NATURE PHOTOGRAPHY | SNAP GAMBAR BUNGA MENGGUNAKAN SAMSUNG GALAXY A7

Wednesday, January 24, 2018

naturephotography, samsunggalaxyA7, natural, gambarbunga,

NATURE PHOTOGRAPHY | SNAP GAMBAR BUNGA MENGGUNAKAN SAMSUNG GALAXY A7 | Busyra bukan seorang yang pro dalam ambil gambar.. tapi busyra suka sangat ambil gambar alam semulajadi, apa yang ada disekeliling. tak kisah la apa pun asalkan pemandangan ciptaan Tuhan.. busyra dah lama sebenarnya guna samsung galaxy A7, masih tak mampu nak beli iponggg.. haha. tak da la, pakai lah phone apa pun kan asalkan kamera nya cantik.. sudah memadai..

Dekat bawah ni ada 3 gambar yang busyra ambil.. masih belum sharp lagi fokus pada gambar. yang pro bab photography mohon jangan kecam.. hehe. saya budak baru belajar dan hanya suka-suka ambil gambar. kalau nak pandai kena masuk kelas baru lah pro. 

naturephotography, samsunggalaxyA7, natural, gambarbunga,

naturephotography, samsunggalaxyA7, natural, gambarbunga,

naturephotography, samsunggalaxyA7, natural, gambarbunga,

InshaAllah nanti busyra kongsikan lagi keindahan alam semulajadi :)

Read More

SAIZ GAMBAR YANG IDEAL UNTUK BLOG & MEDIA SOCIAL

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

SAIZ GAMBAR YANG IDEAL UNTUK BLOG & MEDIA SOCIAL | Dalam penulisan blog ni sama macam kita study time sekolah dulu.. nak buat karangan kena pastikan dalam karangan tu ada gambar yang sesuai dan menarik.. nak tampal dalam buku, tak nak la kan gambar tu terlalu kecil dan terlalu besar.. kalau gunting gambar tak cantik, maka tak cantiklah buku kita tu.. terkeluar habis kertas dari buku..yes! begitu jugak lah untuk blog.. kita kena tau saiz gambar yang ideal untuk blog  & media social supaya nampak lebih cantik, tersusun dan ringan.. dalam entri ni, busyra lebih fokuskan untuk blog ye.

Sebelum ni dalam entri tutorial standardkan saiz gambar agar blog tidak berat busyra dah bagi step by step untuk resize gambar supaya nampak nice-nice je. tak besar dan tak kecil sangat.. tapi ada yang tak biasa guna photoshop untuk resize gambar.. okay, sebenarnya korang nak guna applikasi apa pun tak kisah, asalkan gambar boleh di edit mengikut saiz ideal.. Saiz gambar yang ideal adalah seperti di bawah.

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

600 x 900 pixel untuk lebar atau panjang depend pada kita sendiri.. Kalau nak lain sikit dalam 700 x 900 pixel.. Macam-macam effect yang akan jadi kalau saiz gambar kita terlampau besar.. paling ketara akan nampak serabut dimata pembaca dan confirm lah blog jadi berat, gambar loading.. sampaikan pembaca perlu tunggu dalam jangka masa yang lama untuk nak tengok gambar tu.. Bagi busyra lah kan, pembaca ni lebih tertarik untuk tengok gambar dari penulisan kita. Jadi gambar memang memainkan peranan penting tau dalam setiap entri.

Ada telefon yang bila snap pic, berat gambar hanya 800 x 1000 pixel saja. tapi ada sesetengah phone, berat gambar 4000 x 2000 pixel.. berat kan? selalunya yang guna dslr, pixel gambar memang  besar.  Jadi itulah motifnya kita kena fikir untuk kecilkan saiz gambar. 

Untuk saiz ideal bagi media sosial pulak, korang boleh refer gambar di bawah ye.. 

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

resizegambar, photoshop, blog, mediasocial, facebook,

Semoga entri ni bermanfaat untuk semua. :)

Read More

PULUT UDANG KEDAH AIR TANGAN BONDA TERCINTA

Sunday, January 21, 2018

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,

PULUT UDANG KEDAH AIR TANGAN BONDA TERCINTA | Hai semua.. Hari ni busyra dapat makan pulut udang sepuas hati dari air tangan bonda tercinta! Kalau beli makan tak puas, kalau buat sendiri tu makan la sebanyak mungkin. Jangan sampai pening sudah la.. haha. pulut banyak masuk dalam badan.. Makan time panas-panas waktu pagi or petang, minum kopi.. fuhhh! Orang kata pulut udang kedah memang lain dari yang lain.. nak tau kena cuba mai dok kedah. hehe.

Busyra tak tau resepi dia, sebab mak yang buat. just tanya apa yang patut.. nak buat pulut udang kena ada daun pisang, santan, pulut, inti (letak kelapa, udang dan ada tambahan lain).. selepas tu pulut udang akan dibakar.

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Inti Sambal Pulut Udang

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Santan

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Pulun dan Santan yang telah dimasak

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Pulut digulung bersama inti 

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Pulut digulung bersama inti 

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Siap dibalut dan letakkan lidi atas dan bawah pulut udang

pulutudang, resepipulutudang, santan, pulut, daunpisang,
Pulut udang dah siap bakar 

Korang pernah tak try buat sendiri? dan macam mana hasilnya?.. Busyra sendiri pun tak pandai nak buat. masih belajar. sebab busyra masih tak reti nak masak santan dan pulut. haha.

Read More

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD RICCO PERFUME

bisneskad, bisneskadmurah, bisneskadmurahalorsetar, designprinting,
Bisnes Kad Murah

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD RICCO PERFUME | Salah seorang agen Ricco Perfume order 300pcs bisnes kad dekat busyra minggu lepas. Selepas sekali pindaan design terus proceed print. Customer nak bisnes kad depan dan belakang. Background putih menampakkan kad lebih smart walaupun simple.. Tulisan pulak nak warna hitam dan masukkan gambar customer di bahagian depan kad.. Alhamdulillah akhirnya siap juga bisnes kad ricco perfume.

bisneskad, bisneskadmurah, bisneskadmurahalorsetar, designprinting,
Bisnes Kad Murah

bisneskad, bisneskadmurah, bisneskadmurahalorsetar, designprinting,
Bisnes Kad Murah

Jenis kad macam biasa iaitu gloss art card, finishing matte lamination. Kualiti tebal dan tak mudah koyak. Customer busyra ni dari Pulau Pinang, jadi tak boleh la nak bagi by hand macam selalu customer lain order. Busyra guna pos laju. Untuk yang duduk jauh tu, jangan risau busyra akan pos bisnes kad korang. InshaAllah selamat sampai.

bisneskad, bisneskadmurah, bisneskadmurahalorsetar, designprinting,
Bisnes Kad Murah

Untuk dapatkan harga murah, tempahan kena buat min 300pcs.. Berminat boleh terus pm busyra https://www.wasap.my/60146729316

Read More

3 CARA MEMBUAT MASK ALOE VERA UNTUK SEMUA JENIS KULIT

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

3 CARA MEMBUAT MASK ALOE VERA UNTUK SEMUA JENIS KULIT | Aloe Vera atau dikenali dengan nama lidah buaya memang sangat bagus untuk kulit muka. Tak perlu lagi untuk beli mask kalau rawatan tradisional lebih praktikal.. Busyra dulu zaman sekolah suka betul pakai aloe vera, cuma sekarang ni bila dah besar jadi malas. hehe. Padahal pokok alor vera memang banyak dekat rumah.. Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang 3 cara membuat mask aloe vera untuk semua jenis kulit.

Aloe vera memang ada sifat semujadi yang boleh menyembuhkan luka, parut, jerawat yang teruk dan boleh melembapkan kulit yang kering kalau korang rajin dan amalkan selalu. yang belum pernah cuba pakai aloe vera tu, boleh cepat-cepat cari dan try apply di muka. Untuk first try memang rasa macam pelik sikit. rasa lendir-lendir.. tapi bila dah lama akan terbiasa. 

1. Mask Aloe Vera untuk Kulit Berminyak

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/k serbuk kayu manis, 1 s/k madu

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campurkan semua bahan dan sapu pada wajah dan leher. Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kering, kemudian bilas. Ulang 2-3 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Nota: Aloe vera berfungsi untuk menegangkan kulit dan menyembuhkan parut, manakala kayu manis dan madu adalah untuk melawan bakteria, menghapuskan jerawat dan mencegahnya.

2. Mask Aloe Vera untuk Kulit Kering

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/b krim segar, 1/2 s/k minyak vitamin E

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campur semua bahan dan urut masker pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas. Guna 2-3 kali seminggu untuk kulit yang super lembut.

Nota: Memang sangat sesuai guna mask cara yang kedua ni kalau kulit korang terlalu kering, terutamanya masa musim sejuk. Gabungan aloe vera, krim segar, dan minyak vitamin E memastikan kulit korang sentiasa bersih dan sihat.

3. Mask Alor Vera untuk Kulit Sensitif

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/b yogurt, 1 s/k jus timun

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah dan leher.. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas. Guna 2-3 kali seminggu untuk menghindarkan kulit menjadi kering!

Nota: Bagi korang yang ada masalah kulit sensitif, mask aloe vera ini boleh meringankan kulit muka dan rasa tegang.. Yogurt adalah untuk menegangkan kulit sama seperti aloe vera, manakala jus timun membersihkan dan menyegarkan kulit.


Esok masing-masing boleh try! khasiat aloe vera sangat hebat dan ia salah satu tumbuhan ubat tertua di dunia.. ini kajian di google.. hehe. tak percaya sila google! :p

Read More

RICCO PERFUME WANGIAN TAHAN 12 JAM

Thursday, January 18, 2018

wangianantarabangsa, riccoperfume, perfumemahal,
Ricco Perfume Wangian Antarabangsa

Assalamualaikum.. hai semua. dah jumpa belum wangian perfume yang tahan dari pagi sampai ke petang dengan harga yang berbaloi? Busyra nak share dengan korang ni, RICCO perfume adalah wangian bertaraf antarabangsa yang tahan 12 jam ke atas. Ada jenis orang yang bau badan kuat pun boleh nyah hilang dengan Ricco tau! Apa lagi kelebihan ricco perfume? okay-okay sabar.. hehe. busyra akan story dekat korang satu-satu okay.

wangianantarabangsa, riccoperfume, perfumemahal,
Ricco Perfume Wangian Antarabangsa

5 Sebab Utama Kenapa Perlu memiliki RICCO PERFUME?

1. Tahan 12 jam ke atas
2. Mesra Solat
3. Packaging yang superb cun & Eksklusif
4. Boleh dijadikan hadiah ataupun hantaran kahwin
5. Bauan yang mahal, bauan vvip

Berapa Harga untuk Sebotol?

Hanya RM69

wangianantarabangsa, riccoperfume, perfumemahal,
Ricco Perfume Wangian Antarabangsa

Ricco perfume adalah keluaran Malaysia dan sangatlah dipercayai. Busyra suka sangat kotak Ricco ni.. Sangat cantik. Ada 2 bauan untuk queen dan king.. Lepas tu kotak dia tu dicampur pulak dengan tulisan berwarna gold. Menampakkan ia lebih eksklusif.. Warna merah untuk wanita dan biru untuk lelaki. Tapi kan ramai jugak wanita memilih untuk beli warna biru dan sebaliknya bagi lelaki.. hehe. yelakan. lain orang lain citarasanya.

wangianantarabangsa, riccoperfume, perfumemahal,
Ricco Perfume Wangian Antarabangsa

Ricco tak ada inspired by.. Sebab tu busyra cakap bauan Ricco ni lain dari yang lain. Ramai juga yang cakap macam mana nak beli kalau tak dapat bau.. dari hasil research yang busyra buat.. hahahaha. ambikk research teruss! ya. memang yang baru first time bau, terus nak grab. katanya wangi! 

wangianantarabangsa, riccoperfume, perfumemahal,
Ricco Perfume Wangian Antarabangsa


Untuk pembelian atau maklumat lanjut boleh klik link di bawah:



Read More

NAK PRINT GAMBAR YANG CANTIK? BOLEH GUNA CANON PIXMA E510

Tuesday, January 09, 2018

Masa zaman busyra study dulu memang susah kalau tak ada printer sendiri. Mana taknya kalau nak print assignment kena print di kedai. Kalau siap malam asignment tu terpaksalah jugak keluar memalam pergi print. Sampailah masa mak cakap, beli lah printer. senang sikit kerja.. nak print time bila pun mudah.. So, start dari mak cakap tu memang terus pergi beli. then memang ada fikir juga yang semester kedepan nanti nak print lagi lah banyak kan. thesis! dua buah buku kot. Kalau beli printer, beli kertas, dah jimat dekat situ.. So yahhh! tahun 2014 busyra beli Printer Canon Pixma E510..

Canon Pixma E510

Busyra share dengan korang ni based on pengalaman busyra pakai printer ni sendiri.. Lain orang lain caranya kan.. Ada orang tak suka jenama ni, ada orang suka.. Macam busyra cakap tadi, busyra start beli printer Canon ni tahun 2014, maksudnya dah dekat 4 tahun dia jadi bestfriend kitewww! haha.. Alhamdulillah sepanjang guna Canon E510 ni, tak pernah buat hal.. bukan kite nak puji dia, tapi dia memang baik.. hehehe.

Macam-macam busyra dengar pasal printer ni before beli.. Ada yang cakap jangan beli printer ink nya dekat dalam nanti cepat rosak.. Kena beli ink dekat luar lagi bagus. Tapi for me lah kan, ink dekat luar leceyy sikit sebab dia tak sekalikan dengan printer, tak melekat bersama. kalau ink didalam senang.. 

Kelebihan Printer Canon Pixma E510

1. Kualiti ink yang cantik
2. Ink tahan lama
3. Boleh print pada kertas jenis licin (photo paper)
4. Walaupun tak buka selama 3 bulan tapi printer tak rosak. Ink tak kering.
5. Harga yang berpatutan
6. Cetak dengan cepat
7. 3 in 1 (boleh Print, Scan dan Copy)

Kekurangan dia, busyra tak dapat kenal pasti lagi.. hehe. macam busyra cakap tadi.. dia baik, tak meragam.. Alhamdulillah.. 


p/s: Entri khusus untuk pertanyaan Ira Zulkeffele

Read More

CARA PRINT GAMBAR POLAROID UKURAN 2R DI PHOTOSHOP


Hai semua.. ada tak yang still pening-pening lalat nak print gambar ala-ala polaroid ukuran 2R? Untuk entri kali ni busyra akan share dengan korang cara print gambar polaroid ukuran 2R dengan mudah di photoshop. Bagi yang suka gambar polaroid tu, bolehlah try print dekat rumah. Macam-macam boleh buat.. Simpan dalam album, tampal dalam buku ataupun gantung comel-comel dekat dinding bilik.. 


1. Buka photoshop korang. Busyra guna photoshop version CS6.


2. Pilih File - New (untuk open page saiz A4)



3. Pilih International Paper - Saiz A4 - klik ok 



4. Siap untuk setup Saiz A4



5. Kemudian buka file gambar yang korang nak print ..Pilih File - Open



6. Klik pada gambar dan tekan ok



7. Jadi akan ada 2 tab iaitu satu page kosong dan satu gambar yang korang pilih



8. Pilih button di tepi sebelah kiri (Crop Tool C).. seperti dalam gambar.


9. Ubah saiz ukuran yang korang nak. kalau saiz 2R ukurannya adalah 6cm x 9cm.. Lepas tu tekan enter.



10. Kemudian tekan botton (Move Tool V) dibahagian sebelah kiri..



11. Drag masuk gambar dalam page kosong saiz A4 tadi.



12. Dah siap.. Save! So korang ulang lah step yang sama pada gambar yang lain untuk drag masuk ke dalam page saiz A4 tu.. Contoh seperti gambar diatas kalau dah siap susun.. 



Buat cara yang sama kalau nak saiz apa pun.. 3R ke 4R ke.. terpulang pada korang. Lepas siap susun, print dan potong gambar sendiri.. pastikan potong guna pisau yang tajam. Potong bagi ada lebihan kertas putih dikeliling gambar, baru cun!.. nak print gambar polaroid ni kena guna glossy paper tau. kertas khas untuk print gambar. okay gaiss, Selamat Mencuba! Bagi yang malas nak print sendiri tu boleh pm busyra je sebab busyra terima tempahan untuk print polaroid photo, sesiapa berminat boleh baca DISINI ye. :)

Read More

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD PAKAR CAT DINDING

Thursday, January 04, 2018


Hai semua.. Alhamdulillah bisnes kad 300pcs dah selamat sampai pada tuan punya badan. Customer minta nak kad warna kuning terang dan tulisan detail nak jelas.. Ada gambar kartun sikit. Customer pun puas hati dengan design ni. InshaAllah, busyra doakan bisnesnya maju.. Amin..


Berapa harga untuk 300pcs?

HANYA RM60 (Depan) & RM72 (Depan dan Belakang) .. FREE DESIGN. Harga tidak termasuk pos.. add RM8 untuk postage.


Berminat boleh terus pm busyra https://www.wasap.my/60146729316

Read More

ARGANIA OIL MELEMBAPKAN KULIT SEPANJANG HARI


Hai.. Alhamdulillah salah satu barang yang busyra beli dari hasil Voucher yang Lazada bagi dah sampai.. Busyra memang dah lama nak try Argania Oil ni cuma belum berkesempatan sebelum ni.. tapi lepas dapat voucher tu, terus grab dekat Lazada.. Barang sampai dengan selamat dan tak pecah.. Mula tu risau juga nak order barang kaca dengan Lazada, tapi seller yang busyra beli ni, balut argania oil dengan kemas.. balut dengan bubble wrap lepas tu letak kotak lagi.. Alhamdulillah.. So, jom busyra nak story pasal Argania Oil dekat korang! sekali pakai pun busyra dah jatuh cinta.


Apa yang best sangat dengan Argania Oil ni adalah sesuai digunakan diseluruh badan.. maksudnya boleh apply pada muka, tangan, kaki, rambut ataupun bibir.. Serbaguna! sebabnya ia memang daripada minyak semulajadi.. Packaging nya kecil je tapi boleh guna dalam jangka masa yang lama. Sangat jimat! senang dan mudah busyra nak bawa ke mana-mana.. Boleh terus masuk dalam handbag!


Lepas busyra apply pada muka dan bibir, kulit rasa moist sangat.. Even muka busyra memang jenis yg kekadang minyak, kekadang kering.. tapi dengan Argania ni rasa kulit sihat je. letak setitik ke dua titik saja sudah memadai untuk satu muka. sapu belai-belai sikit muka tu.. hehe

Selain dari boleh jadikan pelembap, Argania Oil ni memang sangat sesuai untuk makeup base. Apply dulu Argania Oil ni, lepas tu baru letak foundation.. kulit muka akan nampak glowing. Sangat mudah untuk blend kan foundation dan cepat serap ke kulit muka..


Okay, bila cakap pasal bibir kering, yes! bibir busyra bila duduk dalam bilik aircond lama-lama akan kering.. So then try la apply Argania ni.. terus jadi lembap!

Macam mana Argania merawat bibir?

1. Melembapkan bibir
2. Mengelakkan bibir hitam
3. Mengelakkan dan merawat bibir menggelupas dan berdarah
4. Sapu argania sebelum memakai lipstick untuk menggelakkan bahan kimia lipstick masuk ke bibir.
5. Bibir nampak lebih cantik dan memikat!


Rating untuk Argania Oil ni 4.5/5.. terbaik! dah lama busyra cari serum yang bagus untuk kulit. Finally dapat pun! Rasanya ini yang last kot.. tak mau tukar-tukar dah.. haha. 

p/s: Nantikan review busyra pasal mosturizer pulak ye. Coming soon!

Read More