KULIT LEMBUT SELEPAS CUBA ZEPHYRINE SELAMA SEBULAN

Tuesday, October 30, 2018

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

KULIT LEMBUT SELEPAS CUBA ZEPHYRINE SELAMA SEBULAN | Hai korang! Seperti yang busyra janjikan dalam entri lepas berkaitan dengan Zephyrine, busyra akan mencuba selama sebulan this product untuk beri feedback pada korang. Memang ternyata kulit lembut selepas cuba Zephyrine selama sebulan.. Macam tak percaya tapi inilah hakikatnya. hehe.

Ayat first bila busyra dengar pasal Zephyrine "Produk apa ni? Aku tak pernah dengar pun sebelum ni".. Tapi you guys tau tak yang sebenarnya ia tersangatlah best after busyra try selama sebulan.. nak cakap best macam mana tu korang kena try sendiri but for now busyra akan luahkan dengan penulisan. Haha.. Untuk korang yang belum baca entry lepas boleh ke Produk Zephyrine Memberikan Kesan yang Wow! Seperti yang korang tahu, produk yang busyra dah cuba ni mempunyai 3 jenis iaitu Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream dan  Rose Essence Treatment Lotion.

Setiap produk ada kelebihannya tersendiri dan saling membantu antara 1 sama lain.. Maksud busyra kena amalkan pakai ketiga-tiganya serentak untuk mengembalikan kesegaran dan kelembutan kulit. For those yang ada masalah kulit sensitif sangatlah disarankan untuk mencuba Zephyrine! Produk ini bebas daripada paraben. So, don't worry okay.

FEEDBACK SELEPAS SEBULAN PENGGUNAAN
**busyra tak pakai sebarang makeup**

1. Placenta Extract Repairing Mask

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Bila mask dah diletakkan di bahagian muka, rasa sejuk dia tuuu.. hehe. But seriously, memang sejuk sepanjang busyra lekatkan di muka selama 20-30 minit.. After dah buang dari muka, rasa dia like korang feeling-feeling duduk dekat korea. hahaha! Sejuk. **Amaran keras ni, korang jangan pulak pergi basuh muka after pakai mask tau** Busyra bagi tau ni sebab ada sesetengah yang cuci muka lepas pakai. Busyra pun pelik.. Jangan sama sekali. Korang just dab dab saja muka tu dengan cecair mask yang masih melekat di muka.. Lembut je rasa bila pegang muka..

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Harga Placenta Extract Repairing Mask ni memang agak mahal dengan 1 pax (3pcs) RM63.90 tapiiii ia sangat berbaloi, kesannya setanding dengan harga yang diberikan..

Rating: 4.5/5

2. White Truffle Repairing Cream

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Second product ni paling busyra suka! Why? Sebab dia buatkan minyak pada muka busyra lari jauh-jauh. hehe. tak mendekat lagi dah.. Busyra amalkan pakai krim ni pada waktu malam dan esok pagi time nak cuci muka tu rasa minyak yang ada dimuka semakin berkurangan. Dulu, sebelum busyra tak cuba White Truffke Repairing Cream ni, pagi-pagi tu jangan cakap lah. muka ni rasa melekit sebab ada kotoran minyak yang melekat pada kulit wajah.. So far sekarang memang yeayyy!

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Korang nampak dalam gambar macam krim kan? Tapi korang tau tak bila disapu pada muka, ia bertukar jadi cecair. Alaaa macam mana nak explain ehh.. hehe. Senang cakap "nampak serupa krim tapi tak melekit langsung!" memang sejuk.. 

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Produk dari Zephyrine ni memang semua sejuk-sejuk. Kalau korang nak tengok sesuatu produk tu melekit atau tidak, sapu je sikit ditangan dan basuh. masa tu pun kita dah tau produk tu macam mana kan.. 

Rating: 4.7/5

3. Rose Essence Treatment Lotion

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Tengok pun korang nampak cecair kan? Ia sama macam toner.. Dab dab saja pada muka korang.. Bauan dia tu busyra suka.. Wangi je. Kulit rasa lebih segar lepas apply Rose Essence Treatment Lotion ni. Busyra always bawa ke office, letak dalam beg. Bila time mengantuk, lesu terus ambil letak di muka.. Aura diaaaa.. Ada abstrak rose kan. Best! Malam before tidur pun busyra still amalkan. 

Zephyrine, produk penjagaan kulit wajah, Produk Zephyrine, Placenta Extract Repairing Mask, White Truffle Repairing Cream, Rose Essence Treatment Lotion, feedback,

Busyra pakai tak banyak dalam 3 titik macam tu sudah memadai. Korang kalau nak pakai kan, boleh je sapu di tangan atau pun di leher. This lotion bukan saja fokus pada kulit muka tau.. Ia serba boleh. 

Rating: 4.5/5

So conclusion nya busyra memang memang fall in love with this product! Korang semua patut cuba. Busyra nak korang pun jaga kulit muka dengan cara yang betul. Biar kulit muka kita nampak cantik, segar, bermaya walaupun tanpa makeup! 


Cari skincare yang betul-betul boleh bantu kembalikan aura seri muka korang.
Dan semestinya  #zephyrinemy dihati! 

Info Lanjut


Read More

FERNLEAF UHT 100% SUSU DI PERBUAT DARI NEW ZEALAND!

Sunday, October 14, 2018

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

FERNLEAF UHT 100% SUSU DI PERBUAT DARI NEW ZEALAND! | Hai korang! Siapa sini penggemar susu? For those yang tak pernah try susu dari Fernleaf, please make sure yang korang cuba minum. Seriously sedap! Amaran keras ni. Tak minum boleh kena denda. hehe.. dan untuk pengetahuan korang Fernleaf UHT 100% susu diperbuat dari New Zealand! .. Lembu-lembu disana memang dijaga dengan baik.. Nak tahu lebih lanjut pasal ni? Jom teruskan membaca sebab busyra nak share lagi dan lagi..

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

Siapa yang tak kenal Fernleaf kan? Jenama yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi. Jadi yang tak minum susu tu memang rugi. hehe. Rasa lemak-lemak dia tu.. aduhhh 100% Mmmmm..  Susu memang bagus untuk badan kita pada setiap hari. Susu Fernleaf ini ada tiga perisa pilihan iaitu Full Cream, Low Fat dan Coklat.. Semuanya sedap tapi busyra lebih suka Full Cream. hehe. sebab berkrim krim sangat tau. Susu ini bukan saja untuk kanak-kanak tapi ia juga sesuai untuk seisi keluarga. Dari muda sampailah ke tua.. 

4 Sebab Susu Fernleaf menjadi pilihan ramai

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

1. Diperkayakan dengan Protein, Kalsium, Vitamin A dan Vitamin D

Bagi yang belum tahu, Fernleaf menganggap lembu tenusu merupakan jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang menjaganya dengan penuh dedikasi.. Lembu-lembu tenusu diberikan kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur di ladang-ladang mereka. Sebab itulah susu yang dihasilkan kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain dari itu ia juga mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D..

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

2. Lembu Tenusu dan Rumput

Korang tau tak yang bukan semua lembu diberi makan rumput secara sihat tau. Tapi Fernleaf ni lain kerana New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari yang luas dan bagus. Oleh itu ia menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu yang wow!

New Zealand adalah satu negara yang dimana lembu tenusunya dapat meragut rumput secara bebas tanpa perlu berkurung dalam kandang. Patutlah lembu mereka sihat-sihat kan? Rumput yang diragut disana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat..

Wehhh 90% tau lembu disana menghabiskan masa meragut rumput.. yuhuuu makan sentiasa eh lembu-lembu disana.. Patutlah sihat belaka. Disebabkan itulah susu dari Fernleaf mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu yang lain.

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

3. Lembu Tenusu menghasilkan susu secara semulajadi

Apa yang busyra faham dengan "Lembu Tenusu menghasilkan susu secara semujadi" ini adalah lembu diberi makan dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih.. Sebab itulah susu yang dihasilkn oleh Fernleaf sangat sedap..

