CARA BUAT EFEK STROKE PADA TULISAN DI PHOTOSHOP - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, April 06, 2018

CARA BUAT EFEK STROKE PADA TULISAN DI PHOTOSHOP

efek stroke, stroke tulisan, photoshop, photoshop cs6, tutorial, tutorial efek stroke pada tulisan,

CARA BUAT EFEK STROKE PADA TULISAN DI PHOTOSHOP | Lama rasanya busyra tak buat tutorial photoshop pada korang. So hari ni terlebih rajin sikit nak ajar pada newbie untuk buat efek stroke pada tulisan dengan mudah tapi nampak cantik! Sesiapa yang suka dengan photoshop boleh lah try buat dan belajar. 

Last busyra buat tutorial di SINI ..yang tahun lepas punya. tahun ni satu habuk tutorial pun tak da.. haha. pemalas betul. yela mana tak nya, nak buat tutorial ni kena pastikan instructions yang nak disampaikan tu betul. Okay! jom follow tuto ni.

1. Buka file kosong berwarna. Macam busyra buat ni warna baby blue. (Caranya > Tekan File > New > buat saiz file 900 x 700 pixel, resolution buat 72 pun dah okay > klik ok). Then tekan simbol "T" untuk tulis.

efek stroke, stroke tulisan, photoshop, photoshop cs6, tutorial, tutorial efek stroke pada tulisan,

2. Double klik pada layer tulisan lifestyle blogger (contoh dalam petak merah) > akan keluar box "Layer Style"


3. Double klik pada tulisan "Stroke".. Then double klik lagi pada kotak warna. Pilih warna putih. Dah siap tekan ok.


4. Tukar ketebalan stroke kepada "6 px".

efek stroke, stroke tulisan, photoshop, photoshop cs6, tutorial, tutorial efek stroke pada tulisan,

5. Double klik pula pada "Drop Shadow".. Step seterusnya boleh rujuk pada gambar dibawah. Blend Mode, Distance dan semua tu ye. Then klik ok.


6. Siap!! Tulisan akan nampak timbul kan?

efek stroke, stroke tulisan, photoshop, photoshop cs6, tutorial, tutorial efek stroke pada tulisan,

7. Untuk mencantikkan lagi gambar. Boleh drag tulisan ni masuk dalam background yang lebih cantik. Macam biasa tekan > File > Open > pilih gambar mana yang korang suka. (Background cantik-cantik boleh google saja)


8. Okay sekarang ni, jom kita adjust sikit shadow pada tulisan.. Double klik pada layer tulisan lifestyle blogger > double klik pada Drop Shadow > langkahnya sama seperti arahan no. 5.. Bezanya cuma tukarkan "Spread dan Size" saja. Follow gambar dibawah ye. Then tekan ok.


9. Bila dah siap, korang boleh terus save > klik pada File > Save As > dan akan keluar box seperti gambar dibawah > letak nama file (pastikan ia dalam format jpeg) > klik ok.


10. Taraaaa! maka terhasil lah seperti gambar dibawah. Nampak kan perbezaan bila dah tukar background.

efek stroke, stroke tulisan, photoshop, photoshop cs6, tutorial, tutorial efek stroke pada tulisan,

Selamat Mencuba gaisss!

7 comments:

  1. Rajin Busyra..akak kalau nak buat macam ni payah skit sebab akak jenis tak sabar..hehehehe.....belajar tak habis photoshop ni...

    ReplyDelete
  2. Tq busyra nanti miza nak try buat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Busyra.....banyak kena belajar ni kak PC :)

    ReplyDelete
  4. Akk xde photoshop xleh nak applykan
    btw, step yg busyra ajr memang senang fhm ;)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..lama tk godek2 photoshop

    ReplyDelete
  6. Photoshop yang paling kak ana tak tahu. Kena berguru dengan busyra nampaknya ni.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved