RESEPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, March 06, 2018

RESEPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

resepi, kacang botol goreng belacan, resepi mudah,

RESEPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN | Kalau di kedah orang panggil kacang sirih.. sedap wei kalau buat goreng macam ni. Ini adalah salah satu ulam favorite busyra. Buat goreng pun okay, cicah dengan air asam pun sedap! Siang tadi tengok di facebook ada yang kongsi resepi akak Marina Ismail. (busyra kredit gambar dan resepi ye). Jom tengok resepi mudah kacang botol goreng belacan.

Bahan bahan:

1. Kacang botol (dihiris)
2. Minyak masak 
3. Garam & gula cukup rasa
4. 1 sudu sos tiram

resepi, kacang botol goreng belacan, resepi mudah,

Bahan kisar:

1. 1 @ 2 cili merah - kalau nak pedas, boleh tambah cili api
2. 3 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Segenggam udang kering (nak guna ikan bilis pun boleh)
5. Sedikit belacan

Cara cara:

1. Tumbuk atau kisar semua bahan-bahan kisar. Tak payah halus sangat.

2. Panas minyak, lepas tu tumis bahan kisar tadi sampai naik bau dan garing sikit.

3. Masukkan sos tiram, gula, garam dan kacang botol. Kacau rata dan goreng sekejap saja supaya kacang maintain rangup.

4. Padam api dan ready untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

9 comments:

  1. Huhu... Lama tak makan kacang ni. Tempat Fiza panggil kacang ni kacang seret...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa Busyra. Nanti nak try jugaklah buat :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa. Nanti nak try masak.

    ReplyDelete
  4. Terliur tgk menu ni. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  5. Menu yang mengiurkan laa. Selalu kacang botol ni CCL rebus kejap buat ulam dan kerabu .. nanti ccl boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  6. BV takberapa sangat makan kacang botol nie, tapi kalau goreng belacan mesti sedap :D

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved