahu sepenuhnya pasal google adsense ni, setakat ilmu cetak yang aku ada belum cukup memadai nak cakap pasal adsense.. yang aku paham tentang Google Adsense ialah sebuah website pengiklanan online yang dikuatkuasa oleh Google sendiri.. so kalau kita as blogger nak cari duit lebih dengan berblogging, bolehlah apply Adsense ni.. macam mana caranya nak dapatkan duit? korang just letakkan banner iklan Google Adsense di blog masing-masing, then bila ada readers yang masuk dan klik iklan korang tu, automatik korang akan dapat duit.. best kan? 

ROTI GARDENIA BAKAR LETAK TELUR

Hai.. Selamat malam semua..


banyak resepi yang aku teringin nak buat! semuanya dari facebook.. aku ada follow satu page resepi masakan, macam-macam post makanan setiap hari.. bukan saja masakan western tapi masakan kampung pun ada. banyak sangat resepi! semua teringin nak buat! tapi tak pandai pun. haha.. tadi tengok roti bakar letak telur plus cheese.. tapi mana nak dapat cheese memalam ni. so tak letak la cheese.. aku tukar ikut sedap mulut sendiri. aku letak serbuk chili flakes dan serbuk lada putih! sebenarnya orang cakap kalau telur separuh masak baru sedap kan.. tapi aku tak boleh nak telan telur separuh masak. haha.. sebab tu buat sampai masak..

NUTELLA CUPCAKES HANYA GUNA 3 BAHAN!

Hai..


petang tadi nampak nutella dekat atas meja and still banyak lagi, maklum la selalunya adik aku yang selalu habiskan nutella tu.. tapi ni dia dah balik ke politeknik dia, so tak da siapa la nak makan sangat. tinggal aku dengan mak dan ayah ja.. siapa lagi nak makan kan, mak dan ayah lagi la tak sentuh langsung. haha.. terus terlintas nak buat nutella cupcakes, sebab bahan-bahannya semua dah ada dekat rumah.. eh senang sangat ke nak buat ni? memang senang sangat! yang lelaki pun boleh buat, kacau-kacau sikit terus bakar! tengok tajuk pun dah cakap kannn, hanya guna 3 bahan saja.. tapi tadi terpaksa jugak keluar sebab nak beli bekas cupcakes tu.. so, jom meh tengok cara-cara buat nutella cupcakes!

SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA!


Hai.. sepanjang 6 tahun aku berblogging, macam-macam jenis blogger yang aku kenal even tak pernah jumpa sekalipun.. ada blogger utara, selatan, timur, semualah.. seronok kan sebenarnya jadi blogger ni, boleh dapat beribu riban kawan.. haha.. sepanjang korang jadi blogger ni dah berapa post yang korang dah post dalam blog? ada tak korang buat planning untuk blog korang? untuk jangka masa pendek dan panjang.. perlu ke? ehhhh.. jangan fikir main-main, blog ni macam satu career jugak tau! kena update setiap hari, kalau tak update macam buat kerja office tak selesai. hehe.. ke korang tak ada langsung plan untuk blog? macam kalau hari ni nak update, then update.. kalau esok tak nak, tak payah.. macam tu ke? tak kisah la apa pun yang korang buat, aku yakin korang ada aim korang sendiri dalam blogging.. 

WATERMARK SIMPLE GUNA PHOTOSHOP

Hai..


baru-baru ni aku ada baca entri pasal watermark di blog kak Lea Azleeya.. memang selama ni nak buat watermark baru pun, cuma masa tu tak sempat. aku ni jenis lepas edit, nak edit lagi.. sampai lah puas hati.. even hanya simple, tapi cukuplah memadai ada watermark.. dah lama rasanya aku tak ada official watermark.. maksud aku, yang betul-betul punya.. gambar-gambar yang sebelum ni semua aku edit satu-satu ni photoshop.. contoh kalau entri semalam pasal makanan, so letak tajuk makanan pada watermark tu dan sebaliknya lah.. kalau pasal review, letak tajuk review... letih woooo gituuu. haha.. edit satu-satu.. sekarang ni bila dah ada watermark sendiri, just drag ja masuk dalam gambar, tak perlu nak edit lagi..

RESEPI MAGGI UDANG GALAH SIMPLE

Hai.. 


malam ni tak makan nasi pun and just masak maggi yang mudah dan apa yang ada dekat dapur.. so, dalam entri kali ni aku nak share dengan korang resepi aku sendiri yang aku main campak2 ja. :p ..tapi yang bestnya campak2 ni, yang tu yang sedap! tak percaya? haaa korang try esok masuk dapur dan campak2 ja apa nak masak. confirm sedap! hehe.. memandangkan dalam peti ada udang galah, boleh la letak dalam maggi nanti. selalunya kalau masak maggi aku akan masukkan telur or ayam.. tapi tak tentu jugak, kalau tengah malam time lapar, kadang tu aku bedal ja letak air panas then rendam. haha.. itu paling malas habis! resepi maggi ni aku tak letak cili kisar ke apa ye. abes tu letak apa? haaa meh tengok bahan-bahannya..

DIY BEAUTY | NAK CANTIK? KENA LA BERSEMUT DENGAN MADU SETIAP MALAM!!

Hai..


tajuk tu mungkin macammmmm... hahhh. kena letak madu dan gula tiap malam sampai semut datang ke? haha.. tak ada la macam tu.. lepas pakai tu, jangan la terus tidur, main la phone dulu ke, buka laptop blogging ke.. then lepas beberapa minit cuci laaa.. mudah ja kan? amalkan tiap malam. confirm kulit lembap sepanjang hari.. ini organik punya rahsia tau.. mungkin lambat sikit nak jadikan kulit lembap tu. tapi InshaAllah dan dijamin selamat. tiada bahan kimia. so, apa salahnya cuba kan? melekit tak?? yep! tak dinafikan memang melekit. madu kotttt. haha. tapi kejap ja pakai. then bilas la dengan air.. aku tak selalu buat sangat. kadang tu seminggu hanya 2 kali.. malas nak buat setiap malam..

RAHSIA DAPAT SEO BLOG 100%


setiap hari bila aku buka blog, aku akan usaha untuk pastikan yang blog aku akan capai score 100%.. sebab aku tak pernah capai score paling tinggi. penah dapat pun 80% ja.. macam2 dah aku edit dekat html tu sampai blur.. rujuk tuto sana sini. ada yang aku paham dan ada yang tak paham. mungkin dulu, aku ambil lewa pasal seo blog ni, sebab aku tak tau kuasa seo ni segalanya.. haha. melampau kau busyra! so, tadi still lagi godek google untuk nak pastikan blog mencapai 100%.. tengok dekat bloglist aku tadi, ada seorang blogger yang update entri blog pasal "Tips Edit Blog Seo Friendly".. terus aku buka link dan edit! then apa jadi??

BOAT NOODLE DI ALOR SETAR | KAFE HLM AUTHENTIC


Petang tadi pusing2 bandar alor setar, terus teringat Boat Noodle yang kawan aku cerita haritu.. so, cari punya cari, akhir jumpa jugak.. rupanya Kafe HLM Authentic ni tingkat satu. tak perasan.. first time sebenarnya rasa boat noodle dekat kafe ni.. ramai jugak yang menyinggah dekat situ dan order bertingkat2 mangkuk boat noodle. hehe. yelakan nama pun boat noodle, sikit sangat mee dalam mangkuk tu.. kalau time lapar memang tak kenyang la jawabnya. so, sedap ke tak sebenarnya boat noodle dekat sini? nak bagi berapa markah ni? hehe. haaa meh la teruskan baca, mana tau nanti korang boleh singgah ke sini.

CARA ORDER COFFEE DALAM 8 BAHASA UNTUK KAKI TRAVEL

Hai..


dalam entri kali ni aku nak share dengan korang 8 bahasa yang boleh digunakan masa korang travel dekat oversea... especially pada yang kaki travel tu, boleh la hafal dan hadam. hehe. tapi ini cara untuk order coffee je la.. sebab mostly kalau kita ke cafe or kedai biasa dekat oversea mesti akan order coffee.. orang sana mana la faham bahasa kita..so nak tak nak kita kena la hafal word2 yang biasa dan mudah di sebut. susah ke nak hafal? bagi yang kaki travel tu, tak susah mana pun korang nak hafal, sebab kawan aku pun salah seorang kaki travel jugak. before nak ke oversea, dia akan study word2 yang mudah dan selalu digunakan di negara orang. so let's!

TAKOYAKI SEDAP DENGAN SOS MELIMPAH!!

Hai..


petang2 macam ni, selalunya akan keluar cari makan. sebab perut dah lapar. so perlu diisi dengan makanan.. hehe. untuk petang ni, no cucur udang, no cucur pisang, no nasi lemak. tapiiii takoyaki!! dulu kan masa dekat uitm time study dulu. banyak ja makcik2 jual dekat dalam u, dekat pasar malam.. tapi aku tak terasa nak makan sangat... pernah sekali ja kot cuba dekat satu makcik ni. tapi kurang sedap.. mungkin bahan2 yang dia masukkan tak cukup. ada yang kurang.. tadi jenjalan cari makan, terus teringat takoyaki yang aku selalu beli.. memang sedap gila! tak tipu. terus bookmark muka makcik tu dengan kedai dia!.. haha :p ..resepi dia tu lain dari yang lain..

SKIN CARE PRODUCT REVIEW: SWISSVITA SERUM

Hai..


korang ada mengalami masalah kulit? seperti kulit tak sekata? berjerawat? okay.. dalam entri ni aku nak share dengan korang 3 jenis serum yang mampu membantu korang mendapatkan semula kulit yang cantik dan jauh dari jerawat! Apa itu Swissvita? Swissvita ialah produk penjagaan kulit yang bebas dari parabens, alkohol, wangian dan pigmen.. so, tak perlu risau sebab produk dari Swissvita ni selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Produk ni disimpan dalam tiub aluminium gred farmaseutikal untuk mengelakkan pencemaran/kuman2 dari masuk ke dalam.

REVIEW: GOLDEN MUSHROOM MASK SHEET

Hai..


hari ni nak share dengan korang betapa lembutnya kulit aku lepas pakai Golden Mushroom Mask Sheet! terasa anjal pulak kulit ni. :p ..masa start letak dekat muka tu rasa sejuk sangat. melekit tak? rasa melekit la sikit masa start pakai, lepas dah kering tu, rasa selesa! aku letak dekat muka dalam 20 minit saja then bilas dan lap dengan tuala bersih. masa pakai tu korang duduk dekat depan kipas. fuhhh sejuk dia makin terasa. bagi sesiapa yang kulit kering, boleh lah selalu pakai mask ye, sebab mask melembapkan kulit kita. kenapa di panggil mushroom mask? kerana cendawan adalah baik untuk kulit dan bahkan untuk rambut dan kesihatan. 

WEDDING | E-DAY KAWAN SATU UNIVERSITI

Hai..

baru2 ni kawan satu uitm aku bertunang. Alhamdulillah selesai satu step dah boleh fikir step seterusnya. hehe. seronok sebenarnya tengok hari bahagia kawan2.. tema warna merah! maklumlah tahun baru cina kan. haha. baru ada ong! tapi seriously, she looks so beautiful. dengan makeup kena dengan muka. dengan baju warna merah. mana tak menyerlah! aku pun terpegun tengok tambah lah tunang dia. :p ..majlis diadakan di Jitra, Kedah dan berlangsung lepas zohor jam 2.30 pm

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-