3 CARA MEMBUAT MASK ALOE VERA UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Sunday, January 21, 2018

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

3 CARA MEMBUAT MASK ALOE VERA UNTUK SEMUA JENIS KULIT | Aloe Vera atau dikenali dengan nama lidah buaya memang sangat bagus untuk kulit muka. Tak perlu lagi untuk beli mask kalau rawatan tradisional lebih praktikal.. Busyra dulu zaman sekolah suka betul pakai aloe vera, cuma sekarang ni bila dah besar jadi malas. hehe. Padahal pokok alor vera memang banyak dekat rumah.. Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang 3 cara membuat mask aloe vera untuk semua jenis kulit.

Aloe vera memang ada sifat semujadi yang boleh menyembuhkan luka, parut, jerawat yang teruk dan boleh melembapkan kulit yang kering kalau korang rajin dan amalkan selalu. yang belum pernah cuba pakai aloe vera tu, boleh cepat-cepat cari dan try apply di muka. Untuk first try memang rasa macam pelik sikit. rasa lendir-lendir.. tapi bila dah lama akan terbiasa. 

1. Mask Aloe Vera untuk Kulit Berminyak

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/k serbuk kayu manis, 1 s/k madu

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campurkan semua bahan dan sapu pada wajah dan leher. Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kering, kemudian bilas. Ulang 2-3 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Nota: Aloe vera berfungsi untuk menegangkan kulit dan menyembuhkan parut, manakala kayu manis dan madu adalah untuk melawan bakteria, menghapuskan jerawat dan mencegahnya.

2. Mask Aloe Vera untuk Kulit Kering

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/b krim segar, 1/2 s/k minyak vitamin E

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campur semua bahan dan urut masker pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas. Guna 2-3 kali seminggu untuk kulit yang super lembut.

Nota: Memang sangat sesuai guna mask cara yang kedua ni kalau kulit korang terlalu kering, terutamanya masa musim sejuk. Gabungan aloe vera, krim segar, dan minyak vitamin E memastikan kulit korang sentiasa bersih dan sihat.

3. Mask Alor Vera untuk Kulit Sensitif

Bahan-bahan: 1 s/b Aloe Vera, 1 s/b yogurt, 1 s/k jus timun

maskaloevera, lidahbuaya, beauty, masklidahbuaya, tips,
Mask Aloe Vera

Cara-cara: Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah dan leher.. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas. Guna 2-3 kali seminggu untuk menghindarkan kulit menjadi kering!

Nota: Bagi korang yang ada masalah kulit sensitif, mask aloe vera ini boleh meringankan kulit muka dan rasa tegang.. Yogurt adalah untuk menegangkan kulit sama seperti aloe vera, manakala jus timun membersihkan dan menyegarkan kulit.


Esok masing-masing boleh try! khasiat aloe vera sangat hebat dan ia salah satu tumbuhan ubat tertua di dunia.. ini kajian di google.. hehe. tak percaya sila google! :p

3 comments