MAGGI PEDAS GILER AYAM BAKAR VIRAL | BETUL KE PEDAS? - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, May 29, 2018

MAGGI PEDAS GILER AYAM BAKAR VIRAL | BETUL KE PEDAS?

maggi pedas giler, pedas, maggi pedas giler ayam bakar, perisa ayam bakar, perisa tomyam, maggi viral,

MAGGI PEDAS GILER AYAM BAKAR VIRAL | BETUL KE PEDAS? | Since dah viral ni apa kata kita cuba kan.. Busyra memang hantu pedas. Tapi tak ada la hari-hari makan makanan yang pedas sangat-sangat. Just ala kadar saja. Takut juga selalu makan pedas sangat ni, nanti beri effect pada usus pula. huhu. But now! Jom try Maggi Pedas Giler Ayam Bakar! Betul ke Pedas? Nak tahu berapa level kepedasannya tu kena la try sendiri.

maggi pedas giler, pedas, maggi pedas giler ayam bakar, perisa ayam bakar, perisa tomyam, maggi viral,
Maggi Pedas Giler Viral

Maggi Pedas Giler ni ada 2 perisa kan. Ayam bakar dan Tomyam. Tapi ramai yang cakap ayam bakar lebih sedap dari tomyam. So, busyra choose ayam bakar la. Lagipun kalau maggi busyra tak gemar sangat perisa tomyam.

maggi pedas giler, pedas, maggi pedas giler ayam bakar, perisa ayam bakar, perisa tomyam, maggi viral,
Maggi Pedas Giler Viral

Sebenarnya busyra nak compare dengan samyang. Yela kan dua-dua jenis ni adalah versi pedas, why not kalau kita tengok mana lagi sedap. Maggi pedas giler ni mee dia lebih halus tapi kuantiti nya agak sikit. Untuk perisa pula, ada 3 pek dalam tu. Busyra terlupa pula nak snap pic. Ada minyak, serbuk pedas dan pes perencah. Masukkan je semua tu. 

Bagi busyra, kalau samyang pedas dia tu sampai ke ulu hati, ulu segala perut.. haha. tapi untuk maggi pedas giler hanya di bahagian mulut saja.

maggi pedas giler, pedas, maggi pedas giler ayam bakar, perisa ayam bakar, perisa tomyam, maggi viral,
Maggi Pedas Giler Viral

Level kepedasan 8/10.. Memang betul la pedas giler. Sesiapa yang tak makan pedas tu memang sah-sah tak boleh makan. Rasa bengang dekat telinga, kebas dekat lidah. Tapi SEDAP! Busyra berjaya habiskan 1 bekas cumanya lepas tu tak henti-henti minum air susu/ milo.. 

Harga ikut pada kedai/supermarket.. Tak sama tau harga. Busyra tengok dekat tesco kalau tak silap RM 3.30 macam tu. Tapi dekat petronas RM4.10.

maggi pedas giler, pedas, maggi pedas giler ayam bakar, perisa ayam bakar, perisa tomyam, maggi viral,
Maggi Pedas Giler Viral

Korang dah cuba ke belum? Perisa Ayam Bakar ke Tomyam?

10 comments:

  1. Belum cuba...ngeri..he he heee.Ni kalau kak PC yang makan risau satu hari berendam dalam tempayan.Kawan kak PC dah cuba..ke hospital dia.Sebab daya tahan perut tak sama.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Busyra..
    Sis masih belum cuba Maggi pedas gila ni. Ntah asyik bertangguh mgkn ngeri sebab takut pedas yang amat kot, hehehe

    Bila baca post Busyra ni tetiba teragak nak buka puasa petang nanti dengan Maggi Kari..

    ReplyDelete
  3. Kaella pun lebih suka kepada perisa ayam bakar ni, hehe

    ReplyDelete
  4. Pernah try sekali hari tu, boleh tahan jugaklah pedas dia. Heheh. Nani lagi suka yang tom yum punya daripada ayam bakar ni.

    ReplyDelete
  5. kwn lela kata x pedas, tpi lela jenis x tahan pedas melampau ni. mkn 5 mulut ja lepas tu cannot go. hihihi

    ReplyDelete
  6. bc review pn rmi ckp pedas...idok la akak nk try mkn sbb mmg tk mkn pedas

    ReplyDelete
  7. Teringin tapi tak sanggup. Kang sedap beberapa minit, perut meragam berhari-hari. Berhuhu je lah tgk org makan.

    ReplyDelete
  8. tak berani makan pedas-pedas sangat sebab tak tahan pedas.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. teringin nk makan maggi pedas giler ni.tapi tak tahan pedas

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved