PETAL VELVET SUNAWAY MELINDUNGI KULIT DARI SUNBURN!

Wednesday, November 28, 2018

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

PETAL VELVET SUNAWAY MELINDUNGI KULIT DARI SUNBURN! | Assalamualaikum semua rakyat jelata.. beta ada pengumuman pada semua. hehe.. Dalam entri kali ni busyra nak story berkenaan dengan Petal Velvet Sunaway yang dapat melindungi kulit dari sunburn.. Bila kulit dah terbakar akibat terlalu lama berjemur bawah sinaran matahari memang susah nak hilang. So apa kata kita elak sebelum terkena. Sebab itu lah busyra nak sharing pasal produk ni.. Jom teruskan baca!

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

Produk yang busyra ingin perkenalkan ini sudah tentunya dari Althea Korea. Salah satu jenama dari negara luar yang busyra percaya. Mereka baru saja launched Petal Velvet Sunaway ini pada Oktober yang lalu..

Untuk pengetahuan semua, Petal Velvet Sunaway dirumuskan dengan asid hyaluronik dan ekstrak Damask serta mempunyai tekstur yang sangat ringan.. Apa yang bestnya ia dapat buatkan kulit kita kekal segar sepanjang hari. Ia juga mengandungi SPF 50+ dan PA ++++ untuk menjadikan kulit kita sentiasa dilindungi dari sinaran matahari. Korang boleh tengok teksturnya (gambar bawah). Sangat mudah nak blend dengan kulit.

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

Cara Penggunaan:

Sapu nipis Petal Velvet Sunaway ini sebelum keluar dari rumah. Terutama sekali pada korang yang selalu berdepan dengan cahaya matahari.. Contohnya kalau korang kerja site visit (kerja-kerja luar), jangan lupa untuk apply!

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

Korang tak perlu risau untuk mencuba produk ini kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berminyak.. Bila pakai Petal Velvet Sunaway ni rasa kulit lembut dan minyak dimuka pun semakin berkurang.

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

INGREDIENTS:

1. Ekstrak Damask Rose - membantu melembut dan melembapkan kulit serta dapat mengurangkan iritasi kulit.
2. Hyaluronic Acid - memberi kelembapan pada kulit wajah.
3. Geranium Oil - sangat bagus, ia dapat mengurangkan jerawat serta mencerahkan kulit wajah.
4. Ekstrak biji Althea - kaya dengan anti oksidan dan dapat melindungi dan menghidrasi kulit.
5. Pholypenols - membantu melindungi kulit dari sinar UV yang bahaya.
6. Saponarin - merawat dan memulihkan kulit yang rosak serta menjadikan kulit lebih elastik.

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

Korang kalau nak jimat kan, boleh beli Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit.. Dalam box ini ada 3 barang yang korang akan dapat. Memang berbaloi untuk beli. RM53 saja.

Petal Velvet Powder diformulasikan dengan zarah mikro halus untuk membantu melindungi masalah liang roma dan garis halus. Busyra suka sebab bila apply bedak ni di muka, nampak natural sangat. Tekstur dia yang ringan tu buatkan makeup nampak tak heavy, light-light saja. 

petal velvet sunaway, melindungi kulit, sunburn, althea velvet powder, Althea set, althea product, althea korea,

1 pcs Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA+++
3 pcs Petal Velvet Powders in #o, #23 and #Pink Lavender
1 pcs Super Cute Althea hologram pouch

Harga

Althea Petal Velvet Set (Dapatkan >> DISINI)
RM 53.10

Althea Petal Velvet Sunaway (55ML)
RM 43.00

Althea Velvet Powder (3GM)
#0 Translucent - RM 16.00
#23 Warm Beige - RM 16.00

Althea Velvet Powder #Pink Lavender (3GM)
RM 17.00

Info lanjut boleh layari:


Read More

REVIEW | PRODUK BARANGAN BAYI DARI LOVINGLY SIGNED

Saturday, November 24, 2018

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

REVIEW | PRODUK BARANGAN BAYI DARI LOVINGLY SIGNED | Hai.. busyra ada good news ni untuk korang yang tercari-cari hadiah untuk si baby. Pasti ada saudara mara, kawan-kawan korang yang baru melahirkan anak kan? So disini, busyra nak share tentang produk barangan bayi dari Lovingly Signed. Sekali pandang terus jatuh cinta sebab warna dia tuuuu. pastel color dan soft je bila tengok. Sejuk! Boleh la cuci-cuci mata dulu dan pastinya si baby pun suka. 

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

Bagi yang belum tahu, Lovingly Signed adalah satu laman web yang bertapak di Singapura yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan banyak pilihan yang menarik untuk si baby comel. Tahu tak korang, mereka ada menawarkan servis abadikan nama baby pada semua jenis produk yang ada di website mereka. Best kan? Korang boleh create design mengikut citarasa sendiri. Serius menarik! First time busyra jumpa website yang buat servis untuk si comel macam ni.

Tahu tak, ada pelbagai jenis hadiah yang korang boleh dapatkan di sana. Sesuai untuk baby lelaki mahupun perempuan. Busyra yang tengok ni pun rambang mata tau. Sampai rasa semuanya cantik-cantik belaka. So jom guys kita tengok kategori hadiah yang boleh dibeli..

1. Gift Hampers

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

Sukanya tengok gift hampers ni.. Kotak dia tu sangat eksklusif. Super duper cute tau! Setiap box berlainan harga dan kuantiti hadiahnya juga pasti berbeza. Memang sesuai untuk new born sebab dorang boleh peluk-peluk bantal cute tu.. tengok pun dah tau lembut!

2. Clothing

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

Haaa, ini lah dia yang busyra maksudkan tadi. Boleh abadikan nama baby di baju mereka. Kain yang digunakan adalah 100% cotton dan memang sangat lembut, sangat sesuai untuk baby. Untuk baby girl boleh la beli yang pinky-pinky ni and yang baby boy pulak boleh choose warna soft blue!

3. Blankets & Towels

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

Kalau korang rasa macam biasa sangat bagi gift hampers dan baju, apa kata cuba idea lain untuk hadiahkan pada si comel iaitu blankets dan towels. Cantik kan? lain dari yang lain. Saiz dia pun besar, baby pun selesa..

4. Toys & Accessories

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

Yang ini pun best jugak, boleh buat baby main.. Dannn hadiah macam ni boleh diguna sampai baby besar tau. Jimat! Comelnya alahai tengok anak patung and also beg yang cute ni!

lovingly signed, gift hampers, baju baby, towels, lovingly signed singapore, barangan baby,

NOT JUST DIFFERENT. WE ARE UNIQUE.

Untuk kita warganegara Malaysia pun jangan risau, boleh saja nak order. Sekarang semuanya dihujung jari, perkhidmatan pos disediakan oleh mereka. Korang tak perlu dah susah-susah nak keluar beli di mall, jimat masa dan tenaga. hehe. 

Proses Penghantaran dan Kos Penghantaran

1. Penghantaran adalah percuma di Seluruh Singapura termasuklah Pulau Ubin
2. Penghantaran pada hari bekerja juga adalah percuma
3. Penghantaran sama rata untuk luar kawasan Singapura $25
4. Penghantaran ke antarabangsa adalah percuma jika pesanan melebihi SGD250

Info Lanjut:


Read More

RESEPI TAUHU BERGEDIL RANGUP CICAH SAMBAL KICAP

Thursday, November 22, 2018

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

RESEPI TAUHU BERGEDIL RANGUP CICAH SAMBAL KICAP | Hai korang.. Tauhu bergedil memang favorite busyra since viral dari dulu sampailah sekarang.. Macam tak cukup kalau beli satu set. hehe. kuat makan! So pagi tadi decide nak buat sendiri, lagipun bahan-bahan dia mudah je kan. Dalam entri kali ni busyra nak share resepi tauhu bergedil rangup cicah sambal kicap! Jangan meleleh air liur dulu.. jom kita tengok cara-caranya dan korang boleh buat sendiri nanti.

Bahan-bahan Tauhu Bergedil:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. 2 pek tauhu kering (1 pek ada 21 biji)
2. 6 biji kentang (yang saiz besar)
3. 1 mangkuk kecil isi ayam (kisar)
4. 3 batang daun sup 
5. 2 batang daun bawang 
6. 2 biji bawang besar (hiris dadu kecil-kecil)
7. Sedikit serbuk lada hitam
8. Sedikit serbuk maggi cukup rasa
9. Minyak masak
10. 2 biji telur

Cara-cara buat Tauhu Bergedil:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,
Gambar 1

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,
Gambar 2

1. Gunting di setiap hujung tauhu kering (lihat gambar 1 dan 2 diatas). Kemudian korek buang isi dalam tapi jangan buang terus tau, simpan dulu.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

2. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan ayam. Goreng sampai kering air yang ada pada ayam tu. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam dan maggi cukup rasa. Bila dah siap, ketepikan.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

3. Rebus kentang sampai empuk. Lepas tu, buang kulit kentang dan lenyekkan.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

4. Ambil satu bekas besar untuk campurkan semua bahan menjadi inti. Masukkan ayam kisar yang telah digoreng tadi, kentang, isi dalam tauhu kering, daun sup, daun bawang, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk maggi cukup rasa.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

5. Bila inti pun dah siap boleh lah ke langkah seterusnya untuk sumbat inti kedalam kulit tauhu kering.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,6. Salutkan tauhu yang dah siap intinya kedalam telur. Goreng dalam minyak yang banyak dan api yang besar. (barulah rangup kulit tauhu tu nanti) tak perlu risau bila guna api besar sebabnya semua bahan dah pun dimasak..