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

4. Pakar Tenusu yang berpengalaman

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu ini, peladang berdedikasi mereka amat bangga dalam kerja yang dibuat dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Okay korang! itulah 4 sebab kenapa korang perlu minum Fernleaf UHT ini.. haaa bagi yang ingin mendapatkannya, korang boleh dapatkan dipasaraya terdekat dengan harga RM5.70 bagi set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter. 

food review, fernleaf, susu dari new zealand, lembu tenusu, 100% Mmmmm,

Jom mulakan hari korang dengan FERNLEAF!!

Read More

CANTIK DALAMAN DAN LUARAN DENGAN PRODUK KITSUI

Sunday, October 07, 2018

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

CANTIK DALAMAN DAN LUARAN DENGAN PRODUK KITSUI | Wanita dan penjagaan kulit memang kawan baik kan. Tak boleh bermusuh. Hehe. Hari-hari nak pastikan nampak cantik dan berseri.. Tipu lah kalau cakap tak kisah pasal kecantikan. Betul tak? So u guys yang memang rasa kulit muka tu sebam dan tak bermaya apa kata korang cuba risik-risik Kitsui! Produk mereka ada bermacam-macam jenis tau. InshaAllah cantik dalaman dan luaran dengan produk Kitsui. Okay, for those yang belum tahu, korang wajib teruskan membaca sebab tak rugi..

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

KITSUI MALAYSIA

Kitsui merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) Sdn Bhd. Produk mereka adalah 100% menggunakan bahan semulajadi dan diproses dikilang yang bertaraf GMP serta mempunyai kelulusan KKM.. Jadi korang tak perlu risau lagi tau. Semuanya selamat..

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

Perkongsian Pengalaman

Busyra nak share sikit pengalaman mengamalkan produk dari Kitsui. Busyra seorang designer dan kekadang tu terpaksa tidur lewat untuk siapkan tempahan customer. Esok pagi pula kena bangun pergi kerja. Confirm lah eyebag ni menggunung. Haha. Tapi selepas busyra amalkan selama seminggu lingkaran bawah mata ni semakin berkurang sedikit. Tapi tak ada la hilang serta merta, semuanya kena tunggu dengan penuh sabar.. So far rasa teruja dengan KITSUI. Korang kalau nak nampakkan kesan yang baik, jangan skip untuk consume! Busyra pun sekarang ni tengah minum lagi, tak berhenti.

SC. MixBerries

SC. MixBerries dirumuskan daripada campuran buah beri. Hasil campuran beri ini dapat mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata, kulit kering dan dapat melindungi kulit dari sinar UV.

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

Ramuan

Botanical Beverage Mix, Strawberry, Blueberry, Rasberry, Grape, Cranberry, Plum, Pomegranate, Tomato dan Marine Collagen.

Kelebihan SC. MixBerries

1. Melindungi daripada sinaran UV
2. Mengatasi pembentukan garis-garis halus di wajah
3. Menghilangkan kerutan dan lingkaran gelap bawah mata
4. Menjadikan kulit lembap dan tidak kering lagi
5. Membantu pertumbuhan sel baru di wajah
6. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.
7. Mampu meneutralkan kulit yang nipis atau terbakar akibat terdedah pada cahaya matahari terlalu lama.

Generation 3 Colla

Generation 3 Colla dapat menyelesaikan masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi dan bintik-bintik hitam. Ia dihasilkan daripada ramuan semula jadi..

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

Ramuan

Astaxanthin, Ekstrak campuran beri, Acacia Gam/Gum arabic, Hydrolized Collagen, Perisa lemon.

Kelebihan Generation 3 Colla

1. Merangsang pembentukan kolagen kulit
2. Mengatasi "stretch mark"
3. Mengatasi masalah kulit berminyak dan masalah tona kulit yang tidak sekata
4. Menghilangkan kedutan halus
5. Dapat menghilangkan parut jerawat
6. Menambahkan tenaga (mudah bangun awal)
7. Mencantikkan rambut dan kuku.

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

Cara Pengambilan Kitsui

Campurkan 1 paket (15 grams) ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk hasil yang terbaik. Amalkan 1 paket sehari dan minum selepas sarapan pagi atau sebelum tidur..

Amaran!! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ia tidak disyorkan untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut.

Dibawah ini, busyra ada sediakan satu video untuk korang semua!


Untuk pengetahuan semua, Kitsui merupakan supplement makanan tambahan yang mendapat pengiktirafan dari Asia Pacific Super Health Brand.. Memang wow kan?

Generation 3 Colla, SC. MixBerries, Kitsui, review, beauty product, produk Kitsui, kesihatan, kecantikkan, kulit wajah, campuran minuman botani,

Kitsui adalah #1 Supplement Kecantikan Yang Paling Dipercayai 

Bagi korang yang berminat untuk dapatkan produk Kitsui ini boleh dapatkan di Watsons atau Guardian dengan harga RM38.80 sekotak.

Info Lanjut 

Hotline: +6 03-7666 1129
Instagram : @kitsuimalaysia

Read More

AMALKAN MINUM KITA BEAUTIES COL'LA SETIAP PAGI

Tuesday, October 02, 2018

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

AMALKAN MINUM KITA BEAUTIES COL'LA SETIAP PAGI | Zaman sekarang ni macam-macam jenis supplement ada, sampaikan kita tak tahu yang mana satu yang terbaik. For sure lah ramai yang tertanya-tanya produk apa yang busyra nak kenalkan ni. Campuran minuman botani yang buatkan busyra tertarik untuk mencuba.. Busyra pasti akan amalkan minum KITA Beauties Col'la setiap pagi supaya nak dapatkan kesan yang baik.. Apa kelebihan produk ini? Jom teruskan membaca guys!

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Kelebihan KITA Beauties Col'la

1. Kulit lebih cerah, lebih lembut dan nampak muda. Membantu mencegah kulit menjadi kering.
2. Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Kurangkan kedutan & garis halus.. Menguatkan kuku. 
3. Meningkatkan penghidratan.
4. Membantu menghalang kerutan dan garis halus daripada membentuk. Membantu memberikan kulit wajah lebih bersemangat setiap hari.

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Ramuan penting yang digunakan dalam KITA Beauties Col'la adalah:

Pomegranate (delima) - boost skin health
Collagen Peptide - best anti aging tools
Omega 3 Sunflower seeds- nutritious seed
Asthaxantin - to reduce wrinkles, and to improve skin moisture levels

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Pasti ada yang masih ragu untuk amalkan produk kesihatan dan kecantikan ini. Tapi apa yang busyra boleh sampaikan adalah produk ini mempunyai pengesahan cop Halal serta memenuhi piawai yang ditetapkan oleh (GMP).. InshaAllah semua selamat. Busyra sendiri pun dah cuba.. 

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Cara Pengambilan

Campurkan 1 paket (6 gram) ke dalam 100ml -150ml air suam, kacau/goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Diminum setiap hari selepas sarapan pagi.. 

Harga RM 28.80 dan ia mengandungi 10 sachet  dalam 1 kotak.

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Honest Review

Busyra suka sangat rasa minuman dari KITA Beauties Col'la ni sebab ia rasa buat delima.. Manis-manis buah macam tu. Memang kulit kita jadi lebih lembap even duduk dalam bilik ber-aircond. Busyra ada sediakan satu video untuk korang tengok minuman ni..


Untuk pengetahuan korang, KITA Beauties bukan sahaja mengeluarkan 1 perisa saja tapi terdapat 7 lagi perisa yang lain dengan kebaikan yang berbeza iaitu KITA Be'ries (Anti-Oxidants), KITA Pu'th (Brighten), KITA Blok'It (Fat-blocking), KITA Fib're (for Digestive), KITA Ku'ros (Lose Weight), KITA Mo'Hair (Hair vitamin), KITA Push Up (Natural Breast Enlargement)..  Korang boleh dapatkan produk ini di setiap outlet Guardian seluruh Malaysia! 

kita beauties col'la, campuran minuman botani, buah delima, kita beauties, product review, kecantikan, kesihatan,

Info Lanjut

KITA Beauties by Gemini Beauty Resources (M) Sdn Bhd
Instagram: @kita_beauties

Read More