RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA GUNA 5 BAHAN - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, April 03, 2018

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA GUNA 5 BAHAN

pizza roti gardenia, pizza mudah, roti gardenia, sosej, cheese mozarella,

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA GUNA 5 BAHAN  | Malam-malam bila tengah lapar, boleh la godek peti sejuk apa yang ada kan. Maka terjadilah pizza roti gardenia yang super mudah ni. Budak darjah satu pun boleh buat asalkan dapat keizinan mak ayah guna oven. hehe. Bahannya pun mudah dan tak susah nak cari 5 bahan saja. Yelakan asyik roti gardenia je buat sandwish.. boring lah! sesekali jom cuba buat pizza pula. 

Bahan-bahan seperti dibawah: *tambahan sos cili 

pizza roti gardenia, pizza mudah, roti gardenia, sosej, cheese mozarella,

1. Susun roti gardenia atas dulang. sapukan sos spageti dan sos cili, tabur cheese, dan letak hirisan sosej. (sosej tu nak rebus dulu pun boleh) tapi busyra tak rebus pun.. basuh dan potong je.

pizza roti gardenia, pizza mudah, roti gardenia, sosej, cheese mozarella,

2. Bila dah siap susun (kalau nak letak lada benggala pun boleh).. Busyra tak letak pula sebab tak ada dekat rumah. hehe. Simple-simple je kita buat. Then terus masuk dalam oven.. Bakar lebih kurang 15–20 minit pada suhu 180 atau mengikut kesesuaian oven.. bakar bagi cheese tu cair dan bertukar warna sikit. Masa ni satu rumah bau wangi. haha

pizza roti gardenia, pizza mudah, roti gardenia, sosej, cheese mozarella,

3. Keluarkan dari oven masih panas-panas lagi tu, boleh la tuang sos cili lagi sekali di atas pizza.. ini untuk yang makan pedas tau. yang tak suka tak perlu nak letak lagi. 

pizza roti gardenia, pizza mudah, roti gardenia, sosej, cheese mozarella,

Busyra suka bakar roti sampai keras-keras sikit.. ikut jenis orang la kan. ada yang tak suka sangat. 

Selamat Mencuba! 

12 comments:

  1. wow... menariknya. senang cepat... thanks for sharing. nak cuna sgt ni... hehe

    ReplyDelete
  2. Bolehla buat time malam2 lapar. Simple je resepinya.

    ReplyDelete
  3. wow menarik ni, tengok gambar tetiba lapar pula..hihi

    ReplyDelete
  4. Thank you bagi resipi :D hehe
    .
    Hana follow sini ya.. >_<

    ReplyDelete
  5. amboi nampak sedap teruk gayanya. terima kasih kongsi resepi.

    | blog helloaiman |

    ReplyDelete
  6. Pernah buat ni, sedapppp (puji diri jap), letak daging cincang @ daging burger yg dicincang pun sedap. hihi.

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak..wah tq for sharing kak

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaa Busyra. Nanti boleh lah try jugak :)

    ReplyDelete
  9. Rosak diet kalau macam ni..tapi yang rosakkan diet tu la yang sedap kan?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya... mudah pula resipi dia haaa.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved