MENUKAR BACKGROUND GAMBAR HARI RAYA DENGAN PHOTOSHOP

Friday, June 29, 2018

tukar background gambar, photoshop cs6, edit gambar, instagram photo, selamat hari raya 2018,

MENUKAR BACKGROUND GAMBAR HARI RAYA DENGAN PHOTOSHOP | Selamat Hari raya semua.. Baru berkesempatan busyra nak wish di blog, sempat lagi. Raya kan sebulan. Actually busyra tak banyak gambar raya yang betul-betul proper. Ada sekeping dua macam tu saja. Tangan ni rasa gatal nak mengedit. Maka terjadilah entri menukar background gambar hari raya! Simple menggunakan photoshop cs6. Tak berapa nak menjadi lagi ni. Masih dalam proses belajar.

Dibawah ni adalah 3 gambar background yang busyra ambil dari google.. Ala-ala hari raya supaya bersesuaian dengan tema.




Di bawah ni pula adalah gambar asal yang berlatarkan pokok bunga. Alam semulajadi. Busyra sekadar suka-suka mengedit. Sememangnya bermain dengan photoshop adalah hobi iouls. hehe. Okay! bye semua.

tukar background gambar, photoshop cs6, edit gambar, instagram photo, selamat hari raya 2018,

Read More

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP

Saturday, June 23, 2018

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP| Hai semua! Lama rasanya blog ni tak ber update. Untuk hari ni, busyra nak share resepi ketam masak lemak cili padi yang tersangat lah ringkas dan mudah. Sesiapa saja boleh masak, tak susah pun. So jom tengok bahan-bahan apa yang diperlukan.

Bahan-bahan:

1. 4 ekor ketam
2. Santan kotak (tak kisah brand apa asalkan sodap!)
3. 2 batang serai (diketuk)
4.  5 biji cili padi (ditumbuk kasar). Kalau nak lagi pedas boleh tambah
5. 2 tangkai cili kering
6. Sedikit serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi sedap. Tumbuk sekali dengan cili padi)
6. Sedikit garam / Maggi cukup rasa

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

Cara Memasak:

1. Masukkan serai, cili padi, santan dan serbuk kunyit.
2. Biar sekejap. Masukkan ketam dan sedikit air untuk nak lebih kuah. 
3. Masukkan cili kering dan perasakan dengan garam /maggi cukup rasa.. (busyra masuk keduanya sekali)
4. Tutup periuk sekejap untuk pastikan ketam masak. 
5. Siapp! sedia untuk dihidang.

**ada kelainan dalam masakan busyra ni sebab masukkan cili kering. busyra suka sebab bila gigit dengan nasi memang sedap!** korang juga boleh letak asam keping untuk menyedapkan lagi masakan. busyra tak letak sebab terlupa beli. huhu

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

Selamat Mencuba!

Read More

CARA MENGATASI GAMBAR THUMBNAIL YANG TIDAK MUNCUL DI BLOG

Saturday, June 02, 2018

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,

CARA MENGATASI GAMBAR THUMBNAIL YANG TIDAK MUNCUL DI BLOG | Hai semua. Baru-baru ni busyra ada fix kan blog akak busyra yang mengalami masalah gambar thumbnail tidak muncul di blog. Dalam coding ni kita kena try and error. Jadi busyra try google satu persatu tutorial di google. Finally, jumpa jugak solution nya! So, jom tengok cara-cara mengatasinya.. Mudah ke susah.

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,
Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Tidak Muncul

Pening juga fikirkan. Masalah slider dibahagian bawah header ni ada bermacam jenis. Ada yang gambar langsung tak keluar dan ada yang position gambar keluar tapi hanya tulis "No image available"..

CARA PERTAMA

1. Sila pastikan gambar yang di upload adalah dari file komputer korang sendiri. Ia bukan dari "from a URL". Rujuk pada gambar di bawah.

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,
Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Tidak Muncul

2. Pergi pada bahagian Setting > Other > Site Feed > Allow Blog Feed > Pilih "Full".. Rujuk pada gambar di bawah.

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,
Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Tidak Muncul

3. Selepas dah buat kedua arahan diatas, korang boleh try review blog. Kalau menjadi Alhamdulillah..

CARA KEDUA

1. Mengubah https kepada http di bahagian HTML sebelah "compose" di entri post. Rujuk pada gambar di bawah.

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,
Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Tidak Muncul

2. Buang huruf "S" pada setiap ayat https..... sehingga menjadi http saja. Kemudian klik save. review blog korang. Jadi ke tidak.

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,
Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Tidak Muncul

Selesai.. Harap dapat membantu korang yang ada masalah yang sama ye. Okay, kita beralih pada header blog Mrs Cikguhttps://ummuqaseh.blogspot.com .. Busyra buatkan untuk akak. Just simple seperti yang dia nak. Jemput korang follow blog akak busyra. Dia tak aktif sangat sekarang ni tapi still minat dalam berblogging. Busyra kenal dunia blog pun dari dia! Time ada masa dia akan update. 

tutorial blog, gambar thumbnail tidak muncul, cara mengatasi, header blog, blog, blogging, tutorial, thumbnail image,

Semoga Bermanfaat buat semua.

Sumber Tutorial: http://www.contohblog.com

Read More