BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, November 26, 2018

BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM | Hai korang! Pernah tak korang tergesa-gesa nak keluar rumah sampaikan tak sempat nak makeup? Tapi bila fikir balik, ala kalau tak makeup mesti muka nampak kusam, tak bermaya dan paling tak best confident pun hilang.. So u guys yang ada dalam situasi macam ni jangan risau sebab busyra nak kenalkan satu produk yang sememangnya boleh bantu korang untuk tampil cantik walaupun tanpa makeup tebal. Perkenalkan... Produk dari Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream! 

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Kenapa busyra nak kenalkan produk ni pada korang? sebabnya busyra sendiri dah try dan ia membantu busyra untuk keluar rumah tanpa perlu berjam-jam depan cermin. hehe. Confident tu penting hokayyy! haha. Menariknya adalah Gold Nano CC Cream ini mempunyai texture berwarna putih tapi selepas disapu secara rata di seluruh kulit muka, ia akan berubah warna mengikut tona kulit korang dengan semulajadi. (boleh lihat gambar di bawah).. Ia menjadikan kulit muka bersinar dan lebih cerah serta mampu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. 

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Ia juga merupakan krim Anti-Kedut yang berfungsi dengan perlindungan Matahari SPF30 PA ++ ..Busyra suka pakai krim ni sebab dia tak heavy dan tidak berminyak, rasa ringan je rasa muka ni even seharian pakai.

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

3 bahan utama Gold Nano CC Cream:

1. Mineral Water - Menjaga keseimbangan pH kulit, menguatkan bahagian dalam kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Melegakan kerengsaan kulit, kesan Anti-bakteria, melegakan masalah kulit.

3. Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menyekat pancaran inframerah, aktiviti anti-mikrob dan anti-oksidan yang tinggi.

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

For those yang lebih kepada nak muka nampak natural atau yang tidak suka solek, krim Nano CC Cream ini memang dapat membantu korang setiap hari. Ia adalah salah satu langkah mudah dan pantas dalam rutin harian korang. Sesuai untuk semua jenis kulit, wanita Malaysia terutamanya.

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Busyra suka dengan packaging dia. Nampak kemas dan elegant. Dengan campuran warna gold dan hitam buatkan ia lebih eksklusif. Ada muncung tiub yang sederhana sangat memudahkan pengguna untuk picit di jari.. Selain dari tu, bab bauan pula memang wangi dan bau dia lembut je. Suka!

Cara Penggunaan:

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Bagaimana cara penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni? Okay mari busyra ajarkan. Firstly, korang kena cuci dan bersihkan muka dulu tau. Kemudian pakai toner dan moisturiser, then baru apply Gold Nano CC Cream ni. Sapu di seluruh muka, dibawah bahagian mata dan juga hidung. Depend pada korang la kalau lepas tu nak pakai compact powder atau tidak. Ikut keselesaan memasing.. 

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Yang pastinya korang dah tak perlu nak pakai foundation tebal-tebal dah, baru nampak natural. "Kulit nampak semulajadi dan bercahaya, sepanjang hari rasa segar"..

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Oh sebelum busyra lupa ada satu lagi perkara yang korang perlu tahu! Selain menggunakan Gold Nano CC Cream ini sebagai krim tanpa solek/ pengganti foundation, ia juga boleh digunakan sebagai asas solekan tau korang! Ia boleh buatkan solekan lebih tahan lama, lebih cerah dan lebih sharp kerana CC Cream ni dapat mencerahkan kulit dengan balance dan memperbaiki tona kulit.. Sebab tu lah solekan kita pun nampak cantik!

Korang boleh tengok gambar diatas (abaikan kulit tangan busyra yang tak cukup vitamin tu.. haha)
"Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream!"
Paraben-free, Sulfate-free, Alcohol-free

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Maklumat Produk

Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
Kandungan: 35ml
Harga: RM99.00

Info Lanjut

hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,


3 comments:

  1. wah banyak jugak keistimewaan cc cream ni , anti kedut gitu ,,

    ReplyDelete
  2. Mcm mnarik prduk ni.Boleh survey2..

    ReplyDelete
  3. Rasanya ni CC cream warna putih berubah warna ikut kulit selepas dipakai..menarik.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved