TEMPAHAN BANNER / BANTING RM2 SEKAKI

Wednesday, February 28, 2018

banner, banting, tempahan banting, printing murah, design printing,

TEMPAHAN BANNER / BANTING RM2 SEKAKI | Hai semua. Busyra sentiasa open order untuk tempahan banner atau banting. tak kisah nak saiz besar mana pun. Yang stay kedah kita cod, yang jauh kita pos. semudah a.b.c ja.. hehe. Normal saiz yang customer selalu order adalah 2 x 5 kaki.. boleh tengok di > Tempahan Banting Projek Jual Roti ..Banting serendah RM2 sekaki, FREE DESIGN.

banner, banting, tempahan banting, printing murah, design printing,

Design yang dibuat mengikut kriteria yang diminta oleh customer. Untuk yang ada kedai tepi jalan, meniaga di pasar malam atau di kiosk sangatlah disarankan untuk buat 1 atau 2 banting untuk bisnes korang. 

Baru-baru ni ada yang whatsapp bertanya busyra, kedai di mana? haha. busyra tak ada kedai, busyra buat dirumah saja. Jangan risau design akan dibuat dengan jayanya. InshaAllah. Apa-apa nak order boleh wasap busyra di 014-6729316.

Read More

JANGAN MASUKKAN TERLALU BANYAK KEYWORD DALAM TAJUK ENTRI

Tuesday, February 27, 2018


JANGAN MASUKKAN TERLALU BANYAK KEYWORD DALAM TAJUK ENTRI | Hai semua. Busyra tak terlalu tahu mengenai Seo blog tapi busyra selalu baca tentang keyword. Jadi dalam entri kali ni, busyra nak share dengan korang mengenai salah satu Teknik SEO On Page. Bagi newbie dalam dunia blog, korang kena ambil tahu sedikit sebanyak mengenai seo. busyra sendiri pun sebenarnya blur lagi pasal seo ni. hehe. So, Jom kita belajar tentang jangan sesekali menyumbat terlalu banyak keyword dalam tajuk entri. bahaya tau!

Sebenarnya banyak teknik-teknik dalam dunia blog. macam mana kita nak bagi entri kita berada dalam carta pertama page google. Dan inilah salah satu tekniknya. Tajuk entri kena betul dan sesuai. Niat busyra nak share dengan korang, hopefully korang boleh apply nanti ye. Kita belajar slow-slow. 


Jangan buat "keyword stuffing".. Inilah dia term nya. Terlalu banyak keyword dalam 1 ayat di tajuk blog. 

Contoh Tajuk: Satay Kajang Murah, Cepat dan Sedap di Selangor

Keyword: satay kajang, murah, cepat, sedap, selangor (5 keyword)


Okay.. itu saja dulu ye kita belajar hari ini anak-anak cikgu. hahaha. acah-acah jadi cikgu. Busyra pun dalam usaha untuk jauhkan dari buat keyword stuffing! Daripada membaca buku, busyra turunkan di blog untuk korang semua. Ada beberapa impak tak baik pada blog kalau kita selalu amalkan keyword stuffing ni. Ada masa nanti busyra share lagi ye. 

Read More

CARA BUAT NESCAFE SUPERB SEDAP!

Sunday, February 25, 2018


CARA BUAT NESCAFE SUPERB SEDAP! | Busyra bukan penggemar nescafe tapi tak dinafikan nescafe memang jadi kegilaan ramai untuk minum pagi ataupun malam. Jadi dalam entri kali ni, busyra nak share rahsia nescafe original yang dibuat sendiri dengan campuran susu. Jom tengok resepinya. Kredit resepi/gambar: facebook (Wan Luqman)

Cara-caranya:

1 sudu kecil serbuk nescafe. Tapi jangan penuh sangat ye


Masukkan 4-6 sudu kecil susu cair 


Kemudian masukkan 1 sudu kecil susu manis 


Campurkan semua dan kacau 


Rasanya just nice tak manis sangat. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya


Akhir sekali masukkan air panas dan kacau.. Siap! Selamat Mencuba kepada penagih Nescafe. hehe

Read More

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD INNER SNOWCAP

Saturday, February 24, 2018

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD INNER SNOWCAP | Minggu ni selesai juga design dan printing bisnes kad customer. Alhamdulillah.. Customer request nak design colorful dan nak letak muka sendiri untuk buatkan pembeli inner snowcap lebih percaya dengan seller. Dengan sekali perubahan design, busyra proceed untuk print. Bagi yang nak order inner snowcap boleh terus direct order dengan Nurul Fatimah ye.

