RESEPI TAUHU BERGEDIL RANGUP CICAH SAMBAL KICAP

Thursday, November 22, 2018

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

RESEPI TAUHU BERGEDIL RANGUP CICAH SAMBAL KICAP | Hai korang.. Tauhu bergedil memang favorite busyra since viral dari dulu sampailah sekarang.. Macam tak cukup kalau beli satu set. hehe. kuat makan! So pagi tadi decide nak buat sendiri, lagipun bahan-bahan dia mudah je kan. Dalam entri kali ni busyra nak share resepi tauhu bergedil rangup cicah sambal kicap! Jangan meleleh air liur dulu.. jom kita tengok cara-caranya dan korang boleh buat sendiri nanti.

Bahan-bahan Tauhu Bergedil:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. 2 pek tauhu kering (1 pek ada 21 biji)
2. 6 biji kentang (yang saiz besar)
3. 1 mangkuk kecil isi ayam (kisar)
4. 3 batang daun sup 
5. 2 batang daun bawang 
6. 2 biji bawang besar (hiris dadu kecil-kecil)
7. Sedikit serbuk lada hitam
8. Sedikit serbuk maggi cukup rasa
9. Minyak masak
10. 2 biji telur

Cara-cara buat Tauhu Bergedil:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,
Gambar 1

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,
Gambar 2

1. Gunting di setiap hujung tauhu kering (lihat gambar 1 dan 2 diatas). Kemudian korek buang isi dalam tapi jangan buang terus tau, simpan dulu.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

2. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan ayam. Goreng sampai kering air yang ada pada ayam tu. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam dan maggi cukup rasa. Bila dah siap, ketepikan.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

3. Rebus kentang sampai empuk. Lepas tu, buang kulit kentang dan lenyekkan.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

4. Ambil satu bekas besar untuk campurkan semua bahan menjadi inti. Masukkan ayam kisar yang telah digoreng tadi, kentang, isi dalam tauhu kering, daun sup, daun bawang, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk maggi cukup rasa.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

5. Bila inti pun dah siap boleh lah ke langkah seterusnya untuk sumbat inti kedalam kulit tauhu kering.

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,6. Salutkan tauhu yang dah siap intinya kedalam telur. Goreng dalam minyak yang banyak dan api yang besar. (barulah rangup kulit tauhu tu nanti) tak perlu risau bila guna api besar sebabnya semua bahan dah pun dimasak..

Bahan-bahan Sambal Kicap:

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. 8 tangkai cili padi
2. 1 tangkai cili merah besar
3. 8 - 9 bawang putih
4. 2 sudu kecil gula melaka 
5. Sedikit serbuk maggi cukup rasa
6. Kicap (busyra guna kicap jenama Mudim)

Cara-cara buat Sambal Kicap

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

1. Kisar cili padi dan cili besar dengan air (air tu bagi tenggelam bahan-bahannya)
2. Letak minyak (1 sudu), kemudian masukkan bahan yang dah dikisar dan gula melaka. Buka api perlahan dan masak bahan sehingga agak kering.
3. Tambah air lagi dan seterusnya masukkan kicap mengikut pada kepekatan warna ye. Bila dah nampak hitam tu kira dah cukup la tu..
4. Kemudian perasakan dengan maggi cukup rasa.
5. Biarkan sampai sejuk, lepas tu boleh lah masuk ke dalam peti sejuk. Siappp!

tauhu bergedil rangup, sambal kicap meletop, resepi tauhu bergedil, tauhu kering, cili padi, tauhu bergedil viral,

Tauhu Bergedil boleh dibuat frozen, buat banyak-banyak macam busyra buat ni kemudian masukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru goreng. Mudah!

Selamat Mencuba!

7 comments

  1. Salam Jumaat Busyra..
    Sampai sekarang akak masih belum rasa tauhu begedil ni.
    Nampak gaya kena buat sendiri, lebih sedap dan jimat..
    Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap , bergedi tanpa sos kicap memang tk lengkap

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat! sangat berbaloi buat sendiri kan

    ReplyDelete
  4. Nak cuba buat jugalah.. boleh frozenkan..

    ReplyDelete
  5. Wah feveret ni. Nanti nak cuba. Terliur dah ni. Nyam!

    ReplyDelete