Bahan-bahan Sambal Kicap:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. 8 tangkai cili padi
2. 1 tangkai cili merah besar
3. 8 - 9 bawang putih
4. 2 sudu kecil gula melaka 
5. Sedikit serbuk maggi cukup rasa
6. Kicap (busyra guna kicap jenama Mudim)

Cara-cara buat Sambal Kicap

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. Kisar cili padi dan cili besar dengan air (air tu bagi tenggelam bahan-bahannya)
2. Letak minyak (1 sudu), kemudian masukkan bahan yang dah dikisar dan gula melaka. Buka api perlahan dan masak bahan sehingga agak kering.
3. Tambah air lagi dan seterusnya masukkan kicap mengikut pada kepekatan warna ye. Bila dah nampak hitam tu kira dah cukup la tu..
4. Kemudian perasakan dengan maggi cukup rasa.
5. Biarkan sampai sejuk, lepas tu boleh lah masuk ke dalam peti sejuk. Siappp!

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

Tauhu Bergedil boleh dibuat frozen, buat banyak-banyak macam busyra buat ni kemudian masukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru goreng. Mudah!

Selamat Mencuba!

Read More

TIDUR LENA DI SILKA CHERAS HOTEL KUALA LUMPUR

Thursday, November 08, 2018

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

TIDUR LENA DI SILKA CHERAS HOTEL KUALA LUMPUR | Hai guys! Busyra nak share dengan korang hotel yang busyra pernah menginap beberapa bulan lepas. Sekarang ni baru sempat nak update entri. hehe. For sure, memang tidur lena di Silka Cheras Hotel Kuala Lumpur. Mana tau kan dengan perkongsian busyra ni boleh jadi penginapan korang kalau berjalan di sana. 

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Busyra booking yang family room punya.. Seriously besar! Ada almari besar dan laci.. Ruangan depan pintu pun dah besar apatah lagi bahagian katil dan toilet.. haha.. Time sampai di front desk, just ambil kunci sebab busyra dah buat payment thru online maybank2u. Sangat mudah berurusan.. 

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Taraaaa.. ini ruangan tv berhadapan dengan katil. Part yang busyra suka semestinya cermin sakti yang besar gedabak tu. haha. Senang nak pakai tudung tak payah nak gaduh-gaduh. hehe.. Cermin banyak dalam hotel ni, ada lagi satu dekat bahagian dinding tepi toilet.. Memanjang ke bawah. busyra lupa pula nak snap pic.

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Ruangan tidur pula memang selesa. Ada 2 katil queen (tapi busyra rasa macam dia bagi yang king punya) sebab besar. Boleh tidur 3 orang sebenarnya untuk 1 katil.. Bahagian katil ni juga luas, cuma busyra tak snap pic untuk kedua-dua katil. Lighting tu penting, nyeyak tidur wehhh!

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Next! ruangan yang paling busyra concern kalau book hotel.. yes! toilet! Bukan nak puji ke apa la kan tapi toilet dia boleh tidur malam.. Bersih dan besar. Ada tab mandi, itu yang penting. haha. over! Then macam biasa la, mereka sediakan towel, sabun, ubat gigi, syampo sama macam hotel-hotel yang lain.. (nampak tak betapa gigihnya I ambil gambar toilet uolsss.. haha)

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Sempat lagi bergambar.. dalam toilet pun bolehhhh.. hahaha

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,

Ini pula suasana dari dalam bilik hotel.. Kuala Lumpur yang tak lekang dengan kenderaan. hehe. Okay korang, this hotel sangat recommended.. busyra bagi rating 4.6 / 5.. Lupa pula nak cakap, busyra buat tempahan haritu dengan Agoda.. RM520 untuk 2 malam. 

hotel review, silka hotel kuala lumpur, hotel selesa, silka hotel cheras,
(Sumber foro: Google)

Info lanjut untuk tempahan


Read More