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

Customer order 300 pcs (Depan & Belakang).. Di bahagian depan, simple saja letak nama dan no phone. Untuk bahagian belakang pulak letak kelebihan snowcap. Jenis kad adalah Gloss Art Card 260 gsm (Matte Lamination).
DEPAN

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

BELAKANG

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

Untuk menempah bisnes kad boleh direct klik link di bawah ye.


Read More

MAKAN ALA-ALA KOREA DI MR DAKGALBI

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

MAKAN ALA-ALA KOREA DI MR DAKGALBI | First time busyra try makan di sini. Makanan korea ni busyra kurang sikit. Cuma ada sesetengah saja yang boleh telan dek tekak ni. Contohnya ramen tu of course i suka. tapi kimchi. tak boleh go. Apa rasa dengan makanan ala-ala korea di Mr Dakgalbi? itu lah sebabnya entri pendek ni ditercipta. hehe. Nak share dengan korang best ke idok makanan di sini.

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

Busyra makan ni di outlet Aman Central, Alor Setar. Baru saja buka hujung tahun lepas. Baru sangat lah kan. Siapa yang pernah makan di Mr Dakgalbi? Boleh la share dengan busyra menu apa yang korang makan di ruang komen ye. Ok ke tidak. berapa boleh bagi kalau per 10. hehe

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

Ada tak yang tertanya-tanya apa maksud Dakgalbi? Masa busyra first time masuk sini, dalam hati tu eh apa benda nama restoran ni. haha. Bila di risik-risik rupanya "Dakgalbi" ni bermaksud Daging Ayam.. Memang kena la dengan tekak ni sebab busyra memang suka makan ayam berbanding daging. Ayam tu diperap dengan perapan cili.. busyra rasa mesti pes cili korean! sebab rasanya memang bukan pes biasa, rasa sedap dan lain dari yang lain. 

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

Ayam dimasak dengan maggi ramen dan cheese. dalam menu ni ada juga nasi ala-ala korea disediakan. boleh juga mix bersama. Kiranya ada 2 dish la, satu maggi dan satu lagi nasi. Gambar untuk nasi tak sempat nak ambil sebab terlalu lapar sangat. haha. Selain dari tu ada kimchi, kubis dan mayonis.. yang busyra order ni menu untuk 2 orang makan dengan harga RM69. Tapi boleh saja makan 3 orang. 

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

REVIEW | Busyra bg 7.5/10.. Sedap jugak, tapi tak boleh nak makan selalu sebab agak muak. yelakan sebab cheese. perencah dia tu yang best! So, bagi sesiapa yang belum pernah try tu boleh lah try. cara masak lebih kurang ramen tapi tak pedas lah macam ramen samyang tu.. perencah dia ditukar dengan rasa lain. Secret recipe Mr Dakgalbi punya lah kan. 

korean food, mr dakgalbi, ramen, kimchi, cheese, fried rice,

Tingkat 4, Sebelah Boat Noodle (Aman Central, Alor Setar)

Read More

SET HADIAH ENCHANTEUR DENGAN WANGIAN PENUH KEINDAHAN

Tuesday, February 20, 2018


SET HADIAH ENCHANTEUR DENGAN WANGIAN PENUH KEINDAHAN | Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.


Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 

review, enchanteur, set hadiah enchanteur,

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

review, enchanteur, set hadiah enchanteur,

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

review, enchanteur, set hadiah enchanteur,

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)


Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  


ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Read More

RESEPI IKAN BILIS DAN PETAI GORENG PEDAS

Saturday, February 17, 2018

ikan bilis petai, goreng pedas, resepi ikan bilis petai goreng, resepi ringkas, ikan bilis cili padi,

RESEPI IKAN BILIS DAN PETAI GORENG PEDAS | Hai semua, busyra nak share 1 resepi yang sedap sangat.. resepi ni kredit pada Marina Ismail #mahn ..Favorite la ni, kalau makan dengan nasi panas-panas pulak.. aduhhh boleh tambah 3 kali tau! haha. Jom tengok resepinya.

ikan bilis petai, goreng pedas, resepi ikan bilis petai goreng, resepi ringkas, ikan bilis cili padi,

Bahan bahan:

1. 1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
2. Bawang Putih (Hiris)
3. Bawang Holand (Hiris)
4. Petai (Belah dua)
5. Cili Api (Hiris)
6. Garam & Gula

ikan bilis petai, goreng pedas, resepi ikan bilis petai goreng, resepi ringkas, ikan bilis cili padi,

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api. Selepas masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing.. Kacau sekata.

Siappppp! Jom buat sekarang.. :p

Read More

CARA BUAT FACEBOOK ADS HANYA DENGAN RM20 UNTUK SATU POST

facebook ads, boost post, iklan fb, cara buat facebook ads, tutorial, info,

CARA BUAT FACEBOOK ADS HANYA DENGAN RM20 UNTUK SATU POST | Entri ni adalah untuk newbie dalam berbisnes dan teringin nak buat facebook ads tapi bajet tak cukup. Korang patut try cara ni untuk permulaan ye. Busyra share ni adalah untuk membantu korang yang masih blur nak buat iklan di facebook. Cara ni busyra amalkan setiap kali busyra rasa nak buat iklan. Alhamdulillah ada yang wasap untuk order! So jom teruskan membaca cara buat facebook ads hanya RM20!

1. Buka Page > Pilih post yang korang nak boost > then klik "Boost Post"


2. Kemudian akan muncul satu pop-up window > pada objective klik "Change"


3. Ubah mengikut keinginan korang, kalau busyra suka pilih yang kedua. Klik & Save! 

facebook ads, boost post, iklan fb, cara buat facebook ads, tutorial, info,

4. Seterusnya, klik "Edit" pada audience pula.


5. Pilih di bahagian Gender, Age dan Location mengikut kesesuaian korang. Then klik "Save"!


6. Sekarang kita ke bahagian "Budget & Duration". Ini yang paling penting.

7. Pilih "Total budget" dan "Duration".. Lihat pada gambar. Untuk bahagian Duration tu busyra selalu buat RM20 untuk 2 hari. Maksudnya Sehari Iklan yang busyra buat akan habis hanya RM10 saja. Korang kena pilih tarikh iklan ni akan berjalan sampai bila..


8. Orang ramai boleh lihat iklan korang ni dari view desktop ataupun mobile. Dua-dua boleh dilihat. Kalau dah rasa semuanya okay, korang boleh tekan "Boost".. Then Settle! Tunggu hasilnya. berjalan lah iklan korang dalam masa 2 hari.

facebook ads, boost post, iklan fb, cara buat facebook ads, tutorial, info,

Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat! :)

Read More

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD SOBELLA BEAUTY

Tuesday, February 13, 2018

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

TEMPAHAN 300 PCS BISNES KAD SOBELLA BEAUTY | Hai semua.. Minggu lepas alhamdulillah busyra dah siapkan tempahan bisnes kad dari stokis SoBella Beauty.. Customer order 300pcs kad. Dengan beberapa kali perubahan, customer proceed untuk print. Customer request nak bisnes kad yang ada corak jalur-jalur pink dan peach. Nak letak gambar bibir di atas logo SoBella. 

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

Siapa yang belum tahu SoBella Beauty ni jual produk apa? SoBella menjual lipmatte yang cun melecun. hehe. Macam-macam jenis warna yang SoBella keluarkan. Busyra tengok semua cantik-cantik.. Ada tak readers busyra disini yang penah try lipmatte SoBella?

