RESEPI UDANG MASAK BUTTERMILK SPICY PALING MUDAH - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, March 13, 2018

RESEPI UDANG MASAK BUTTERMILK SPICY PALING MUDAH

butter milk prawn, udang masak butter milk, spicy, daun kari, cilipadi, udang, resepi mudah,

RESEPI UDANG MASAK BUTTERMILK SPICY PALING MUDAH | Hai semua.. Dalam entri kali ni busyra nak share 1 resepi yang paling mudah untuk makan tengahari bersama nasi.. Kita buat ala-ala spicy sikit, so nanti tak ada la muak sangat kan. Nak buat berkuah pun boleh, tak nak kuah pun sedap. Jom tengok resepi udang masak buttermilk spicy!

Bahan-bahan:

1. 3 ulas bawang putih
2. 3 biji cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
3. Setengah tin susu cair (busyra guna Diary Champ)
4. Sedikit daun kari
5. Udang
6. Sedikit tepung gandum (untuk salut udang)
7. 2 sudu butter

butter milk prawn, udang masak butter milk, spicy, daun kari, cilipadi, udang, resepi mudah,

Cara-caranya:

1. Goreng udang yang dah disalut dengan tepung (tak perlu goreng lama sebab udang cepat masak)
2. Untuk kuah pula, masukkan butter (biarkan cair sedikit dan terus masukkan daun kari, bawang putih, cili padi) - Goreng sampai naik bau
3. Kemudian masukkan susu cair (kacau sehingga kuah pekat tapi kalau korang nak cair, kacau sekejap saja)
4. Kalau rasa tak masin ke apa, boleh tambah secubit garam
5. Tutup api dan masukkan udang yang digoreng tadi.
6. Siappp! Boleh makan dengan nasi panas

Selamat Mencuba!

9 comments:

  1. Senang jer rupanya..okey nanti nak cuba

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak PC nak buat....tq Busyra share resepi😊

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa .thanks share resepi

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa. terliur tengok gambar. resipi pun mudah. kena cuba lepas nie :D

    ReplyDelete
  5. Ya Allah sedapnyaaa!! Dari haritu teringin chicken butter. Tapi prawn butter pun sedap jugak! Terliur betul!

    ReplyDelete
  6. Aduhhh lagi sekali dihantui gambar udang yang dimasak oleh Busyra. menu ni fav akak :D

    ReplyDelete
  7. wow. ni lagi mudah. tak perlu letak cheese pun. nanti mak try ;) tq share resepi

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved