RASAI KAMBING BAKAR DI RESTORAN CIK TRI SAHARA, SETIA ALAM

Friday, September 14, 2018

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

RASAI KAMBING BAKAR DI RESTORAN CIK TRI SAHARA, SETIA ALAM | Minggu lepas busyra dan kawan-kawan sempat singgah di Restoran Cik Tri Sahara, Setia Alam untuk merasai kambing bakar yang tengah femes sekarang ni disana.. Walaupun busyra tak makan daging kambing tapi busyra cuba juga untuk rasa untuk review di blog.. heee.

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Time busyra datang, ramai jugak yang makan disini.. Semestinya lah dorang tengah menjamu selera kambing bakar yang panas-panas tu. Kalau nak order kena pergi sendiri ke kaunter. Buat pesanan dan terus buat pembayaran. Lepas tu, korang boleh tunggu saja di meja masing-masing dengan penuh kesabaran ye. hehe.

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Tadaaa dah pun sampai. Kawan busyra order 2 bekas. Daging nya lembut dengan sos blackpepper hitam tu diperah pula dengan limauuu. perghhh! bagi penggemar kambing sila bayangkan. heee. bagi yang jenis busyra ni, "okayyyy sekarang ni mana ayam penyet aku".. haha

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Dihidangkan dengan nasi panas dan sup kosong. Pendapat kawan busyra, dia cakap lagi sedap yang dulu punya di Meru, Klang. Sekarang ni dah tutup di situ.. Entah lah busyra pun pelik apa yang lainnya bagi dorang. haha. Tapi apapun rasa sedap tu masih ada.

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Setelah menunggu, finally my ayam penyet dah bergolek sampai. Ayam penyet ni busyra puji sangat! sebab sedap. Makan dengan kangkung dan sambal dia tu.. fuhh. menyengat, pedas! Tapi pedas-pedas pun habis licin 1 pinggan.

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Untuk air pula, katanya nak jimat jadi kami pun order la air yang panjang lebar ni. Akhirnya, tak habis pun. haha.. Rugi pula rasa order macam tu. Ais kiub dia tak sejukkan pun air. For me, better order yang gelas biasa saja. Overall harga untuk semua makanan tu adalah RM50 lebih.. Nak bagi tau harga satu-satu busyra terlupa pula, resit pun entah hilang kemana. Apa yang penting gais, harga berpatutan dengan menu. Terbaik!

kambing sahara, restoran cik tri sahara, setia alam, kambing bakar, ayam penyet,

Info Lanjut

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 a.m - 11.00 p.m)
Alamat: Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

8 comments

  1. serious best. this is one of my fav place.

    ReplyDelete
  2. besar betul air tu. Tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
  3. aduh tengok gambar terus terliur teruk :(

    ReplyDelete
  4. dapnye kambing bakar tu..dh bc juga beberapa blogger p mkn sini...bila la nk smp..umh kt setia alam xsiap lg ..kalo tk, sure dkt sgt hehe

    ReplyDelete
  5. Tengok gamabar pun jejer ailioq ceq. Memang cun kan makan dengan nasi kosong panas + sup uihhh dah ON sangat tu

    ReplyDelete
  6. Kak ana pula pantang nampak kambing. Hehe. Ayam penyet pun fav kak ana. Kalai dtg kl lg boleh lah singgah selayang. Kak ana bawa makan ayam penyet kat sini pula. Hehe

    ReplyDelete