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,

Untuk yang berminat membuat tempahan boleh pm busyra ye.. Busyra bagi FREE DESIGN untuk semua customer <3

bisnes kad murah, bisnes kad alor setar,  bisnes kad paling murah, printing murah,



Read More

3 SEBAB KITA PERLU HADIAHKAN PERFUME KEPADA ORANG TERSAYANG

Sunday, February 11, 2018

wangian antarabangsa, ricco perfume, perfume mahal, hadiah perfume,

3 SEBAB KITA PERLU HADIAHKAN PERFUME KEPADA ORANG TERSAYANG | Busyra tak tau la kalau ada yang tak sukakan perfume kan.. hehe. kalau busyra bila keluar saja dari rumah confirm kena spray perfume. tak sah rasanya kalau keluar tanpa perfume! macam-macam sebab kenapa kita wajib pakai perfume dulu sebelum keluar rumah. tapi dalam entri kali ni busyra nak share 3 sebab utama saja. kenapa kita perlu hadiahkan perfume kepada yang tersayang.. jom teruskan membaca!

1. Kita dan wangian memang tak dapat dipisahkan

Baik perempuan ataupun lelaki memang akan jadikan perfume sebagai perkara utama dalam aktiviti seharian. Rasa tak lengkap kan kalau tak pakai perfume. Perfume memang di buat untuk hilangkan bau badan kita selain deodorant. Kalau pilih perfume yang best lagi lah bertambah harum satu badan. Korang macam mana? boleh ke keluar tanpa perfume? hehe

wangian antarabangsa, ricco perfume, perfume mahal, hadiah perfume,

Ricco Perfume Wangian Tahan 12 Jam >> BACA SINI

2. Perempuan sukakan pada Surprise

Kalau si boyfriend ataupun si suami yang pening nak pilih hadiah apa untuk dijadikan surprise. belilah perfume! Perfume adalah hadiah yang paling mudah dan disukai semua. Bila buka ja hadiah, mesti rasa hati ni berbunga-bunga sebab dapat perfume kan. Tambah-tambah kalau beli yang jenis set perfume tu. alahaiii, hati berbunga satu taman! haha

3. Perfume boleh menghilangkan stress

Bila balik kerja penat, jaga anak dirumah, dan macam-macam perkara lagi yang boleh buatkan seseorang stress, haaa dengan perfume lah boleh hilangkan sedikit tekanan di kepala tu.. Sebab haruman dapat menjadi aromaterapi untuk seseorang tau! rasa lebih sedikit tenang. Tunggu apa lagi, bila stress ja sila spray perfume! hahaha. tak ada la macam tu jadinya. habis juga perfume sebotol.


Korang pakai perfume jenis/jenama apa? meh la share di ruang komen. :)

Read More

FREE PRINTABLE FLORAL CALENDAR 2018

Wednesday, February 07, 2018

freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

FREE PRINTABLE FLORAL CALENDAR 2018 | Hai semua.. siapa dekat sini ada buku planner insert? Ala yang ala-ala ring tu, boleh buka masukkan kertas sendiri.. Kalau ada kita geng! busyra suka saiz A6.. Korang? Planner ni macam-macam saiz, dari A4, A5, A6, A7 dan TL (bentuk memanjang kebawah).. So, rasanya belum terlambat untuk busyra share dengan korang printable floral calendar 2018. baru bulan 2 kan. hehe.. Yang belum masukkan kalendar dalam planner korang, boleh cepat-cepat print dan tampal!

freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

Ini adalah contoh kalendar 2018 yang busyra tampal dalam planner bersaiz A6.. kalendar bentuk macam ni boleh muatkan 1 gambar saja bagi 1 page.. tapi kalau korang guna planner saiz A5 maybe muat untuk letak kedua-dua gambar ni.. Kena ukur dulu saiz before print dan tampal.

freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

Di bawah ni adalah beberapa design kalendar 2018 yang busyra collect. 

DESIGN 1
freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

DESIGN 2
freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

DESIGN 3

 DESIGN 4

DESIGN 5

DESIGN 6

DESIGN 7
freeprintable, kalendar2018, freeprintablecalendar2018,

Kalau korang berkenan, just komen di bawah design mana beserta email. nanti busyra akan email soft copy. sebab kalau korang ambil gambar yang busyra bagi ni, tak berapa jelas tulisannya. Nanti busyra share lagi printable yang lain ye. :)

Read More